Friday, December 19, 2008

Ukhwah islamiyyah dalam perjuangan

Salam alaik...


Suka untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua berkisar pengisian yang adik saya dapat semasa menyertai tamrin di Johor yang dikendalikan oleh beberapa mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam UTM, Skudai, Johor. Agak seronok mendengar cerita adik mengenai pengisian dan flow program tersebut. Program tersebut diadakan di sebuah madrasah yang agak usang di Simpang Renggam, Johor pada 12,13 dan 14 Disember 2008 yang lepas. Adik saya baru sahaja tamat peperiksaan SPM dan kebetulan dia merupakan salah seorang pimpinan Persatuan Amal Islami di maktab. Kerap juga dia bercerita mengenai ustaz yang menjadi penasihat kepada persatuan tersebut. Tambahan pula, ustaz tersebut juga merupakan orang jemaah dan kerap menasihati adik saya dan sahabat2nya.
Tiada lain yang saya rasa melainkan syukur kepadaNya kerana sudah berjinak2 dengan jemaah dan mengenal erti perjuangan dan setiap apa yang dilakukan pergantungan hanyalah pada Yang Esa.Alhamdulillah..Dik...akak syukur sangat.Moga terus berada dalam jemaah dan tidak kisahlah jemaah apa sekalipun yang bakal adik sertai kerana kita adalah penyambung kepada perjuangan mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Seperti biasa adikku ada menceritakan meeting hingga lewat malam dan kadang2 ada abang2 dan kakak2 yang turun memberikan mereka semangat.Alhamdulillah....Saya juga tidak ketinggalan untuk menceritakan padanya serba sedikit tentang jemaah. Dia menunjukkan minat yang mendalam.




Berbalik pada kuliah dasar yang ingin saya kongsikan ini, ia disampaikan oleh Timbalan Amir PMI UTM, Skudai, Johor.Kuliah ini mengenai Ukhwah Islamiyyah dalam perjuangan..Namanya dia lupa pula.hee..
Berikut merupakan apa yang ingin saya kongsikan bersama, semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.InsyaAllah...
-ukhwah = persaudaraan. Silaturrahim
-Surah AlHujrat ada menerangkan tntg adab2 dgn pemimpin Islam, adab2 dlm jemaah.
Ade guideline nk bntk ukhwah.
- Kalau nk ukhwah kena bedamai dgn org sekeliling
- Dlm konteks jemaah, ukhwah penting à bukan semata2 utk gerak kerja Islam mengingati shbt2 dlm doa
-Beri kekuatan kpd para dai’e utk membuat gerak kerja Islam

Martabat ukhwah paling rendah=berlapang dada
Martabat ukhwah paling tinggi= melebih2kan sahabat


Syarat2 ukhwah
-mestilah berdasarkan keikhlasan kpd Allah swt
-disertai dgn keimanan & ketaqwaan kpd Allah swt
-mestilah melazimi manhaj Islam itu sendiri ( AlQuran & asSunnah)
-mempraktikkan nasihat – menasihati
-laksanakan konsep tolong-menolong dlm susah/senang

Pembahagian Ukhwah dlm berjemaah

- ukhwah di klgn ahli2 qiadah ( org2 yg terkedepan m’amalkan ukhwah)
-ahli2 qiadah yg sama2 memikul t/jwb pimpin jemaah perlu hubungan yg erat antara mereka, bukan sekadar atas gerak kerja tapi mestilah diasaskan kpd ikatan hati & ahabbah yg kuat antara ahli2 qiadah.
-Sbb, ahli2 tersebut akn m’hadapi masalh2 yg lebih bsr yg memerlukan kekuatan akal dan pemikiran juga berkaitan kekuatan rohani.
- Ahli2 qiadah perlu baikihubungan antara sendiri melalui ziarah dan taaruf yg lbh dlm hingga dpt melaksanakan 5 perkara yg diutarakan oleh ulama’ dlm rapatkan ukhwah à biasa mkn bersama di rumah saudaranya
-biasa buang air kecil/air besar di rumah saudaranya
- biasa solat di rumah saudaranya
- biasa tidur di rumah saudaranya
- dtg bawa isteri ke rumah saudaranya
Ukhwah di klgn ahli2 secara keseluruhannya
- menurut ayat 10 Surah AlHujrat maksudnya: bhw sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara.

-“tidak seorangpun boleh jdi mukmin yg sejati sehingga ia mencintai utk saudaranya apa yg dicintainya utk diri nya sendiri” (Bukhari, Muslim)
-Ahli2 jamaah perlu capai martabat ukhwah yg paling tinggi tadi tu..
-Perlunya tlg-menolong dlm melaksanakan tugas2/gerak kerja dlm tanzim (organisasi dlm jemaah)
-Dr sudut sokongan jiwa, ahli2 hendaklah seniasa beri semgt utk ikhwah lain agr b’sungguh2 dlm perjuangan. Dorongan & tunjuk ajar yg baik perlulah diberikan dlm amalan berukhwah ini, sesuai dgn hadith RAsulullah saw yg bermaksud
-“ seseorang muslim adlh sbg cemin terhdp muslim yg lain, serta saudaranya krn ia menyelamatkannya drpd kebinasaan serta mendorongnya dan belakang” (Abu Daud)
-Ukhwah antara qiadah dgn ahli2 jemaah
-Rasulullah saw slalu bergaul dgn shbt2nya dim n dr situ byk perkara yg dipeljari drpd pr shbt.
Sekian buat masa ini. InsyaAllah, lain kali akan saya kongsikan pula isi2 kuliah dasar yang bertajuk Aqidah Fikrah Perjuangan..Wait for it ya!
Moga apa yang ingin disampaikan dapat menambahkan ilmu dan mohon disebar2kan demi kebaikan bersama. Syukran.





































Thursday, December 18, 2008

Coret-coret




Cuti 5 minggu semakin hampir ke penghujungnya. Sabtu ini, jika tiada aral melintang, saya bakal pulang semula ke kuantan untuk meneruskan perjuangan di sana bersama2 sahabat2 yang lain..Alhamdulillah, walaupun masih tidak puas dengan cuti ini, namun saya masih boleh menarik nafas lega kerana dapat menyertai program2 yang saya kira dpt menambahkan pengalaman dan ilmu saya yang agak cetek.




Baru sahaja pulang dari Kem Pemantapan Akhlak dan Syakshiah 2008 yang diadakan di Kolmpleks Uniti, Port Dickson. Urusetia program ini terdiri daripada ustazah2 dan ustaz yang mengajar KAFA di Masjid Kolej Islam Malaya.Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Suhairi Ismail atas sebab2 tertentu...hehe.Moga Allah memberkatimu sahabat.






Agak terkejut kerana program ini boleh dikatakan program yang penuh dengan aktiviti luar. Maklumlah, objektif program ini sendiri berkait rapat dengan sahsiah adik2 yang menyertainya. Namun, saya berharap segala input yang saya sampaikan pada adik2 akan dipraktikkan dan diaplikasikan.InsyaAllah...harapan ini adalah harapan ustazah2, ustaz, ibubapa dan semua fasilitator..

khusyuk brtul peserta2 mendengar ceramah dari abang alang



Pada pendapat saya sendiri, aktiviti2 luar harus dikurangkan kerana bimbang objektif program ini tidak tercapai atau dalam erti kata lain adik2 kurang fokus pada apa yang ingin disampaikan dalam program tersebut. Mana tidaknya, adik2 asyik bertanya bila sukaneka?bila flying fox?bila nak berkayak??Inilah soalan2 yang acap kali ditanya pada fasi2 sewaktu rehat dan berakhirnya setiap LDK.Seperti biasa, tidak semestinya dengan program 3 hari 2 malam ini berkuasa mengubah sikap dan pemikiran adik2 ini sepenuhnya.Program ini merupakan satu usaha dalam mendidik adik2 ini namun ibu bapa sendiri yang harus memainkan peranan.




Apa yang menarik minat saya tentang program ini adalah sewaktu slot abang alang (lupa nama penuh dia nama samaran dia pun jadila..hehe)...Bukan sahaja peserta malah fasi2 turut sama tersentuh sewaktu slotnya sedang berjalan.Slot oleh team bina insan ini dikendalikan oleh pasangan pengantin baru (baru 4 bulan berumah tangga) dan kedua2 slot tersebut sangat best!










Teringat kata2 head fasi aka Cek Su, jangan pula fasi yang lebih2 pastikan adik2 memberi tumpuan..lebih kurang begini katanya.Agak terasa juga..hehe, kerana saya merasakan diri saya sendiri adalah peserta..huhu...tetapi saya tidak membiarkan adik2 leka, alhamdulillah adik2 memberi fokus terhadap slot yang disampaikan.



Abang alang menyentuh tentang ciri2 anak soleh, dan demonstari mencabut rambut, membiarkan api dari lighter selama beberapa saat di tangan peserta dan menconteng dahi adik yang sama dengan pen marker merupakan suatu yang luar biasa bagi saya kerana tidak pernah saya jumpa penceramah seperti ini.



Dia bercerita mengenai syurga dan neraka, betapa adik tersebut tidak tahan dengan api lighter yang tidak sampai 30 saat apatah lagi api di akhirat nanti, manakala aksi mencabut rambut ingin menunjukkan pada adik2 bahawa betapa halusnya rambut adik yang dicabut itu andai dibelah 7, rambut yang digambarkan sebagai titian sirat.Dan bagaimana malunya seorang bekas penghuni neraka yang di dahinya ada tertulis kalimah yang menyatakan bahawa dia adalah bekas penghuni neraka.Semua ini diterangkan kepada adik2...Alhamdulillah, jelas kelihatan di wajah adik2 ini sinaran keinsaafan yang diharapkan berkekalan sampai bila2...insyaAllah.Pendek kata, i love that slot!




Setiap slot dimulakan dengan memuji Yang Esa. Zikir2 alunan bersama sangat syahdu dan terasa suasana tenang dan damai di dalam dewan...Lebih2 lagi semua peserta diarahkan supaya menutup mata sambil tangan kanan diletakkan di dada kiri..Saya juga turut serta dalam slot ini...Alhamdulillah..




Alhamdulillah, sempat juga saya berkayak ke tengah lautan walaupun tak berapa nak tengah..he3..Sudah begitu lama saya meminati sukan air ini namun tak berpeluang lagi merasainya...hu3...Pengalaman yang agak seronok berkayak di pantai Port Dickson yang dikatakan kotor..hehe...Adik2 yang kecil tidak dibenarkan untuk berkayak tetapi mereka mencuba aktiviti flying fox.Sesi penerangan kayak ini agak lucu juga.Apa pun saya bersyukur kerana tiada seorang pun peserta yang terbalik kayaknya..huhu..




Pengalaman, itulah yang mengajar kita dalam kehidupan. Jangan berhenti mencari pengalaman kerana pengalaman mematangkan kita. Usia 20-an inilah masanya untuk kita mengembara dan mengenal dunia, manusia dan sekaligus menyedari betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan yang satu.Moga mak abah tidak menghalang saya dalam mencari pengalaman ke merata alam..hehe..bunyi macam ingin kembara di seluruh dunia..huhu...Anak dara tak manis ke sana ke mari=)



Syukran sekali lagi kepada semua urusetia, semoga kita dapat berjumpa lagi di program yang akan datang dan tidak lupa juga buat sahabat2....jumpa lagi ya!InsyaAllah...Apa yang dpat disimpulkan di sini, betapa hebatnya rancangan Alah...wallahualam...

Wednesday, December 10, 2008

Tanggungjawab pemimpin, ingatkan rakyat pada kematian

"Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah para khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." --- Abu Daud dan Tirmizi.

Kalau kita melihat perkembangan hari ini, masyarakat kita sudah jauh daripada agama. Dan, sifat menjauhi agama ini adalah sikap orang-orang yang suka menjauhi akhirat. Sedangkan kewujudan akhirat itu adalah suatu kepastian.


Menjauhi akhirat ertinya kita seperti berusaha mengelak menemui kematian. Kematian menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Dalam kes terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail telah dijemput oleh Allah s.w.t ketika beliau sedang bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, berhampiran Genting Highland.

Mati mengejut secara tiba-tiba ini sepatutnya meresahkan kita kerana kita mungkin terheret dalam kancah kematian tanpa memiliki sebarang persediaan untuk menemui Tuhan.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda bahawa orang yang pintar dan bijaksana itu ialah mereka yang selalu berfikir mengenai kematian. Mengapakah mereka yang kerap mengingati mati itu dinilai dan diperhitungkan sebagai manusia yang bijaksana? Ini kerana, mereka selalu berasa resah, gelisah, khuatir dan bimbang kalau-kalau amalan mereka masih tak mencukupi untuk dibawa pulang ke akhirat.

Tambah merisaukan mereka, jika amalan itu dibungkus oleh pakaian ujub, riak, sum'ah dan tidak ikhlas mengerjakan amalan itu kerana Allah. Kekhuatiran yang semacam inilah yang akhirnya menyebabkan seseorang itu terdorong pula untuk berdoa meminta keampunan dan beristighfar semoga amalan mereka itu diberikan pakaian ikhlas oleh Allah s.w.t.

Mengingatkan rakyat mengenai kematian adalah sunnah nabi dalam pemerintahan Berdasarkan hadis di atas yang menyingkap perihal sunnah, maka kita melihat bagaimana pemimpin terdahulu seperti baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin kerap mengingatkan rakyat berhubung kematian dan alam barzakh.
Maka, tindakan mengingatkan rakyat berhubung kematian dan segala persiapan untuk menempuh ke alam barzakh ini, termasuk dalam sunnah-sunnah nabi dan para sahabat baginda dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam pentadbiran Islam.

Pemerintahan Islam bukan sekadar memperihalkan hal urusan dunia.
Bahkan, hal yang menyangkut membangunkan kesedaran untuk membangunkan persiapan ke akhirat adalah termasuk dalam urusan pemerintahan Islam juga. Antara kisah termasyhur adalah kisah Umar r.a melihat umat Islam zaman beliau yang kurang dalam mengingati mati.
Maka, suatu hari Umar perintahkan umat Islam datang ke masjid dan mereka langsung disoal dengan soalan-soalan di dalam kubur. Diringkaskan cerita, semua umat Islam mula terkesan dengan latihan dan tarbiyah seumpama itu. Maka meningkatlah amalan mereka kerana terkesan dengan corak latihan tarbiyyah dari Umar itu. Maka, inilah sunnah Umar yang wajar diikuti.

Umar juga berkata, ajarkanlah anak-anak kalian dengan ilmu pengetahuan semasa dan terkini. Jika Umar masih hidup lagi pada zaman kita dan beliau melihat perkembangan teknologi seperti Imej Janaan Komputer (CGI) dan lain-lain teknologi yang kreatif dalam usaha membangunkan kesedaran untuk mengingatkan rakyat berhubung kematian, nescaya Umar akan guna semua peralatan itu untuk tujuan membangunkan kesedaran betapa perlunya persiapan menempuh akhirat.

Tiada salahnya pemerintah berkreatif mengingatkan rakyat atau rakyat mengingatkan pemerintah mengenai persiapan untuk menempuh kematian.
Menteri Besar Kelantan melalui kuliah dan tazkirahnya, segala ceramahnya itu telah dibukukan dan kebanyakan rakaman itu berkisarkan soal hidup selepas kematian di padang mahsyar. Ini adalah teknologi buku-buku dan kitab-kitab.
Di Kampung Tok Selehor, seorang ulamak terkenal yang hidup sezaman dengan Tok Kenali, iaitu Tok Selehor telah mengguna teknologi tersendiri, iaitu membina lubang kubur yang mana dia sendiri masuk ke dalamnya untuk mengingatkan dirinya tentang kematian.
Teknologi, laluan lebuh raya bahasa, lapangan sastera untuk ingat kematianTiada salahnya menggunakan peralatan teknologi terkini dalam usaha mengingatkan orang-ramai mengenai kematian. Ada juga yang menggunakan jalan sastera seperti Sajak Kematian. Jadi, hal ini merupakan lebuh raya dan landasan yang boleh diterima juga untuk mengingatkan rakyat mengenai kematian.


Mengapakah Menteri Pelajaran sanggup menafikan semua kebijaksanaan teknologi ini? Kalau beliau mahu haramkan, maka dia perlu berikan alternatif lain tentang cara-cara menghidupkan ghairah kaum pelajar dalam mengingati mati. Dia tak boleh haramkan begitu sahaja, melainkan beliau mesti memberikan jalan alternatif lain, sebab ini semua adalah kewajipan dari pihak pemerintah untuk mengingatkan rakyat mengenai kematian.
Sesungguhnya, pemergian Datuk Razali Ismail dan ucapan sebak dan tangisan teresak-esak Hishamuddin ketika melontarkan respon mengenai pemergian pembantu beliau itu seharusnya menyedarkannya bahawa hal mengingati mati ini adalah satu hal yang tidak boleh dipandang remeh memandangkan hal ini termasuk dalam sunnah pemerintahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Lebih-lebih lagi, Hishammuddin adalah Menteri Pelajaran.

Ajarlah generasi muda mengingati mati. Atau, kalau dalam nama asalnya Menteri Pendidikan (ini yang lebih tepat), maka didiklah, asuhlah, adabkanlah pelajar-pelajar sekolah agar selalu cenderung mengingati mati dan secara tidak langsung mereka akan terdorong membanyakkan amalan dan selalu melatih diri agar bersifat ikhlas dalam beramal.

sumber:harakahdaily.net

Sunday, December 7, 2008

Modul menyedihkan!

Alhamdulillah...

Akhirnya terubat juga rindu ingin menyertai program fasi, sudah lama tidak menyertai program sebegini sejak menjejakkan kaki ke kampus Kuantan.Alhamdulillah, gembira rasanya menjadi fasi kepada adik2 yang berumur dari 7-9 tahun..petah betul budak2 ni.Program yang berlangsung pada 1-3 Dis yang lepas bertempat di Surau Makmur berdekatan dengan rumah kak hawa..terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada family kak hawa kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami fasilitator2 perempuan dan peserta2 perempuan di rumah kak hawa sendiri.

Saya sengaja menawarkan diri untuk handle adik2 kecil ini kerana merasakan saya mampu mengawal mereka kerana saya juga mempunyai adik2 yang sebaya mereka.Alhamdulillah, walaupun adik2 ini banyak kerenahnya namun saya mampu untuk mengawal mereka walaupun sakit juga tekak ini..he3..

Buat pertama kalinya saya mendengar modul hadiah..he3..sebenarnya pernah mendengarnya daripada kak hajar semasa dia menjadi fasilitator semasa program PJKN.Bagi saya, modul ini sedikit berat untuk dilaksanakan..tetapi mahu tidak mahu harus juga diteruskan. Kami harus meminta adik2 melukiskan hadiah untuk kami para fasilitator di atas kertas mahjung.Maklumlah fasi2 akan pulang pada keesokan harinya.

Adik2 group saya apa lagi, tanpa membuang masa terus melukis dan melukis.Agak kelakar juga gelagat mereka...Saya pesan supaya mereka melukisnya cantik2..huhu..Tahulah kan bagaimana lukisan adik2..huhu

Dipendekkan cerita keesokan harinya, adik2 bergambar dengan hadiah yang telah dilukis dengan fasi masing2...waktu ini saya dapat lihat raut wajah gembira adik2..Huh!sedih time nie...tak sanggup rasanya tengok muka adik2...Masa yang ditunggu telah tiba, sewaktu ketua fasi memberitahu kepada adik2 bahawa tibalah saat fasi2 memberi penghargaan kepada adik2, semua fasi berdiri serentak dan kemudian..nah inilah dia penghargaannya..iaitu mengoyak hadiah yang telah dilukis...warghhh...

Agak lambat saya mengoyaknya.Sebelum mengoyak kertas tersebut saya pandang semua muka adik2..semua tercengang.Praaapp....saya berjaya juga mengoyak, ini pun saya telah lakukannya perlahan2...sambil memandang ke tepi.Aiman, adik yang sgt petah dan aktif, tercengang bersama dengan adk2 yang lain, sambil berkata..."Kenapa ustazah koyak?"....Saya hanya berdiam diri sambil bermuka kelat=(...."penat kitaorg buat"...sambung mereka lagi...Kemudian kami fasi2 keluar..Biasalah fasi2 perempuan menangis..hu3..masakan tidak pasti sedih...adik2 beria2 buat untuk fasi masing2 tapi inilah balasannya...

Kesimpulan dari modul ini ialah peranan adik2 ini terhadap ibu bapa mereka yang telah memberi mereka kasih sayang dan keperluan yang cukup namun kenapa masih ada lagi yang derhaka..Perit hati mereka sekiranya anak yang dikandung 9 bulan 10 hari melempang, terajang, menyepak mereka...Modul ini dikaitkan juga dengan sikap adik2 terhadap fasi masing2..Yang kelakarnya adik2 saya ini semualah yang kuat menangis sewaktu slot muhasabah diri ini dilakukan..he3...Comel sungguh!

Perlu juga untuk kita sedar bahawa tidak semesti adik2 yang menangis itu akan berubah setelah program berakhir, kadang2 keinsafan yang lahir hanyalah sewaktu program berlangsung.Harapan setiap fasi sudah pasti selepas berakhirnya program adik2 akan mempraktikkan apa yang mereka peroleh sepanjang program...Bukan sahaja adik2 yang perlu berubah, malah fasilitator yang dikatakan pemudah cara juga oerlu berubah.Dalam menimbulkan titik kesedaran dalam diri adik2, fasi juga harus menjadikan diri mereka lebih baik dari sebelum ini...

Pengalaman baru..inilah yang saya dapat semasa program tersebut, di samping dapat berkenal-kenalan dengan muka2 baru yang saya tidak pernah lihat sebelum ini.

Moga Allah memudahkan urusan adik2 tersebut.Adik2 kecil ini ibarat kain putih, mereka harus dicorak menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah satu hari nanti..Dakwah yang lain janganlah kita lupa untuk berdakwah pada ahli keluarga sendiri..pesanan ini khas buat diri saya dan sahabat2 lain...Teruskan berbakti pada masyarakat tanpa melupakan ahli keluarga sendiri...

Erti pengorbanan sebenar

Salam 'alaik..

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya kita berpeluang menyambut perayaan terbesar umat islam iaitu hari raya Aidiladha..Allahuakbar!!!

Sinonim dengan Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke 10 bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kelendar Hijrah Islam.Erm, pagi raya insyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman bagi meraikannya bersama dengan sanak saudara.

Hari raya Aidiladha disambut ketika umat Islam yang lain melaksanakan ibadah haji dengan ziarah ke Mekah, mengunjungi Ka’abah serta melakukan korban sembelihan.Saat ini mak long,pak long mak lang bersama jemaah haji berada di sana sebagai tetamu Allah...semoga haji mereka mabrur..insyaAllah...ameen...


Seperti yang semua sahabat2 sudah sedia maklum, perayaan ini adalah sempena memperingati pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.Mengimbas kembali semangat dan kecekalan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sewajarnya kita umat akhir zaman ini contohi.Sebagai seorang dai'e yang seringkali ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan inilah masanya untuk kita kembali menghayati erti pengorbanan sebenar kerana perjuangan yang sedikit cuma ini tidak setanding dengan perjuangan para Nabi Allah dalam menyebarkan risalah islam ke serata alam...

Sebagai seorang pelajar yang kerap kali diasak dengan tugasan2 yang bertimbun, kerja2 persatuan dan bagi mereka yang melibatkan diri dalam kerja2 dakwah sudah pasti ada saat2 getir yang kadang kala membuatkan kita tewas lantas menyalahkan kerja2 dakwah sebagai faktor utama kehidupan sebagai seorang pelajar ini terganggu.Demikianlah yang terjadi apabila kita tidak berfikir berlandaskan iman.

Apakah erti pengorbanan?adakah pengorbanan itu dikaitkan dengan ikhlas?adakah pengorbanan itu menuntut kita untuk mengorbankan segala kepentingan?Apa yang pasti setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah menjurus ke arah kebaikan dan disertai dengan niat semata2 keranaNya.Korban bukanlah hanya menyembelih binatang namun ibadah korban ini meliputi seluruh aspek dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.Mengajar orang lain ke arah kebaikan juga adalah korban dan percaya atau tidak pengorbanan seseorang mampu merapatkan jurang di antara insan yang bersengketa.Subhanallah...

Saya menyeru sahabat2 dan ahli keluarga saya sendiri supaya sama2 menghayati erti pengorbanan dan diterjemahkan ke dalam kehidupan.Bukanlah bererti hanya pada perayaan ini sahaja barulah kita sibuk ingin berkorban.Erti pengorbanan itu luas.Terpulang pada individu untuk mentafsirnya...

Moga kehidupan di hari2 yang mendatang diberi keberkatan oleh Yang Maha Esa.InsyaAllah..
Doa saya semoga amal ibadat yang dilakukan sepanjang bernafas di bumi Allah ini, diterima olehNya...Gerun rasanya sekiranya segala ibadat yang dilakukan tidak diterimaNya...

Pesan saya sentiasalah kita bersyukur dengan nikmatNya yang tidak terhitung ini dan sentiasa muhasabah diri.Moga Allah mengampunkan dosa2 hambanya yang sentiasa bertambah..Astargfirullahazim...


Wallahualam...

Friday, December 5, 2008

1.12.2008

Salam rindu salam hari jadi pada birthday girl...syukur moga dipanjangkan umur dapat berbakti pada ibu bapa juga islam terutamanya..emuah..
Moga2 Allah jadikan pagimu cahaya,zohormu gembira,asarmu bahagia,maghribmu keampunan,isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik,& dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan.SLMT HR LHIR..
Sabda Nabi SAW:Cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan benci kerana Allah adalah termasuk daripada iman~Riwayat Bukhari.slmt hr jd yg ke 20 ct.moga kamu dipanjangkan umo dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.lov n miz u so much.
Selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan,kelak kau mudah menjadi pelupa..Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat.SANAH HILWAH 20!Didoakan agar menjadi hamba yang solehah, cmrlang dunia akhirat.Moga terus istiqamah di jalan ini,amiin:-)
Ini di antara mesej2 yang masuk ke dalam peti mesej saya saat jam menunjukkan jam 12 tgh malam ke atas..hu3...iaitu pada Tanggal 1 Disember 2008..Sykran jiddan kepada kalian yang memberi kata2 yang memberi inspirasi dan semangat kepada saya sempena hari lahir saya yang ke-20..Tuakah??
Barangkali ada insan yang berkata sedemikian.Terima kasih mengingatkan..Moga peningkatan usia ini memberi saya satu inspirasi dan semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.Bukanlah ucapan2 hari lahir yang didambakan diri namun doa kalianlah yang saya dahagakan.Moga diri terus tabah dalam menghadapi pelbagai mehnah dunia yang tiada henti dan lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta...InsyaAllah...Syukran buat mak yang memberi hadiah hari lahir buatku..I like it so much!hehe...
Terima kasih tidak terhingga buat abah dan mak yang membesarkan anakmu ini dan memberi segala keperluan.Ketahuilah bahawa ct sayang mak dan abah sangat2...Hanya Allah yang dpat membalas jasa kalian.
Benarlah bahawa hari lahir merupakan suatu medan untuk kembali muhasabah diri..
Sering kali kita alpa dengan arus duniawi yang hanya sebentar cuma.
Perjuangan tidak akan berhenti selagi ajal belum tiba..
Moga diri ini menjadi wanita, anak dan isteri yang solehah...insyaAllah.
Syukran pada semua ahli keluarga dan sahabat2 yang memberi ucapan tidak kiralah secara lisan atau tidak, terima kasih!

Thursday, November 27, 2008

Bingkisan buatmu mujahidah

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya.
Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)
Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya.
Contoh paling ideal dan paling istimewa ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, iaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gelita dan penuh dengan penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tetap melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.
Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gelita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.
p/s:sama2 kita bina baitul muslim=)
sumber:ukhwah.com

Tuesday, November 25, 2008

Al-kisah asma

"Ct anak ke berapa?"...tanya doktor pada saya.
"Anak ke-3 dari 11"...jawab saya dengan muka yang masam(icon gelak2).
"Dalam family siapa lagi yang kena lelah?"...doktor bertanya lagi.
"Saya sorang je..mewarisi penyakit atuk"(gelak dalam hati)....jawab saya lagi sambil dalam hati berkata banyak tanya pula doktor nie..hehe..doktor hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dialog di atas merupakan perbualan antara saya dan doktor semasa abah menghantar ke klinik disebabkan lelah yang dtg secara tiba2...ini terjadi 2 hari sebelum raya.
Terdetik ingin bercerita tentang diri yang asthmatic but not that chronic sebab dah seminggu lebih (rasanya) asyik sesak nafas dan sakit2 dada.Agak merimaskan sebab segala kerja tidak mendapat penghayatan..hehe.Entah kenapa sejak balik, lelah nie asyik suka kat diri nie..Syukurlah dia datang waktu cuti kalau waktu kuliah tak tau den nak kato apo..
Erm, kisahnya bermula sewaktu saya berada di Tingkatan 1.Segalanya bermula di sini..Che wahh..Pernah sekali semasa berada di peringkat matrikulasi,kebetulan waktu cuti, saya diserang lelah agak teruk,waktu itu saluran pernafasan dirasakan sangat sempit dan tercungap2 dek kerana nakkan oksigen....hanya Allah yang tahu perasaan masa tue..Masa tue semua klinik tutup,dah lupa sebab apa...Akhirnya berkejar ke KPJ...Tengah dok tercungap2 sempat lagi nurse bertanya itu ini....tunggu doktor pun adalah 5 minit(terasa lama..)...
Kalau tanya orang yang asthmatic dah tentu mereka benci pada asma!Siapa yang suka kalau sakit bukan, namun ini semua adalah ujian buat hambaNya.Zaman Rasulullah lagi teruk dari semua ini.
Arwah atuk ambil berbotol2 gamat healin yang mak belikan, alhamdulillah sihat...Di rumah nie rajin juga ambil segala macam benda yang baik untuk orang yang asma.Di UIA, tidak kurang juga..aiskrim,air sejuk habis saya bantai...apa nak jadi.Jannah, sahabat yang setia menasihati saya..hu3..terima kasih jannah...
Nak dijadikan cerita roommate pun sama kes macam saya.Apa2 hal minta ubat dia saja..he3..terima kasih ye aliah.Perlu diingatkan ubat kapsul tidak baik untuk diambil secara kerap kerana ubat itu sendiri adalah steroid...
Untuk yang asthmatic, rajin2 lah bersenam(macam saya..he3),banyakkan minum air panas lebih2 lagi sewaktu diserang asma supaya lendir2 mencair.Kurangkan makanan berminyak, coklat(isk3),makanan bergoreng(nak makan apa ye..yang distim??), jika tidak lelah akan berpanjangan.Sebab saluran pernafasan orang asma membengkak lalu membuatkan pengaliran udara terbatas.Sebab itulah, anda ada asma, kesukaran untuk bernafas.
Harapnya saya akan terus berpantang supaya lelah ini tidak akan berlarutan.InsyaAllah...
Sekian dulu al-kisah asma..
Thanks for reading patiently=)

Monday, November 24, 2008

Parlimen oh parlimen

Saya tersenyum sendirian melihat gelagat para pemimpin kita semasa melontarkan "bara" sewaktu bersidang di parlimen.Bukan saya sahaja yang geli hati menyaksikan lagak dan gaya mereka di televisyen malah adik2 saya yang kecil juga turut sama berasa sedemikian.Tanpa segan silu pemimpin A meninggikan suara pada pemimpin B sambil membuat gesture yang tidak sepatutnya dizahirkan oleh seorang pemimpin negara. Pada masa yang sama ada pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain.Apa yang paling kasihan,Speaker Dewan Rakyat pun disalahkannya.Di manakah perginya Qudwah Hasanah yang wajar ditonjolkan oleh setiap pemimpin islam?
Pelik bin ajaib apabila pemimpin menzahirkan sikap2 sedemikian.Aksi, gaya dan percakapan mereka sedang diperhatikan oleh berjuta2 rakyat namun mengapa sikap sebegini masih ditonjolkan.Saya bukanlah ingin menuding jari pada mana2 pihak jauh sekali menuduh, tetapi sedikit kecewa(banyak sebenarnya) dengan kerenah mereka.Nilai2 kepimpinan islam tidak lagi dijadikan teras utama malah aplikasinya agak kurang.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Setiap pemimpin pasti akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpinkannya.Mengapa masih mahu menjawat jawatan yang tinggi2 jika diri tidak mampu membawanya dengan baik malah kebajikan rakyat juga tidak langsung diambil kira.Mengapa dan mengapa????Inilah soalan yang saya suka untuk bertanya pada pemimpin kita.(tapi tak tanya pun..huhu).Barangkali harta,pangkat dan populariti yang dikejari.Namun perlu diingat bahawa semua ini hanyalah bersifat temporary.
Jika dilihatkan era khulafa, pemimpin2 islam pada masa itu sangat disanjungi malah kebajikan rakyat sentiasa dipandang berat oleh pemimpin.Inilah zaman cemerlang pimpinan khulafa ar-rasyidin.Pasti aman dan damai negara sekiranya ciri2 kepimpinan pada zaman kegemilangan tersebut dihadam,diaplikasi dan diterjemahkan pada diri setiap pemimpin negara.Keunggulan ummah itu sendiri datangnya dari pemimpin yang mengikut acuan islam.
Pemimpin sibuk bersidang pang pung pang namun rakyat masih lagi seperti dulu.Dengan gejala sosial yang kian meningkat dari hari ke hari.Tambah lagi dengan kes murtad, zina dan sebagainya yang telah menjadi satu wabak atau virus yang sukar dibendung.Jika peranan ulamak dan orang2 yang lebih berilmu dipandang remeh bagaimana negara kita yang kononnya negara islam mahu berkembang?Jika sikap pihak atasan sudah jadi seperti ini, apatah lagi yang dipimpinnya...mungkin tidak semua yang bersikap sedemikian namun jika baik pemimpin itu sudah tentu dia akan cuba sedaya upaya untuk memimpin orang bawahannya ke arah yang lebih baik bukan?
Erm,sekadar luahan rasa.Mudah2han tampuk pimpinan negara selepas ini akan dipegang oleh insan yang mengambil berat akan nilai2 kepimpinan islam.Sama2 doakan.Gerun rasanya memikirkan negara kita ini jika diperintah oleh orang yang tidak tahu bagaimana cara memerintah dengan baik lantas menjadi negara yang kucar kacir...Wallahualam..ingatlah negara kita bukan besar mana, sangat kecil!!!
Banyakkan berdoa.Indahnya jika negara kita dipimpin oleh ulamak.(adakah ini sekadar angan2?).Negara terpimpin, ummat gemilang..hu3.moto sendiri.
Wallahualam

Sunday, November 23, 2008

Takdir atau kebetulan

Assalamualaikum

Moga kita sentiasa berada dalam iman dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yang bersyukur kerana dalam hidup ini jarang sekali kita bersyukur seperti yang telah dinyatakan dalam kalam suci Al-Quran .Dalam hidup ini tiada yang berlaku secara kebetulan melainkan ianya adalah takdir Allah swt.

"Eh awk ni tiru je saya pakai baju colour purple..(sambil gelak2)"kata saya pada roommate.."Taklah saya mmg nak pakai baju colour nie tgk awk dh pakai..kebetulan la(dia pun tersengih2)"....
Ini di antara perbualan antara saya dan roommate...Tiada yang kebetulan semuanya adalah takdir.Tapi saya ucapkan kata2 ini di dalam hati sahaja..he3

Takdir pada hari tersebut saya dan dia pakai baju dengan warna yang sama yakni warna ungu kegemaran kak ira..hehe.


Sekarang sy tgh menaip entri ini pun merupakan takdirNya.

Tadi saya pergi Jusco makan Pizza(isk3) dengan mak pun takdir juga.Dah tertulis saya akan pergi dengan mak..

Sekarang saya menaip sambil menghirup teh peria(baik untuk kesihatan maa..) juga takdir..hu3

To be short, each and every single thing that we do in our life semuanya adalah takdir..
Semuanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz.


Tiada niat di hati saya untuk bncangkan tajuk ini dgn lebih mendalam..mohon untuk rujuk ustaz2 atau yg lebih pakar dlm bab ini.


Cuma point sy di sini, dalam hidup ini tiada yang kebetulan sbb semuanya sudah pun ditakdirkan.Allah sebaik2 Perancang kan..Hatta kita berusaha banyak mana pun jika ditakdirkan itu sahaja yang kita dapat bersyukurlah...(walaupun kdg2 tak puas hati..isk3)waa result tak lama lagi ni..Moga Tuhan yang memudahkan segala urusan akan terus memudahkan urusan hambaNya ini...Amiin Ya Rabbal Alamiiin...

Thursday, November 20, 2008

Zainab Al-Ghazali

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.

Baliau yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w.

Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi.

Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.

Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.

Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri

Selepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.

Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir.

Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak.

Sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya.

Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.

Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.

Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan .

Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.

Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati.

Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971.

Penyebaran Dakwah Islam

Setelah beliau dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.

Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah.

Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..

Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab.

Antaranya “Nahwa Baa’tahun Jadid” iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.

Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.


Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.

Monday, November 17, 2008

Dunia kini

Tadi tengok berita, harga minyak dah turun 15 sen bermakna harga baru RM1.90 seliter.Alhamdulillah, sekurang2nya ringan beban rakyat yang kurang berkemampuan dari segi perbelanjaan minyak yang sebelum ini naik mendadak.Syukurlah...bak kata ustaz Muhadir semasa Tamrin Qiyadi Kebangsaan yang lepas, "minyak naik pun, alhamdulillah..."huhu...betullah tu, ingat janji Allah bahawa Dia akan tambah nikmat selagi kita bersyukur, rindu nak dengar pengisian dari ustaz Muhadir...best!!!
Erm, apa pun bukanlah perihal harga minyak turun yang ingin saya sentuh. Pagi tadi masa tengah tengok tv ada pula iklan idola kecil(dah lama tak tgk tv..huhu).Terkejut juga.Kesian budak2 tu kecik2 dah diajar untuk jadi artis. Kalau boleh si ayah menginginkan satu keluarga menjadi artis..Sayang.Kalau di negara Arab anak2 seumur satu tahun sudah diajar agama.Kecil2 lagi diajar untuk mengenal jihad, walaupun mereka kurang faham dengan apa yang mereka lakukan sekurang2nya mereka punya pendedahan awal dalam bab2 pertahanan diri.Mungkin ada yang kata negara kita tidak sama dengan negara mereka diancam.Tidak patut kita sebagai orang islam berkata sedemikian, kerana perjuangan mereka merupakan suatu perjuangan suci mempertahankan islam...Berbanggalah kita dengan mereka.Apa yang saya bertambah sedih dalam Al-Quran sendiri tidak pula kata bangsa kita yang memerangi Yahudi bahkan bangsa Arab!!!
Tidak takutkah mereka akan soalan2 yang bakal mereka hadapi di akhirat kelak?Betul kata ustaz Razak semasa kelas Islamic Worldview..."what is the point they produce their children if they just standing and smoke at the street"?Anak2 adalah amanah Allah swt maka jagalah anak2 itu sebaiknya dan didiklah mereka dengan ajaran islam yang sempurna.Bila kita sudah tiada nanti doa anak yang solehlah yang kita harapkan bukan???Seronok bukan jika bi'ah solehah dpt diwujudkan dalam keluarga kita?
Kelmarin saya bercerita tentang azab kubur pada adik2 saya.Macam2 soalan yang ditanya.Si kecil lagilah macam2 yang ditanya.Muka mereka muram je selepas bertanya..akhir sekali saya memberitahu mereka bahawa anak Nabi sendiri diazab dalam kubur(pernah baca kalau tak silap Zainab, kalau salah betulkan),apatah kita sendiri???Setiap aspek dalam kehidupan harus dijaga, hatta sekecil2 zarah pastikan dihitung.Hidup ini sebagai medan muhasabah untuk diri kita.Banyakkan tanya soalan pada diri sendiri berkaitan ibadat,akidah dan akhlaq kita sendiri.Adakah cukup adakah kurang.
Sedar tak sedar banyak pula rancangan hiburan.Naik muak jadinya.Berlumba2 stesen tv menyiarkan rancangan2 yang kadang2 tak masuk dek akal ceritanya.Kadang2 rasa tiada tv dalam rumah lagi bagus!Inilah misi orang Yahudi dan yang sekutu dengannya untuk mempengaruhi bangsa Melayu Islam dalam setiap genap ruang kehidupan.Saya selalu tertanya2 mengapa orang Yahudi dan sekutunya tidak menyerang Malaysia secara terus sedangkan Malaysia hanyalah negara yang kecil, jika dibom sekaligus hancur...nauzubillah,bukanlah diri ini meminta sedemikian namun soalan ini kerap berlegar2 di ruang fikiran.Inilah namanya strategi.Memusnah secara halus.Sedikit demi sedikit...Ya Allah kurniakanlah petunjuk kepada hamba2Mu yang lemah ini...Moga mereka yang masih lagi di alam fantasi diberi kesedaran.
Bimbinglah anak2 mengenal dunia realiti yang penuh dengan cubaan dan dugaan.Anak2 yang bakal meneruskan wasilah perjuangan Nabi tercinta.Dunia yang fana kejari jangan, akhirat yang kekal sama2 kita tujui...
Wallahualam
Jom dengar sat lagu Dunia Baru Islam dendangan The Zikr, saya suka betul dgn lagu nie..huhu

Tuesday, November 11, 2008

Gugurnya Muhammad di pelukan ummi

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru . Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana . Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Kubur Tempat Terbaik

Suatu malam Imam Ibrahim bin Adham sedang berada di luar rumah. Seorang askar yang menunggang kuda dan pasukannya berkhemah di sekitar tempat itu dan kebetulan mendapat cuti, datang mendekatinya, lalu bertanya: “Hai orang tua, di daerah ini, di manakah ada tempat bersenang-senang, tempat yang paling indah?”

Ibrahim bin Adham mendonggakan kepala dan bertanya balik “Tuan menanyakan pendapat saya?”
“Ya!”.Jawab askar itu.
“Tempat yang tuan maksudkan itu terletak di sana, di seberang rumah saya.” Jawab Ibrahim bin Adham sambil menunjukkan ke arah tanah perkuburan.
“Yang mana?” tanya askar itu kebingungan.
“Itu, di seberang sana!”. Ibrahim bin Adham sekali lagi menunjukkan ke arah yang sama.
“Yang mana?……kuburan itu?” tanya askar itu lagi.
“Ya, betul. Tempat yang paling indah untuk bersenang-senang menurut pendapat saya adalah kuburan”. Jawab Ibrahim bin Adham
“Kurang ajar”, kata askar itu marah. Tapi ia belum berani bertindak lebih jauh, takut kalau-kalau orang tua itu seorang yang berpangkat tinggi. Jadi ia bertanya: “Siapakah kamu hai orang tua?”.
“Saya hanyalah seorang hamba” Jawab Ibrahim bin Adham
“Keparat!” teriak askar itu sambil menendang Ibrahim bin Adham.
Kemudian Ibrahim bin Adham di seret ke perkhemahannya dan diadukan kepada atasannya dengan tuduhan telah mempermainkan dan menghina tentera.
Namun alangkah hairannya askar itu melihat atasannya sangat menghormati orang tua tersebut kerana ia memang mengenali Ibrahim bin Adham sebagai seorang alim yang amat berpengaruh.
Walau bagaimanapun, ketua tentera dengan nada penyesalan dan kekecewaan berkata: “Saya menyayangkan sikap tuan selaku orang alim, mengapa mempermainkan anak buah saya?”.
Ibrahim Adham bertanyakan tidak mengerti: “Mempermainkan anak buahmu?. Dalam hal apa?

“Ia menanyakan tempat bersenang-senang yang paling indah. Kenapa tuan menunjukkan tanah perkuburan?”
“Hah!, ia menanyakan pendapat saya. Tentu sahaja tempat bersenang-senang buat orang tua seperti saya hanyalah di tanah perkuburan. Apakah seumur hidup saya ini masih dapat mencari kesenangan di tempat-tempat hiburan?.
Pengawal tentera itu terperangah. Terpaksalah ia mengakui, Ibrahim bin Adham telah memberikan jawapan yang tepat. Tapi ia masih kurang senang. Hingga ia bertanya lagi; “Andaikata tuan menerangkan dengan jujur siapa tuan sebenarnya, pasti anak buah saya takkan menendang serta mengheret tuan ke mari.”
“Maksudmu?”. Tanya Ibrahim bin Adham
“Mengapa tuan mengatakan bahawa tuan hanya seorang hamba?”

“Apakah salah saya? Dia bertanyakan saya siapa. Jadi siapakah saya ini kecuali seorang hamba Allah?. Kau, aku, dia dan kita semua, bukankah cuma hamba-hamba Allah belaka? Nama, pangkat dan kedudukan hanyalah buat sementara, yang tidak dapat menghilangkan kenyataan bahawa kita adalah hamba Allah”.
Makin terperosok pegawai itu ke dalam kebenaran yang pahit. Ia tak dapat mengelak bahawa semua dalih dan penjelasan Ibrahim bin Adham adalah kejujuran paling tuntas dari seorang alim yang tawakal.
Akhirnya dengan sedih ia berkata: “Kalau begitu, maafkanlah kekurang ajaran anak buah saya yang telah menendang dan menyeret tuan ke mari”.
Ibrahim bin Adham dengan wajah polos menjawab: “Tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu memaafkan. Sepatutnya sayalah yang harus mengucapkan terima kasih kepadanya”.

“Ah, sekeras itukah hati tuan sehingga tidak mahu memberi maaf?”
“Bagaimanakah saya harus memberi maaf jika dia tidak perlu minta maaf?. Mengapa dia mesti minta maaf padahal dia telah membantu saya mengurangi dosa-dosa saya, melipatgandakan simpanan pahala saya dan menyebabkan doa saya pasti dikabulkan Allah S.W.T?”

“Maksud tuan?” Tanya pegawai tentera itu kebingungan.
Saya tidak bersalah tetapi dia telah menganiaya saya. Bererti saya termasuk orang yang dianiaya. Tidakkah engkau pernah mendengar bahawa dosa orang yang dianiaya akan dihapuskan dan doanya pasti dikabulkan?”
Dengan penjelasan ini, komandan tentera makin tidak dapat menjawab. Ia hanya berjanji dalam hati untuk memarahi anak buahnya supaya bersikap lebih hormat kepada rakyat jelata

Monday, November 3, 2008

Celoteh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lega rasanya berada di rumah, setelah penat memerah otak beberapa minggu ni..Abang yang menjemput dengan membuka bermacam2 cerita, membuatkan saya sedikit gembira.Maklumlah lama tidak sembang2 begini.7hb ini insyaAllah abang saya yang sulung bakal pulang kembali ke Mesir untuk meneruskan perjuangannya..Wahhh, bilalah mau kembali..katanya 2 tahun tidak akan pulang..Mak juga mahu abang fokus pada pelajarannya.Tak pelah, pejam celik pejam celik sudah pun dua tahun di mana kita sendiri sudah tua dan kematian menghampiri kita yang terkadang leka dan lalai..Astargfirullahalazim....Erm.. it's a norm as a student kalau sudah namanya exam week mesti ada yang bersengka mata tidak tidur malam..hehe.tak begitu?masih ada lagi satu paper yang harus ditempuh, paper Management, agak lega sebaik sahaja keluar dari exam hall setelah bertungkus lumus untuk paper Biochemistry.Alhamdulillah...gap hampir 2 minggu untuk paper yang terakhir, membuatkan saya terfikir untuk balik ke rumah...

Kawan2 ada sahaja yang balik tetapi majoriti hanya stay di kampus. Ada yang bosan sehinggakan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika dilihatkan, banyak sahaja aktiviti bermanfaat yang dapat dilakukan cuma semuanya terpulang pada diri masing2. Revision period memang student mengadap buku siang malam. Sehinggakan ada yang sanggup untuk tidak tidur semata2 untuk menghadapi exam..

Pada saya rutin seorang pelajar yang berjaga sepanjang malam adalah kurang baik. Saya lebih suka untuk tidur pada pukul 10 malam kemudian bangun seawal 3 pagi untuk study. Ada juga yang tidur usai sahaja solat isyak kemudian bangun pada pukul 12 tgh malam...Udara di waktu pagi lebih nyaman dan lebih banyak oksigen yang terhasil pada waktu sebegini...Telah terbukti bangun seawal pagi memberi banyak kelebihan pada tuan empunya badan jika kerap diamalkan...Selain dapat menghirup udara nyaman kita juga dapat tahajud sekali..indah bukan???


Apa pun, masing2 punya cara yang tersendiri. Sejujurnya saya bukanlah kerap mengamalkannya, cuma kalau dah nak exam atau pun sebab ada kuiz atau kerja2 penting yang harus disiapkan dan juga ats sbb2 lain..istiqamah adalah benda yang susah kita nak buat bukan?insyaAllah kalau sekecil2 perkara kita titikberatkan pasti tiada masalah untuk perkara2 yang lebih besar dari itu..insyaAllah.

Mak, abah dan adik2 yang kecil semua tiada di rumah, yang ada hanyalah abang dan adik2 lain. Hai, rindu betul saya pada adik yang bongsu. Hanya mendengar cerita si kecil melalui adik dan mak..huhu..rindunyaaa..cepat la balik!Erm, yang pasti tidak akan saya sia2 kan masa yang ada sementara menunggu untuk pulang ke kuantan 7hb ini.insyaAllah....Maklumlah dah duduk di rumah asyik nak berkongsi cerita dengan family.huhu...Buat sahabat2 yang sedang dan bakal menhadapi paper2 selamat berjaya!Kalian sentiasa dalam doa.



3 November 08
10.27 pm
Seremban 2

Friday, October 24, 2008

Luahan hati di kala sepi

Assalamualaikum wbt

Pasti ada sahabat2 yang masih sibuk beraya di rumah sahabat2 yang lain..maaf yang tidak terhingga kepada dua orang sahabatku yang dirindui, syira dan asila kerana tidak dapat menghadiri jamuan raya yang shabat2 adakan…ditakdirkan kak ira datang senyap2 ke kuantan tanpa memaklumkan diri ini (geram juga). Kedatangan kak ira sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada sahabat2 semua yang berada di PJ mahupun di Gombak…masa mengatasi segalanya…walaupun sahabat2 berdua jauh dari pandangan mata tetapi antum semua tetap berada dekat di hati…hanya maut yang memisahkan kita.

Erm…assignment berlambak-lambak..satu persatu datang bak air yang mengalir..tak henti2..pada masa yang sama kuiz dan lain2…namun semua ini tidak menjatuhkan semangat saya kerana satu sahaja yang saya pegang…ini semua adalah nikmat dariNya. Terasa masa begitu berharga dan tidak dinafikan di akhir zaman ini masa berlalu begitu pantas berlalu..pejam celik pejam celik sudah pun sampai ke penghujung sem dan 29hb oktober ini saya bakal menghadapi final exam untuk kertas epidemiology dan berakhir pada 11November dengan subjek Management. Tak sangka!!!!itulah yang saya rasa=)

Maut bakal menjemput kita…. Mungkin sekarang, esok, lusa atau tulat…Hanya Allah yang tahu. Kita hanyalah hambaNya yang lemah. Sahabat2, ingatlah bahawa apabila kita diasak dengan tugasan yang bertimbun2 janganlah kita melupakan amar makruf nahi mungkar dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta….setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah dengan izinNya, maka berharap dan mengadu hanya padaNya…setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya….

Teringat pula saya pada sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang begini bunyinya:

Jika engkau melebihkan dunia ia akan membawa mudarat pada akhiratmu dan jika engkau melebihkan akhirat ia akan membawa mudarat pada duniamu…

Sememangnya benar…cubalah sahabat2 menilai apa yang kita telah lakukan dalam masa sehari..adakah lebih kepada akhirat???atau dunia???tepuk dada tanyalah iman kita sendiri. Iman kita sentiasa menaik dan menurun...Pengalaman di kampus Kuantan ini membuatkan saya sedikit kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang datang menimpa…tetapi apalah sangat dugaan ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dihadapi oleh orang2 yang terdahulu..Namun inilah jihad kita sahabat2….Jihad dalam mencari ilmu..menuntut ilmu keranaNya…meskipun niat kita sering kali tergelincir dari landasan segeralah perbetulkannya…

Tulisan ini lebih kepada luahan perasaan=)maklumlah penat memerah otak jadi saya pun terus mencapai laptop dan meluahkan apa yang terbuku di hati..Syukran kerana sudi membaca…ingat ye sahabat2…jangan mudah berputus asa dan mengeluh..ingat!Dugaan itu nikmat dan tanda kasih sayangNya pada kita…

Moga segala urusan kita dipermudahkanNya….ameenn….

UIA Kuantan

Mahallah Talhah 5

15 Oktober ‘08

11.29pm