Sunday, December 7, 2008

Modul menyedihkan!

Alhamdulillah...

Akhirnya terubat juga rindu ingin menyertai program fasi, sudah lama tidak menyertai program sebegini sejak menjejakkan kaki ke kampus Kuantan.Alhamdulillah, gembira rasanya menjadi fasi kepada adik2 yang berumur dari 7-9 tahun..petah betul budak2 ni.Program yang berlangsung pada 1-3 Dis yang lepas bertempat di Surau Makmur berdekatan dengan rumah kak hawa..terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada family kak hawa kerana menyediakan tempat tinggal untuk kami fasilitator2 perempuan dan peserta2 perempuan di rumah kak hawa sendiri.

Saya sengaja menawarkan diri untuk handle adik2 kecil ini kerana merasakan saya mampu mengawal mereka kerana saya juga mempunyai adik2 yang sebaya mereka.Alhamdulillah, walaupun adik2 ini banyak kerenahnya namun saya mampu untuk mengawal mereka walaupun sakit juga tekak ini..he3..

Buat pertama kalinya saya mendengar modul hadiah..he3..sebenarnya pernah mendengarnya daripada kak hajar semasa dia menjadi fasilitator semasa program PJKN.Bagi saya, modul ini sedikit berat untuk dilaksanakan..tetapi mahu tidak mahu harus juga diteruskan. Kami harus meminta adik2 melukiskan hadiah untuk kami para fasilitator di atas kertas mahjung.Maklumlah fasi2 akan pulang pada keesokan harinya.

Adik2 group saya apa lagi, tanpa membuang masa terus melukis dan melukis.Agak kelakar juga gelagat mereka...Saya pesan supaya mereka melukisnya cantik2..huhu..Tahulah kan bagaimana lukisan adik2..huhu

Dipendekkan cerita keesokan harinya, adik2 bergambar dengan hadiah yang telah dilukis dengan fasi masing2...waktu ini saya dapat lihat raut wajah gembira adik2..Huh!sedih time nie...tak sanggup rasanya tengok muka adik2...Masa yang ditunggu telah tiba, sewaktu ketua fasi memberitahu kepada adik2 bahawa tibalah saat fasi2 memberi penghargaan kepada adik2, semua fasi berdiri serentak dan kemudian..nah inilah dia penghargaannya..iaitu mengoyak hadiah yang telah dilukis...warghhh...

Agak lambat saya mengoyaknya.Sebelum mengoyak kertas tersebut saya pandang semua muka adik2..semua tercengang.Praaapp....saya berjaya juga mengoyak, ini pun saya telah lakukannya perlahan2...sambil memandang ke tepi.Aiman, adik yang sgt petah dan aktif, tercengang bersama dengan adk2 yang lain, sambil berkata..."Kenapa ustazah koyak?"....Saya hanya berdiam diri sambil bermuka kelat=(...."penat kitaorg buat"...sambung mereka lagi...Kemudian kami fasi2 keluar..Biasalah fasi2 perempuan menangis..hu3..masakan tidak pasti sedih...adik2 beria2 buat untuk fasi masing2 tapi inilah balasannya...

Kesimpulan dari modul ini ialah peranan adik2 ini terhadap ibu bapa mereka yang telah memberi mereka kasih sayang dan keperluan yang cukup namun kenapa masih ada lagi yang derhaka..Perit hati mereka sekiranya anak yang dikandung 9 bulan 10 hari melempang, terajang, menyepak mereka...Modul ini dikaitkan juga dengan sikap adik2 terhadap fasi masing2..Yang kelakarnya adik2 saya ini semualah yang kuat menangis sewaktu slot muhasabah diri ini dilakukan..he3...Comel sungguh!

Perlu juga untuk kita sedar bahawa tidak semesti adik2 yang menangis itu akan berubah setelah program berakhir, kadang2 keinsafan yang lahir hanyalah sewaktu program berlangsung.Harapan setiap fasi sudah pasti selepas berakhirnya program adik2 akan mempraktikkan apa yang mereka peroleh sepanjang program...Bukan sahaja adik2 yang perlu berubah, malah fasilitator yang dikatakan pemudah cara juga oerlu berubah.Dalam menimbulkan titik kesedaran dalam diri adik2, fasi juga harus menjadikan diri mereka lebih baik dari sebelum ini...

Pengalaman baru..inilah yang saya dapat semasa program tersebut, di samping dapat berkenal-kenalan dengan muka2 baru yang saya tidak pernah lihat sebelum ini.

Moga Allah memudahkan urusan adik2 tersebut.Adik2 kecil ini ibarat kain putih, mereka harus dicorak menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah satu hari nanti..Dakwah yang lain janganlah kita lupa untuk berdakwah pada ahli keluarga sendiri..pesanan ini khas buat diri saya dan sahabat2 lain...Teruskan berbakti pada masyarakat tanpa melupakan ahli keluarga sendiri...

4 comments:

Ahmad Izzat Atan (AIA) said...

salam. wah2 ct. dah biasa handle adik2 kan. bgs lah.. bukan senang nak handle adik2 yg comel2 ni... tahniah kepada ct..

alifzaimimra said...

slm ct. tahniah ct, dpt jgk handle adik2 tu. tgk la sape kak longnya. hehehe...all the best to you! jmpe di Kuantan nti, insyaALLAH. ;)

ct, bile2 free jmput ke laman ni: http://ahmadhajimahmud.blogspot.com/2008/12/terimakasih.html

halim qittun said...

tahniah..stp prog slalunya pgalaman berbeza walaupun modul yg sama berulang2..

apapun, peringatan pada kite semua gak, jeles pulak xdpt join prog tu..hehehe

Fatimah bintun Qamar said...

abg izzat:haah.dah besa, adik2 kat umah lagi dasat mcm2 hal..he3

kak hawa:hehe..tngok la sape akk dia..kui3

halim:tu la rugi nta..hu9