Agak terkejut kerana program ini boleh dikatakan program yang penuh dengan aktiviti luar. Maklumlah, objektif program ini sendiri berkait rapat dengan sahsiah adik2 yang menyertainya. Namun, saya berharap segala input yang saya sampaikan pada adik2 akan dipraktikkan dan diaplikasikan.InsyaAllah...harapan ini adalah harapan ustazah2, ustaz, ibubapa dan semua fasilitator..
khusyuk brtul peserta2 mendengar ceramah dari abang alang
Pada pendapat saya sendiri, aktiviti2 luar harus dikurangkan kerana bimbang objektif program ini tidak tercapai atau dalam erti kata lain adik2 kurang fokus pada apa yang ingin disampaikan dalam program tersebut. Mana tidaknya, adik2 asyik bertanya bila sukaneka?bila flying fox?bila nak berkayak??Inilah soalan2 yang acap kali ditanya pada fasi2 sewaktu rehat dan berakhirnya setiap LDK.Seperti biasa, tidak semestinya dengan program 3 hari 2 malam ini berkuasa mengubah sikap dan pemikiran adik2 ini sepenuhnya.Program ini merupakan satu usaha dalam mendidik adik2 ini namun ibu bapa sendiri yang harus memainkan peranan.
Apa yang menarik minat saya tentang program ini adalah sewaktu slot abang alang (lupa nama penuh dia nama samaran dia pun jadila..hehe)...Bukan sahaja peserta malah fasi2 turut sama tersentuh sewaktu slotnya sedang berjalan.Slot oleh team bina insan ini dikendalikan oleh pasangan pengantin baru (baru 4 bulan berumah tangga) dan kedua2 slot tersebut sangat best!
Teringat kata2 head fasi aka Cek Su, jangan pula fasi yang lebih2 pastikan adik2 memberi tumpuan..lebih kurang begini katanya.Agak terasa juga..hehe, kerana saya merasakan diri saya sendiri adalah peserta..huhu...tetapi saya tidak membiarkan adik2 leka, alhamdulillah adik2 memberi fokus terhadap slot yang disampaikan.
Abang alang menyentuh tentang ciri2 anak soleh, dan demonstari mencabut rambut, membiarkan api dari lighter selama beberapa saat di tangan peserta dan menconteng dahi adik yang sama dengan pen marker merupakan suatu yang luar biasa bagi saya kerana tidak pernah saya jumpa penceramah seperti ini.
Dia bercerita mengenai syurga dan neraka, betapa adik tersebut tidak tahan dengan api lighter yang tidak sampai 30 saat apatah lagi api di akhirat nanti, manakala aksi mencabut rambut ingin menunjukkan pada adik2 bahawa betapa halusnya rambut adik yang dicabut itu andai dibelah 7, rambut yang digambarkan sebagai titian sirat.Dan bagaimana malunya seorang bekas penghuni neraka yang di dahinya ada tertulis kalimah yang menyatakan bahawa dia adalah bekas penghuni neraka.Semua ini diterangkan kepada adik2...Alhamdulillah, jelas kelihatan di wajah adik2 ini sinaran keinsaafan yang diharapkan berkekalan sampai bila2...insyaAllah.Pendek kata, i love that slot!
Setiap slot dimulakan dengan memuji Yang Esa. Zikir2 alunan bersama sangat syahdu dan terasa suasana tenang dan damai di dalam dewan...Lebih2 lagi semua peserta diarahkan supaya menutup mata sambil tangan kanan diletakkan di dada kiri..Saya juga turut serta dalam slot ini...Alhamdulillah..
Alhamdulillah, sempat juga saya berkayak ke tengah lautan walaupun tak berapa nak tengah..he3..Sudah begitu lama saya meminati sukan air ini namun tak berpeluang lagi merasainya...hu3...Pengalaman yang agak seronok berkayak di pantai Port Dickson yang dikatakan kotor..hehe...Adik2 yang kecil tidak dibenarkan untuk berkayak tetapi mereka mencuba aktiviti flying fox.Sesi penerangan kayak ini agak lucu juga.Apa pun saya bersyukur kerana tiada seorang pun peserta yang terbalik kayaknya..huhu..
Pengalaman, itulah yang mengajar kita dalam kehidupan. Jangan berhenti mencari pengalaman kerana pengalaman mematangkan kita. Usia 20-an inilah masanya untuk kita mengembara dan mengenal dunia, manusia dan sekaligus menyedari betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan yang satu.Moga mak abah tidak menghalang saya dalam mencari pengalaman ke merata alam..hehe..bunyi macam ingin kembara di seluruh dunia..huhu...Anak dara tak manis ke sana ke mari=)
Syukran sekali lagi kepada semua urusetia, semoga kita dapat berjumpa lagi di program yang akan datang dan tidak lupa juga buat sahabat2....jumpa lagi ya!InsyaAllah...Apa yang dpat disimpulkan di sini, betapa hebatnya rancangan Alah...wallahualam...
1 comment:
pertamanya alhamdulillah sempat gk membaca huhuhu walaupun dah lame post huhihu.hmm tersenyum sendiri pulak su bace kisah ni, terimbau kisah2 yang terjadi disana, suka duka, tegas tegus huhuhu(perkataan baru). ape2 pun setiap program itu tidak akan bermakna jika kita tidak pernah mengambil iktibar darinya, su dapat satu pengajaran yang begitu bermakna dalam program ini dan insyaAllah harapnya semua dapat mengambil jugak barangkali sekelumit dua pengajaran sama jugak seperti su. berjuang sehabis baik, berharap sebaik harapan, kejayaan setinggi kejayaan.
Post a Comment