Sunday, December 7, 2008

Erti pengorbanan sebenar

Salam 'alaik..

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya kita berpeluang menyambut perayaan terbesar umat islam iaitu hari raya Aidiladha..Allahuakbar!!!

Sinonim dengan Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke 10 bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kelendar Hijrah Islam.Erm, pagi raya insyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman bagi meraikannya bersama dengan sanak saudara.

Hari raya Aidiladha disambut ketika umat Islam yang lain melaksanakan ibadah haji dengan ziarah ke Mekah, mengunjungi Ka’abah serta melakukan korban sembelihan.Saat ini mak long,pak long mak lang bersama jemaah haji berada di sana sebagai tetamu Allah...semoga haji mereka mabrur..insyaAllah...ameen...


Seperti yang semua sahabat2 sudah sedia maklum, perayaan ini adalah sempena memperingati pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.Mengimbas kembali semangat dan kecekalan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sewajarnya kita umat akhir zaman ini contohi.Sebagai seorang dai'e yang seringkali ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan inilah masanya untuk kita kembali menghayati erti pengorbanan sebenar kerana perjuangan yang sedikit cuma ini tidak setanding dengan perjuangan para Nabi Allah dalam menyebarkan risalah islam ke serata alam...

Sebagai seorang pelajar yang kerap kali diasak dengan tugasan2 yang bertimbun, kerja2 persatuan dan bagi mereka yang melibatkan diri dalam kerja2 dakwah sudah pasti ada saat2 getir yang kadang kala membuatkan kita tewas lantas menyalahkan kerja2 dakwah sebagai faktor utama kehidupan sebagai seorang pelajar ini terganggu.Demikianlah yang terjadi apabila kita tidak berfikir berlandaskan iman.

Apakah erti pengorbanan?adakah pengorbanan itu dikaitkan dengan ikhlas?adakah pengorbanan itu menuntut kita untuk mengorbankan segala kepentingan?Apa yang pasti setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah menjurus ke arah kebaikan dan disertai dengan niat semata2 keranaNya.Korban bukanlah hanya menyembelih binatang namun ibadah korban ini meliputi seluruh aspek dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.Mengajar orang lain ke arah kebaikan juga adalah korban dan percaya atau tidak pengorbanan seseorang mampu merapatkan jurang di antara insan yang bersengketa.Subhanallah...

Saya menyeru sahabat2 dan ahli keluarga saya sendiri supaya sama2 menghayati erti pengorbanan dan diterjemahkan ke dalam kehidupan.Bukanlah bererti hanya pada perayaan ini sahaja barulah kita sibuk ingin berkorban.Erti pengorbanan itu luas.Terpulang pada individu untuk mentafsirnya...

Moga kehidupan di hari2 yang mendatang diberi keberkatan oleh Yang Maha Esa.InsyaAllah..
Doa saya semoga amal ibadat yang dilakukan sepanjang bernafas di bumi Allah ini, diterima olehNya...Gerun rasanya sekiranya segala ibadat yang dilakukan tidak diterimaNya...

Pesan saya sentiasalah kita bersyukur dengan nikmatNya yang tidak terhitung ini dan sentiasa muhasabah diri.Moga Allah mengampunkan dosa2 hambanya yang sentiasa bertambah..Astargfirullahazim...


Wallahualam...

No comments: