Suatu malam Imam Ibrahim bin Adham sedang berada di luar rumah. Seorang askar yang menunggang kuda dan pasukannya berkhemah di sekitar tempat itu dan kebetulan mendapat cuti, datang mendekatinya, lalu bertanya: “Hai orang tua, di daerah ini, di manakah ada tempat bersenang-senang, tempat yang paling indah?”
Ibrahim bin Adham mendonggakan kepala dan bertanya balik “Tuan menanyakan pendapat saya?”
“Ya!”.Jawab askar itu.
“Tempat yang tuan maksudkan itu terletak di sana, di seberang rumah saya.” Jawab Ibrahim bin Adham sambil menunjukkan ke arah tanah perkuburan.
“Yang mana?” tanya askar itu kebingungan.
“Itu, di seberang sana!”. Ibrahim bin Adham sekali lagi menunjukkan ke arah yang sama.
“Yang mana?……kuburan itu?” tanya askar itu lagi.
“Ya, betul. Tempat yang paling indah untuk bersenang-senang menurut pendapat saya adalah kuburan”. Jawab Ibrahim bin Adham
“Kurang ajar”, kata askar itu marah. Tapi ia belum berani bertindak lebih jauh, takut kalau-kalau orang tua itu seorang yang berpangkat tinggi. Jadi ia bertanya: “Siapakah kamu hai orang tua?”.
“Saya hanyalah seorang hamba” Jawab Ibrahim bin Adham
“Keparat!” teriak askar itu sambil menendang Ibrahim bin Adham.
Kemudian Ibrahim bin Adham di seret ke perkhemahannya dan diadukan kepada atasannya dengan tuduhan telah mempermainkan dan menghina tentera.
Namun alangkah hairannya askar itu melihat atasannya sangat menghormati orang tua tersebut kerana ia memang mengenali Ibrahim bin Adham sebagai seorang alim yang amat berpengaruh.
Walau bagaimanapun, ketua tentera dengan nada penyesalan dan kekecewaan berkata: “Saya menyayangkan sikap tuan selaku orang alim, mengapa mempermainkan anak buah saya?”.
Ibrahim Adham bertanyakan tidak mengerti: “Mempermainkan anak buahmu?. Dalam hal apa?
“Ia menanyakan tempat bersenang-senang yang paling indah. Kenapa tuan menunjukkan tanah perkuburan?”
“Hah!, ia menanyakan pendapat saya. Tentu sahaja tempat bersenang-senang buat orang tua seperti saya hanyalah di tanah perkuburan. Apakah seumur hidup saya ini masih dapat mencari kesenangan di tempat-tempat hiburan?.
Pengawal tentera itu terperangah. Terpaksalah ia mengakui, Ibrahim bin Adham telah memberikan jawapan yang tepat. Tapi ia masih kurang senang. Hingga ia bertanya lagi; “Andaikata tuan menerangkan dengan jujur siapa tuan sebenarnya, pasti anak buah saya takkan menendang serta mengheret tuan ke mari.”
“Maksudmu?”. Tanya Ibrahim bin Adham
“Mengapa tuan mengatakan bahawa tuan hanya seorang hamba?”
“Apakah salah saya? Dia bertanyakan saya siapa. Jadi siapakah saya ini kecuali seorang hamba Allah?. Kau, aku, dia dan kita semua, bukankah cuma hamba-hamba Allah belaka? Nama, pangkat dan kedudukan hanyalah buat sementara, yang tidak dapat menghilangkan kenyataan bahawa kita adalah hamba Allah”.
Makin terperosok pegawai itu ke dalam kebenaran yang pahit. Ia tak dapat mengelak bahawa semua dalih dan penjelasan Ibrahim bin Adham adalah kejujuran paling tuntas dari seorang alim yang tawakal.
Akhirnya dengan sedih ia berkata: “Kalau begitu, maafkanlah kekurang ajaran anak buah saya yang telah menendang dan menyeret tuan ke mari”.
Ibrahim bin Adham dengan wajah polos menjawab: “Tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu memaafkan. Sepatutnya sayalah yang harus mengucapkan terima kasih kepadanya”.
“Ah, sekeras itukah hati tuan sehingga tidak mahu memberi maaf?”
“Bagaimanakah saya harus memberi maaf jika dia tidak perlu minta maaf?. Mengapa dia mesti minta maaf padahal dia telah membantu saya mengurangi dosa-dosa saya, melipatgandakan simpanan pahala saya dan menyebabkan doa saya pasti dikabulkan Allah S.W.T?”
“Maksud tuan?” Tanya pegawai tentera itu kebingungan.
Saya tidak bersalah tetapi dia telah menganiaya saya. Bererti saya termasuk orang yang dianiaya. Tidakkah engkau pernah mendengar bahawa dosa orang yang dianiaya akan dihapuskan dan doanya pasti dikabulkan?”
Dengan penjelasan ini, komandan tentera makin tidak dapat menjawab. Ia hanya berjanji dalam hati untuk memarahi anak buahnya supaya bersikap lebih hormat kepada rakyat jelata

No comments:
Post a Comment