Wednesday, June 17, 2009

"Welcome to 5 Arif"



Barisan kedua dari kiri (Farhana, Hui Ying, Ain, CT,Farah, Grace
Barisan ketiga dari kiri(Salleh,Nopharet, Haidar,Adrian, Ikmal,Zul)

Terngiang-ngiang perkataan tersebut setiap kali diri teringat akan memori sewaktu di sekolah menengah, terutamanya sewaktu berada di tingkatan 5.Pasti ayat itu yang muncul di fikiran.Huhu.Teringat pula pada Haidar, satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan saya pada waktu itu.Cemas, takut, bimbang dan pelbagai lagi perasaan yang seangkatan dengannya menyerang diri.Masakan tidak, hari yang dinanti-nantikan telah tiba.Seakan tidak menyangka diri ini bakal melangkah ke sekolah campur pada hari tersebut.Dek kerana mengikut ayah yang ditukarkan ke Putrajaya, mak dan abah membuat keputusan untuk menetap di Seremban.Kami anak-anak hanya mengikut dan kebetulan sekolah tersebut berhampiran dengan tempat tinggal kami.Erm, entri kali ini lebih bersifat peribadi.

Saya dan tiga lagi orang adik dihantar abah untuk berdaftar di sekolah tersebut pada hari pertama sesi persekolahan.Huh!Perasaan sewaktu itu hanya Allah sahaja yang tahu.Saya hanya mengikut abah dari belakang tanpa memikirkan apa-apa melainkan perasaan cemas dan takut yang menyelubungi diri.Saya dibawa ke kelas oleh seorang pengawas, apa ya namanya, sudah lupa, huhu.Sampai sahaja di muka pintu, Haidar datang bagaikan kilat, lagaknya seperti seorang pelakon hindustan, gaya rambutnya tidak ubah seperti pelakon hindustan.Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya "Welcome to 5 Arif".Saya melihat kehairanan, dan tanpa menghiraukannya, saya terus melangkah masuk mencari tempat duduk.Saya bertuah, kerana pada hari tersebut ada seorang pelajar baru juga di kelas tersebut, namanya Farhana, pendek cerita dia merupakan kawan baik saya sepanjang berada di tingkatan 5.Pelajar di dalam kelas saya hanya ada dalam 25 orang.Sewaktu sesi fotografi ada yang tidak hadir.



Paling melucukan apabila ramai pelajar-pelajar lelaki berkerumun di meja saya dan bertanya pelbagai soalan, dan saya hanya menundukkan muka dan hanya menjawab sepatah.Apabila loceng berbunyi mereka hilang, pelik juga.Rupanya pelajar-pelajar tersebut daripada kelas sebelah.Kelas 5 Bestari.Isk3.Batch saya merupakan batch tingkatan lima yang kedua.Masih baru lagi sekolah tersebut semasa itu, baru menjangkau usia 3 tahun.Dan pada waktu itu, hanya dua buah kelas tingkatan 5, iaitu 5 Arif dan 5 Bestari.Sungguh, di sekolah tersebut, saya tidak merasakan persaingan berbanding semasa di sekolah Convent dahulu.Rindu kenangan-kenangan di sekolah lama sewaktu bersekolah di Perak dahulu.Benar kata orang, zaman persekolahan merupakan zaman yang paling seronok!

Pn Norafidah selaku guru kelas mengajar matapelajaran Fizik, dia sangat sporting dan suka berbual-bual dengan anak murid seperti ibu dan anak.Di sekolah, saya sering kali dipanggil ustazah, pada awalnya saya agak tidak selesa dengan panggilan tersebut, lama-kelamaan saya membiarkan sahaja.Haidar dan geng-gengnya selalu sahaja mengacau, dan tidak menyangka kami boleh menjadi kawan baik.Kerja sekolah saya selalu sahaja menjadi santanpannya jika dia tidak menyiapakan kerja-kerja sekolah yang diberi cikgu.Dia selalu sahaja minta dinasihati dan bertanya apa yang dia boleh dan tidak boleh buat.Yang paling saya geli hati apabila dia memberi saya katalog dan meminta saya memilih hadiah yang sesuai untuk teman wanitanya yang kebetulan satu kelas dengan saya, Ain namanya.Malangnya, mereka putus di tengah jalan.Biasalah remaja di zaman sekolahnya, cinta monyet!Haidar merupakan seorang perokok, ada juga saya menasihatinya, namun dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menahannya dan pernah sewaktu di bulan Ramadhan dia bertanya pada saya bolehkah kalau dia hanya menghisap asap rokok.Haidar2...apalah cerita dia sekarang eh.Yang pasti dia sedang belajar dalam bidang kemahiran, di mana tempatnya saya kurang pasti.Berbagai ragam yang saya temui di sekolah yang satu ini.Alhamdulillah saya berpeluang malalui semua ini.

Di sekolah dahulu, saya sering dihantar untuk memasuki pertandingan kuiz, tetapi kami tidak pernah pun memenanginya.Hehee...Saya, Faisal dan Salleh selalu bertiga jika ada kuiz peringkat kebangsaan atau pun sekolah.Kadang-kadang Jaya juga akan turut serta.Rindu pula saat itu.Adik saya selalu sahaja menjadi mangsa buli Haidar dan rakan-rakannya.Sememangnya Haidar terkenal di sekolah, maklumlah orang nakal sepertinya membuatkan Datin Maznah selaku Pengetua juga mengenalinya.Huhu..hebat!

Persekitaran di sekolah yang agak sosial dan pelajarnya yang kadang-kadang tidak menjaga adab sedikit sebanyak membuatkan diri berasa begitu sedih, geram dan pelbagai lagi perasaan sehinggakan pernah mempunyai niat untuk bertukar sekolah, namun saya gagahkan juga diri ini.Perasaan tidak sabar untuk menghabiskan persekolahan dan keluar dari sekolah tersebut sangat meluap-luap pada waktu itu.Lama-kelamaan saya tegar dengan suasana sekolah dan dapat membiasakan diri walaupun pada waktu itu saya bukanlah seperti saya yang sekarang.Sekarang, banyak perkara yang saya pelajari setelah melalui alam matrikulasi yang islamik dan kini meneruskan pula pelajaran di sebuah univeristi islam.

Banyak sebenarnya yang ingin dikongsikan dan kadang-kadang ada yang terlalu manis untuk dikongsikan.Tidak akan saya lupakan saat berada di Sekolah Menengah Seremban 2 ini.Kepada guru-guru yang telah mendidik diri ini, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasanya.Grace dan Hui Ying masih lagi berhubung dengan saya dan mereka sekarang menuntut di kolej swasta di Negeri Sembilan.

Saya doakan kalian berjaya dunia akhirat.Erm, saya mengambil langkah untuk menegur rakan-rakan sekolah yang seakidah dengan saya melalui mesej di laman Friendster.Sudah saya susun ayat-ayat yang sepatutnya secara berhikmah.Sedih juga melihat rakan-rakan yang sudah lain jadinya terutama sekali rakan-rakan di sekolah Convent dahulu.Sayang bagi mereka yang sudah punya kefahaman tetapi tidak mempraktikkannya.Moga Allah memberi mereka hidayah.Doa buat kalian sentiasa ada.

"Ketahuilah, sesungguhnya milik Allah-lah apa yang di langit dan di bumi.Dia mengetahui keadaan kamu sekarang.Dan (mengetahui pula) hari (ketika mereka) dikembalikan kepada-Nya, lalu diterangkan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"

(Al-Furqan:64)



4 comments:

Aku Mu'iz said...

sape adik ct yang kena buli tu? mesti nur...he3...tapi mu'iz lebih suka skolah kat convent, sebab Malacca High School dulu cam convent dak. Besela, skolah tgh bandar. tapi persaingan antara pelajar dalam pendidikan itu sangat bagus.
bila masuk uia xde rasa tu...hilang...

Fatimah bintun Qamar said...

nur & hawa mangsa buli, ap taknya, lalu sebelah kelas ct kena sergah ngan haidar..isk3...

mmg skola cnvent dulu best, asyik compete each other, masuk uia tak terasa sgt persaingan sbb sume melayu.

Kholah Afifah said...

hidup Perak...semoga pergolakan sgera tamat..jgn ada sengketa..huhu

btl la akak, sedih tau..tgk kwn2 lama byk yg berubah lps kluar ke 'alam lain'...kalau dulu melekat kt daerah ni je, bila smbung bljr jauh2, byk budaya 'karut' masuk dlm diri.. sedih, xtahu nak nasihat cane sbb xrpt..doa je la..

-orang biasa- said...

betul3..nape duk UIA ni tak da rasa nak bersaing pun ek.. bukan tak da saingan, tapi rasa tu macam dah hilang.. aduh, sedih cikgu kalu tau ni..