Seperti yang telah dijanjikan, saya dan seorang lagi sahabat, Athirah bertemu di Terminal 1 Seremban.Lebih kurang jam 9 lebih saya sampai.Agak lewat sebenarnya, dek kerana ada urusan yang harus diselesaikan terlebih dahulu.Bimbang meninggalkan adik perempuan yang demam di rumah bersama dengan adik yang kecil, saya harus terlebih dahulu menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya.Kasihan sebenarnya pada sahabat yang sudah setengah jam menunggu.Maaf ye tira.
Kami ingin ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas di Rembau untuk meneruskan lagi perbincangan yang masih berbaki bersama dengan Cikgu Sufaezah, kaunselor sekolah tersebut.Sebelum ini, Athirah dan seorang abang senior yang berbincang, masih ada lagi perkara penting untuk kami bincangkan.
Disebabkan oleh masalah-masalah tertentu, cikgu meluahkan perasaannya kepada kami bahawa dia pernah berada di tempat kami, dan melaksanakan program seumpama ini dan dia memahami kondisi kami pada waktu ini.Dia mengharapkan ada sukarelawan yang datang ke sekolah kerana jarang dia dapat berjumpa dengan orang yang sanggup menganjurkan program tanpa mengharapkan apa-apa balasan.Di pihak kami sendiri, sebenarnya tidak mengharap apa-apa balasan dari pihak sekolah kerana niat kami hanya satu ingin membantu memberi kesedaran kepada adik-adik.Dan yang paling utama keranaNya.
Walaupun pada awalnya, rancangan kami melibatkan adik-adik yang mengambil SPM pada tahun ini.Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, cikgu meminta kami untuk tumpukan pada para pelajar tingkatan tiga.Setelah berbincang dengan Athirah, kami sepakat untuk meneruskan program dengan pelajar tingkatan 3.Dia yang merupakan bekas pelajar sekolah SMKA Pedas, banyak menceritakan pada saya mengenai sekolah tersebut dan juga pengalamannya sewaktu zaman persekolahannya.
Kami bakal mengadakan program "Ayuh Jadi Cemerlang!" (AJC '09) pada hujung minggu ini.Ada masalah yang agak memeningkan kepala pada awalnya, namun setelah berfikir dan berfikir, datang idea.huhu.Alhamdulillah.Setelah berbincang banyak perkara dengan cikgu, kami menunggu Zul yang tidak sampai-sampai sejak pagi.Maklumlah, dia hanya bermotosikal dari UIA Gombak.Program di Kelantan yang dihadirinya sehari sebelum itu, sudah pasti agak memenatkan baginya kerana terus pula ke Rembau.Moga Allah memberkatimu dik.Sanggup datang dari Gombak.Syukran, saya kira banyak juga yang telah dia tolong.
Setelah berbincang mengenai perjalanan program, tajaan dan juga aktiviti-aktiviti, kami melawat sekitar sekolah dan zul memulakan ideanya yang "bernas" untuk sesi riadhah.Dasyat juga budak ini.Apa-pun akak harap zul tak ganas sangat dengan budak-budak tu nanti=)
Alhamdulillah selesai semuanya kami beransur pulang ke rumah.Sebelum balik sempat juga beli kuih muih di luar kawasan sekolah.Menurut Athirah, sudah lama mak cik tersebut berniaga di sana, sejak di zaman sekolahnya.Syabas mak cik!Hehe...
Sebenarnya, saya agak terkilan kerana tidak dapat melaksanakan program di sekolah sendiri kerana para pelajarnya agak bermasalah dan mempunyai masalah dari segi akhlak.InsyaAllah, berkat pertolongan sahabat2 semua, niat ini akan dilaksanakan pada cuti akan datang.Doakan!
Moga program hujung minggu ini berjalan dengan lancar.Amiin.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itula orang-orang yang beruntung."
(Ali-Imran:104)
4 comments:
off topic ye: Kenapalah Seremban ada dua terminal, nasib baik tak tertinggal bas dulu...
Terminal tu ad dua sbb org tu kata tak cukup nak menampung manusia yg nak naik bus..hu3
Tu sbbnya ad dua...
lagi suke terminal 2 tak sesak dan pemandangan pun ok, drpd terminal 1..
pepun, syukur ad bus..kalau tak payah nak balik kuantan=)
sian gak kalau ad yg tak tau nih.
lor..awal2 tulis terminal 1... ingat nk g wayang tgk terminator..XP..hu3..
huhu, man2..tak de la den nak pi wayang,baik tgk kat umah je=)
Post a Comment