Sunday, June 7, 2009

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009



Salam'alaik.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, baru sahaja pulang dari Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 dengan selamat (5-7 Jun 2009), yang diadakan di UIAM.Majlis Penutupan oleh Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Gombak, Saudara Khairul.Tahniah kepada semua barisan fasilitator dan AJK Pelaksana yang telah menjayakan P
MGK pada kali ini. Moga usaha yang sedikit ini diberkatiNya dan didoakan semoga adik2 yang terlibat memiliki kesedaran mengenai kepentingan menjadi seorang mahasi
swa berjiwa prihatin yang bukan sahaja bijak dalam akademik tetapi juga bijak dalam menangani masalah ummat yang kian meruncing di akhir zaman ini.Mahasiswa yang lahir dari kancah permasalahan masyarakat yang cuba menyelesaikan masalah ummat dengan segala kudrat yang ada dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.InsyaAllah.Usaha dakwah adalah sesuatu yang besar, maka penyatuan semua jemaah menjadi prioriti.Saya sendiri sebagai salah seorang AJK pelaksana, alhamdulillah mendapat sesuatu yang berharga daripada program ini.

Pada hari yang kedua, iaitu pada malam Sabtu, forum yang bertajuk "Mahasiswa Berjiwa Prihatin" menyaksikan Saudara Jufitri Joha, Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang juga selaku exco undang-undang2 ABIM dan juga Setiausaha Majlis Belia Negeri Sembilan, Saudari Nor Akmariah Abdullah, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI) PKPIM, dan Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin, Penolong Setiausaha MPP UIAM sebagai panel, manakala Saudara Abdul Halim sebagai moderator.Sejujurnya, saya suka akan perbincangan pada malam tersebut yang lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang mahasiswa di universiti yang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu mereka keluar dari kepompong kejahilan.Kita sudah pasti tidak mahu mahasiswa-mahasiswa yang sedia ada menjadi mahasiswa yang hanya tahu bercakap mengenai akademik sahaja, malah kita mahukan mahasiswa yang lahir dari kancah permasalahan masyarakat dan menjadi suara utama dalam menegakkan isu-isu yang berkaitan dengan isu ummat Islam terutamanya.




Terdapat juga adik-adik yang begitu berpotensi untuk diasah bakatnya dan dibimbing untuk menjadi seorang mahasiswa Islam yang berjaya di arena dakwah.Slot sidang pleno yang diadakan pada hari terakhir tidak mungkin saya lepaskan untuk melihat gelagat dan idea adik-adik.Masing-masing menampakkan kematangan dalam melontarkan idea dan tidak kurang juga ada yang kering idea.

 

Barisan fasilitator dan komiti datang dari pelbagai universiti, dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dan tidak dilupakan proses follow-up adik-adik selepas program, proses mengkader adik-adik merupakan sesuatu yang amat penting demi kelangsungan gerakan dakwah dan memberi mereka kesedaran akan pentingnya peranan mereka sebagai agen perubah masyarakat.Lebih-lebih lagi dalam membawa Islam ke peringkat tertinggi.Proses mengkader melalui database, usrah, program-program, dan tidak kurang juga bertanya khabar dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.



Saya menyeru adik-adik supaya usah bertangguh jika anda punya niat untuk merubah persekitaran anda menjadi lebih baik.Saya sendiri memperoleh banyak perkara yang dapat dijadikan pedoman dan nasihat buat diri sendiri.Benar, janji Allah itu pasti, maka yakinlah dengan janjiNya.Andai di situu ada keyakinan dan pergantungan yang kuat pada Yang Esa disulami dengan usaha dan doa yang berterusan, masa dan saat yang dinantikan pastikan tiba.InsyaAllah.Zaman mahasiswa yang digunakan dengan bijak dan dipenuhi dengan pencarian ilmu dan seterusnya disampaikan kepada yang lain, pasti akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang, dan tidak lupa juga sebagai saham di akhirat kelak.InsyaAllah.

No comments: