Tuesday, June 30, 2009

Jejak barakah?

Tempat barakah pertama yang pernah saya jejakkan kaki iaitu pada tahun 2007..Alhamdulillah.Ramai ulama-ulama pewaris Nabi yang lahir hasil daripada tarbiyah Maahad ini.Saya sebenarnya kagum dengan insan-insan yang belajar di sekolah pondok yang kemudiannya meneruskan pengajian di universiti walaupun dengan usia yang kadang-kadang agak jauh dari yang lain. Alangkah baiknya jika manusia bersuasah payah mencari ilmu seperti mana bersusah payah mencari makanan.

Perjalanan ke sana dengan menaiki kereta api agak tidak selesa dengan keadaan tandas yang tidak memuaskan, berhenti selama beberapa minit dengan hanya satu sahaja tempat untuk menunaikan solat. Yang muslimat terpaksa menunggu muslimin. Mengapa ya tempat solat agak payah dibina berbanding kedai-kedai yang ada?

Alhamdulillah, saya juga dapat merasa kehidupan di pondok walaupun tak dapat nak rasa sangat..hu3.Sempat juga beramah mesra dengan pelajar-pelajar muslimat yang ada di sana.Sungguh ramah sekali. Sewaktu ingin pulang, bersungguh-sungguh Wani (kenalan baru) ingin mengangkat beg saya.Tetamu dilayan dengan sebaik mungkin dan dia mengharapkan kami akan hadir ke sana lagi.InsyaAllah.Entah bila peluang itu akan datang sekali lagi. Namun saya bersyukur kerana dipilih olehNya untuk berada di sana.Alhamdulillah.

Sewaktu hari terakhir tamrin, sahabat saya, Nur Zafika sempat mengambil gambar kalimah Allah yang terdapat di langit, jelas kelihatan, Subhanallah....Agak excited kerana sebelum ini hanya melihat gambar-gambar sedemikian di internet.Maaf, gambarnya tiada dalam simpanan saya.



Peluang untuk menjejakkan kaki di tempat yang penuh barakah hadir sekali lagi,baru-baru ini sahaja iaitu pada 12-14 Jun 2009 yang lepas. Dia memberi saya peluang ini dan tanpa berfikir panjang saya teruskan dengan niat yang satu. Kerana Ilmu dan juga kerana ingin berada di tempat sebegini.Yang pasti segala-galanya haruslah diniatkan keranaNya.Tempatnya jauh dari suasana hiruk pikuk di bandar, tenang dan sunyi dengan kicauan burung yang jelas kedengaran sewaktu saya sampai di sana.Tidak ramai pelajar di sini.Kebanyakan daripada mereka anak-anak orang senang dan alhamdulillah ibu bapa mereka menghantar mereka ke sana. Itulah dia, Maahad Sofa yang terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan.


Sempat berbual dengan sorang pensayarah UIA Gombak yang mengajar di Kuliah Kejuruteraan. Dia yang saya jumpa sewaktu hari terakhir di sana sedang menhantar anaknya. Saya bertanya padanya bagaimana dia boleh terdetik untuk hantar anaknya ke sana. Katanya sejak beliau kenal dengan Syeik Fuad Kamaludin Al-Maliki, beliau terus ingin menghantar anaknya ke sini, anaknya baru sahaja berada di Tingkatan 1.Alhamdulillah, niat yang saya tanamkan dalam diri sejak sekian lama diharapkan dapat dilaksanakan sekiranya umur panjang.InsyaAllah.


Di sini juga saya mula berjinak-jinak dengan Qasidah, sejak pulang, selalu sahaja menjadi santapan telinga.Hee. Ditambah dengan abang yang baru pulang dari Mesir ada menyimpan Qasidah Busury di dalam handphonenya. Saya menyelongkar lagu-lagu terjumpa pula dengan Qasidah ini.Yang pasti saat-saat dan memori di kedua-dua tempat ini akan tersimpan rapi di ingatan. Entah di mana pula tempat ketiga seterusnya yang bakal saya jejaki.Terima kasih Ya Allah...

Sedar atau pun tidak semakin ramai hafiz-hafiz Al-Quran yang pergi menghadap Ilahi, tidak kurang juga ulama-ulama pewaris Nabi. Sayang andai kita masih lagi bertangguh-tangguh.Tidak mahu berbicara panjang kerana saya yakin anda semua faham dan tahu apa yang ingin saya sampaikan. Maaf atas segala kekhilafan diri.

No comments: