Sunday, June 14, 2009

Thabit Qulubana Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan seluruh kaum kerabat baginda.Alhamdulillah saya memanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kepadaNya Yang mengurniakan saya dan sabahat-sahabat seperjuangan hidayah untuk berada di jalan yang kami berada pada saat ini.Semangat perjuangan yangmenusup masuk hadir ke dalam jiwa merupakan rahmat dari Yang Esa.Saya berasa gembira, syukur, sedih dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur selepaspulang daripada Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2009 yang diadakan di Madrasah Sofa, Rembau.Tenang sungguh suasana di sana dan penuh barakah tempatnya, lantas saya tanamkan azam untuk mendidik bakal zuriat ,InsyaAllah jika panjang umur,agar menjadi seorang tahfiz Al-Quran yang berjaya dunia dan akhirat dan menjadi ummat yang meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w.Niat ini sudah lama tertanam di hati.Moga menjadi kenyataan.InsyaAllah.

Terkenang diri sewaktu menghadiri Tamrin Qiyadi Kebangsaan buat kali pertama di Maahad Derang di Kedah, iaitu sewaktu melangkah ke tahun kedua semester pertama di matrik.Betapa tenang suasana di sana dan ia merupakan tempat yang penuh barakah yang berjaya melahirkan ulama’2 pewaris Nabi.

Pengalaman sewaktu menuntut di pusat matrikulasi di Petaling Jaya yang mengajar saya mengenali realiti dunia dan masyarakat sekeliling dengan lebih serius dan menjadi seorang aktivis gerakan, insyaAllah, kerap kali membawa diri kembali kepada janji Allah yang terkandung di dalam Surah Muhammad, Ayat 7, yang kerap kali kita, sebagai seorang dai’e dengar:

“Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

Sungguh, keyakinan terhadap ayat inilah yang membantu diri menghadapi saat-saat getir sewaktu di matrikulasi.Saat berasa terbeban dengan amanah yang satu ini, diri kembali mengingati janji2Nya.Masakan tidak, sebagai seorang insan biasa yang mendambakan sokongan dan perhatian dari sahabat-sahabat sefikrah, di situ mereka hadir memberi kata-kata semangat yang sungguh diri ini hargai walaupun pada hakikatnya saya tahu akan kenyataannya, cuma sebagai seorang yang masih lagi “muda” dalam mengenali jemaah, sudah pasti mahukan sokongan.Namun, proses pembelajaran itu berterusan sehingga kini dan sehingga saat diri ini dijemput Ilahi.InsyaAllah.



Buat sahabat-sahabat yang tidak hadir, ingin saya khabarkan di sini, banyak yang saya kutip sepanjang tamrin berlangsung.Berbeza dengan Tamrin Qiyadi sebelum ini yang saya sertai.Apa yang menjadi persoalan akhirnya telah terungkai.Senang sekali kita berasa lemah akibat syaitan durjana, namun apabila ruh mengawal akal dan nafsu sudah tentu ketenangan yang kita capai.

Slot-slot daripada Dr.Amran Mohammad yang merupakan pemangku Setiausaha ABIM dan Saudara Syed Munawwar benar-benar meninggalkan kesan di hati.Agak susah untuk diceritakan dalam entri ini.Apa yang dapat saya katakan bahawa sahabat-sahabat sendiri harus merasainya.Syed Munawwar ada menegaskan bahawa jika kita merasakan kita dapat memberikan sumbangan yang banyak kepada masyarakat dan Islam dalam gerakan lain silakanlah untuk menyertainya dan meninggalkan gerakan yang sedia ada kerana PKPIM hanyalah sebagai wadah.Perjuangan adalah demi Islam dan bukannya untuk sesebuah jemaah yang kita intima’.Bagi insan yang masih berkira-kira jemaah yang mana satukah yang ingin disertainya sehingga keluar masuk pelbagai jemaah, isthikarah dan fikirkanlah wadah yang bakal anda sumbangkan tenaga, apa yang telah kita lakukan untuk Islam?Apakah sumbangan kita demi Islam?Apabila pergantungan hanyalah pada Allah dan menjadikan Dia sebagai tempat untuk kita memohon pertolongan, InsyaAllah keputusan yang anda ambil pasti memberi pulangan yang bisa merubah diri anda.Siapa tahu?


Sebagai seorang mahasiswa yang menyertai gerakan dakwah, sudah pasti amalan-amalan kerohanian menjadi asas yang paling penting dalam pembentukan generasi rabbani.Selain menjadikan bahan bacaan yang serius sebagai bacaan utama di samping tidak meninggalkan aspek-aspek kerohanian.


Alhamdulillah, saya sempat membeli buku Seruan Tasawwuf karangan Al-Muhaddith Syed Prof Dr.Sayyid Muhammad Ibn Al Maliki Al Hasani yang diterjemahkan oleh Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki.Terpanggil untuk membeli kerana menyedari betapa diri ini jahil akan maksud tasawuf itu sendiri.Malah di dalam gerakan Islam sendiri, tanpa adanya tasawuf dalam gerakan dakwah, tiada guna berbicara soal ummat dan agenda-agenda lain.Mengapa penting?Saya tidak akan menjawab tetapi cari dan baca sendiri!Yang pasti buku bukan segalanya, mungkin ada sesetengah daripada kita yang terlalu bergantung dengan buku semata-mata, harus diingat kita yang perlu mencari guru dan bukan guru yang mencari kita dan di dalam bab2 ilmu agama, guru yang mursyid sememangnya guru yang dicari!


Suka benar dengan suasana di madrasah yang mengalunkan zikir dan qasidah, sempat juga membeli CD Qasidah Nabawiyyah As-Sofa.Dan sekarang sedang melayannya.Ada juga buku panduan kecil yang disertakan.Harga CD sekali dengan buku kecil RM20.Berbaloi!Sempat juga berbual-bual dengan muslimat-muslimat yang menghadirkan diri pada malam Ahad yang rata-ratanya berumur dalam lingkungan 40 tahun ke atas.Ada yang berumur 76 tahun juga hadir.Kata mereka, seminggu sekali ada pengajian kitab di situ.Kesempatan yang ada mereka tidak mensia-siakannya.Seronok juga berbual dengan mak-cik2 yang berpangkat "wan" bagi diri saya.Orang negeri sembilan panggil nenek mereka dengan panggilan wan.Saat malam itu akan disimpan rapi di ingatan!


Agak terkilan kerana slot bersama Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki yang dijadualkan akan membincangkan tentang kepentingan Tasawuf dalam gerakan dakwah pada malam Ahad dibatalkan disebabkan Syeikh Fuad ada urusan lain yang harus beliau utamakan dan digantikan dengan membincangkan isu-isu serius yang melanda masyarakat Islam kini dan cadangan untuk mengatasi perkara-perkara yang diutarakan.Ada hikmahnya, saya sendiri telah membeli bukunya dan baru membacanya petang tadi tetapi hanya baru beberapa helaian kerana mata ini tidak mampu menahan aura mengantuk..huhu.Maklumlah, tamrin sebegini waktu yang diperuntukkan untuk tidur hanyalah sedikit.Adat bertamrin.


Namun, diri tetap bersyukur, kerana banyak perkara yang membuka mata dan memberi peluang untuk diri melihat dengan lebih jauh sesuatu isu yang dibincangkan.Kumpulan saya mendapat study case yang membincangkan perihal Sister in Islam.Sememangnya menggerunkan melihatkan apa yang dibawa mereka, namun langkah-langkah yang dicadangkan untuk jangka masa pendek dan panjang barangkali sememangnya mudah untuk diperkatakan, tetapi usaha untuk melaksanakannya agak payah.Di sinilah amal jama'ie dan budaya kerja terancang sangat diperlukan!Sungguh!

Barangkali ada yang memandang enteng akan isu semasa.Namun, isu semasa yang kerap kali kita dengar malibatkan kita umat Islam, ummat akhir zaman yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang datang silih berganti.Prihatinkah kita dengan isu-isu ummat Islam?


Jangan menggap diri ini sudah cukup bagus pabila setiap kata yang dituturkan baik-baik belaka.Cuba koreksi diri dan nilailah peribadi kita kerana kita bukan insan kamil.Sudah tentu!Muhasabah diri selalu agar kita tidak menjadi insan yang riak dan takbur dengan apa yang kita miliki.


Pelbagai agenda yang dirancang demi mengkader dan seterusnya membimbing mereka ke arah penyebaran risalah Islam yang menjadikan gerakan Islam sebagai wadah.Masalah yang saya hadapi tidak perlu untuk diceritakan, kerana InsyaAllah saya yakin bahawa pergantungan kepadaNya membawa diri keluar daripada masalah ini.Ditujukan buat sahabat-sahabat seperjuangan agar kuatkan semangat, kerana kita akan diuji bila-bila masa dengan pelbagai bentuk dan apa jua cara sekalipun.Persediaan rapi dari segi rohani, fizikal dan mental sangat diperlukan.Mampukah diri?Kepada diri, jika kau sudah pun meyakini akan janji-janjiNnya, maka teruskan dengan perjuanganmu tanpa mengabaikan pelajaran kerana dakwah dan pelajaran bergerak seiring.


Dalam menjadi seorang pemimpin yang berjaya, kasih sayang dari orang yang kita pimpin harus wujud.Keberkesanan dakwah itu sendiri bermula dengan mahabbah atau kasih sayang yang melibatkan perasaan cinta dan kasih kepada orang-orang lain kerana tidak mahu melihat mereka berada di dalam dunia kesesatan dan kejahilan.


Islam itu sendiri ada daya penariknya, tinggal lagi tugas kita untuk menyampaikannya.Jarang dari kalangan kita yang mendekati orang bukan Islam, sedih kerana mereka yang seharusnya kita sampaikan mesej Islam, sayang andai melihat mereka meninggalkan dunia ini tanpa mengenal Islam sebenar.Ya Allah, betapa lemahnya daku!Namun bukan bermakna kita meninggalkan terus insan yang terkapai-kapai yang memerlukan bimbingan.Hakikat di luar sana ramai insan yang kian rosak akhlaknya, Islam yang hakiki sudah bertukar menjadi islam yang sudah tidak dikenali.

Ya Muqallibal Qulub, Thabit Qulubana 'ala diinika wa'ala To'atik...



8 comments:

Ilham Nur said...

Secara perbadi, Derang lagi mendatangkan "zuq".

Fatimah bintun Qamar said...

haah, mmg betul..suka derang sbb tempat tue tenang n pengisian dia juga..

cuma tamrin kali ini, membuka mata ct tentang isu gerakan islam..

terima kasih kat sume!

alifzaimimra said...

kitorang betul2 bertamrinlah kali ni. sandal akak sampai nak tercabut sebab kejar bas. ;)

Fatimah bintun Qamar said...

hehe..sian akk n lain2..
tu lah lina ad cerita korang marathon kejar bas=)

Ilham Nur said...

pergi dan balik terpaksa berkejar

Fatimah bintun Qamar said...

tak pe2..

bila lagi kalian nak rasa pengalaman cmni kalau tak di negori sembilon..kui3

alifzaimimra said...

akak dah biasa dah sejak matrik lagi. tertinggal bas pun pernah. huhu..

p/s: Alhamdulillah.. ;)

Fatimah bintun Qamar said...

ALhamdulillah kak hawa, kita berpeluang merasai semua ni, apalah sangat semua ni kan...

Teruskan perjuangan kalian=)