Wednesday, April 2, 2008
Wanita Islam
Tiba-tiba sahaja saya ingin berbicara mengenai wanita. Ya, istimewanya insan yang bergelar wanita bukan?Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai seorang an-nisa. Banyak hadis Nabi yang ada menyebut mengenai keistimewaan wanita dan alangkah bagusnya jika wanita-wanita akhir zaman ini sentiasa mengislah diri dari semasa ke semasa dengan menjadikan ummul-ummul mukminah sebagai contoh tauladan. Wanita di akhir zaman mencuba untuk menjadi solehah dan saya yakin semua wanita islam punyai cita-cita untuk menjadi wanita solehah dan juga wanita yang mampu menolong agama Allah di samping mujahid. Apabila kita singkap kembali sejarah-sejarah wanita utama Islam, sebagai contoh Fatimah r.a, Aisyah r.a, Khaijah r.a dan juga ummul mukminah yang lain, mereka tidaklah begitu hebat dalam medan dakwah tetapi mereka hebat dalam kerajaan mereka sendiri yakni rumah mereka, tidak kurang juga mereka hebat dalam lapangan isteri dan pandai menjaga maruah. Inilah sebab musabab mereka diagungkan oleh sejarah Islam. Sering kali terdetik di hati ingin menjadi seperti wanita-wanita utama Islam. Tetapi persoalannya mampukah saya menjadi setabah dan secerdik mereka?Apa yang menyedihkan saya dan sahabiah-sahabiah yang lain ialah ketandusan maruah wanita pada zaman ini yakni di akhir zaman yang sering kali ditimpa dengan pelbagai bala dari Allah. Itu suatu tanda dan amaran dariNya tetapi mengapa masih ada insan yang masih lagi "buta"?Tidak perlulah saya menyentuh dalam aspek lain cukuplah sekadar saya menyentuh mengenai wanita buat masa ini. Wanita begitu mudah memiliki syurga Allah dan begitu mudah pula dicampak ke nerakaNya. Manjaga solat, taat pada suami dan menghormati kedua ibu bapa dan tidak lupa taat perintah Allah, syurgalah yang dijanjikan pada insan yang bergelar wanita. Mudah bukan??Bersyukurlah kita yang masih lagi di jalan yang benar dan banyakkan berdoa padaNya supaya kita ditetapkan iman. Usah kita menyalahkan wanita yang masih lagi tidak berada di jalan yang sama dengan kita kerana barangkali mereka tidak tahu dan tidak diberi pendedahan langsung. Kitalah yang bertanggungjawab mengajak mereka kepada kebenaran. Serahkan sahaja pada Allah selebihnya kerana Dialah Tuhan yang mengubah hati-hati ini. Mungkin ada yang berasa susah dan adakalanya masih ada lagi yang tidak bersyukur dijadikan sebagai wanita...naudzubillah. Tomboy,pengkid( betul ke tidak ejaan ni tak tau la) dan lesbian adalah antara sifat-sifat wanita masa kini. Apakah tiada lagi maruah dalam diri mereka atau adakah mereka tidak mahu hidup sebagai wanita. Sesungguhnya merekalah antara yang kufur kerana menolak nikmat Allah. Sedarlah wahai wanita, engkaulah yang bakal mencorakkan masa depan agama kerana engkaulah yang melahirkan para mujahid Islam yang berjuang ke jalan Allah demi menegakkan kalimah tauhid.Bertuahnya wanita punyai rahim sebagai penyubur zuriat yang mencorakkan dunia ini dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apabila kita sah bergelar isteri tibalah saat membuktikan keupayaan untuk mengandung dan melahirkan. Istimewanya wanita!Sabarnya wanita itu dalam menempuh segala dugaan sewaktu mengandung dan melahirkan dan bilamana dia di dalam tempoh mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya dan setelah melahirkan gugurlah dosa-dosanya sebelum ini. Dan jika kita perasan, muka ibu yang baru sahaja melahirkan anak akan lebih berseri-seri.Syurga pula yang dijanjikan sekiranya seorang wanita itu taat pada suaminya dan sentiasa menjaga maruah diri. Dan sebenar-benar tempat bagi wanita itu adalah di rumah mereka sendiri iaitu kerajaan mereka. Bukan mudah mengatur kehidupan seharian lebih-lebih lagi setelah berkeluarga. Mengatur kehidupan anak-anak dan suami, menyediakan makan minum dan juga pakaian. Hebatkan wanita...Sebagai wanita islam, jagalah maruah diri, masih belum terlambat untuk memperbaiki diri, tundukkan pandangan dan jagalah muamalat kita. Sekiranya kita dulu wanita yang suka ke hulu hilir tidak tentu arah bersama bukan muhrim, ubahlah sikap kita. Ketegasan diperlukan dalam sesetengah keadaan, kelembutan juga dituntut tapi biarlah pada tempatnya. Kawal amarah dan jauhkan dendam dan hasad dengki. Jagalah aurat dan jangan sewenang-wenangnya membiarkan lelaki lain menjamah tubuh kalian selain suamimu. Beruntunglah wanita-wanita islam yang berada di bawah lembayung dan nikmat Islam.Saya doakan sahabiah-sahabiah semua menjadi wanita solehah yang sama-sama berjuang di jalan Allah dan teruskan usaha kalian dalam mengislah diri dan janganlah kita tersekat di tengah jalan. Kita seringkali berasa putus asa namun itu semua hanya akan membuahkan keriangan di hati syaitan dan janganlah kau membiarkan mereka melompat-lompat kegirangan. Ayuh bangkitlah muslimah demi agama!!Pesanan saya buat sahabiah-sahabiah yang membaca luahan di hati saya ini, jauhkanlah diri kita dari masalah-masalah hati yang hanya merugikan diri. Ingatlah sahabat, masalah ummat semakin meruncing, mainkan peranan antunna. Berpesa-pesanlah kita dengan kesabaran dan kebenaran dan itulah gunanya sahabat untuk saling mengingati dan di saat kejatuhan antunna akan ada yang bersama membahu di belakangmu. Syukurlah kita dilahirkan sebagai wanita ISLAM...Allahuakbar!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment