Wednesday, April 2, 2008

Khalifatullah

Masih lagi segar di ingatan saya kata-kata salah seorang peserta Tamrin Qiyadi yang diadakan di Kem Pulara, Trong, Perak pada 1-3 Mac yang lalu. Baris kata-kata yang sememangnya membuatkan saya terharu dan menistiskan air mata."Sebelum nie hidup saya nothing, tapi lepas join program nie barulah saya tau konsep hamba dan khalifah". Kebetulan saya merupakan fasilitator kepada peserta tersebut. Alangkah gembiranya di hati apabila berjaya menerangkan kepadanya serba sedikit tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Moga dengan penerangan yang sedikit itu dapat membantu dia dalam meneruskan wasilah perjuangan Rasulullah s.a.w. Masih lagi ramai insan di luar sana yang kurang pendedahan tentang konsep hamba dan khalifah, dan peserta tersebut merupakan contoh yang paling baik dalam situasi ini. Katanya, kalau tidak kerana program tersebut masakan dia mengerti tentang konsep hamba dan khalifah. Alhamdulillah syukur pada Allah...sudah takdir Allah memberinya hidayah untuk menyertai program tersebut lalu menimba ilmu semaksima yang mungkin sepanjang program tersebut. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbiacara dengan panjang lebar mengenai tajuk yang tertera di atas tapi sekadar luahan hati dan ilmu saya masih lagi cetek jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain.Terasa begitu kerdil dan rendah diri tatkala melihat sahabat-sahabat yang rata-ratanya berlatarbelakangkan sekolah agama. Sejujur-jujurnya, saya iri hati dengan sahabat-sahabat yang bersekolah agama. Astargfirullahalazim..Allah itu Maha Mengetahui. Saya kurang selesa dengan pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa mereka tidak layak untuk berdakwah sedangkan tujuan manusia itu diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di bumi Allah ini. Apabila telah mengharungi segala pahit dan manis kehidupan berjemaah barulah saya faham dan sedar mengapa Dia meletakkan saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Jalan menuju Sang Khaliq bukanlah suatu jalan yang mudah malah pelbagai mehnah yang harus ditempuhi. Bukan namanya khalifah jika segala kerja dakwah itu hanya seperti memetik jari kan??Teringat pula kisah sewaktu Allah ingin mencipta Adam a.s.(tak pasti sama ada disebutkan nabi Adam atau manusia) Perbetulkan saya jika ada kesalahan dalam cerita ini. Hmm, Allah menyuruh malaikat untuk mengambil tanah di bumi untuk tujuan mencipta Nabi Adam (manusia kan dicipta daripada tanah). Bayangkan tanah tidak sanggup membiarkan malaikat mengambilnya kerana bimbang manusia melakukan kerosakan pada bumi. Kembalilah malaikat dan mengadu pada Allah tentang kejadian yang dialaminya. Allah kemudian memerintahkan malaikat lain untuk mengambil tanah dan sekali lagi tanah tidak mengizinkan. Malaikat terakhir yang diperintahkan Allah s.w.t untuk mengambil tanah ialah malaikat Israil dan Allah meminta malaikat israil supaya tidak mengalah dengan tanah kerana dia datang dengan perintah Allah s.w.t. Akhirnya tanah membiarkan sahaja malaikat israil mengambilnya tanpa berkata apa-apa. Tanah yang diambil datangnya daripada pelbagai tempat berdasarkan sifat-sifat anggota badan kita. Subhanallah...Jika dilihat dalam kisah tersebut tanah sendiri khuatir manusia akan berbuat maksiat pada Allah. Minta Allah jauhkan kita daripada menjadi orang yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu untuk melaksanakan. Khalifah bukanlah orang yang melepak di tepi jalan tanpa tahu arah tujuan dan bukanlah orang yang banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan beramal shaleh (kebaikan), bahwa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi, Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diridhai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. An-Nur : 55).Dalam ayat tersebut telah Allah berjanji untuk menjadikan manusia itu khalifah yang memipin dunia dan memakmurkannya. Namun, khalifah yang dijanjikan itu mestilah beriman dan beramal soleh.Jangan disempitkan pemikiran kita bahawa kerja-kerja dakwah itu hanya untuk mereka yang alim ulamak.Tidak!!!Selagi kita berglar hamba Allah kitalah pendakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di akhir zaman ini, pelbagai dugaan yang harus ditempuhi lebih-lebih lagi kafir laknatullah semakin menunjukkan belangnya. Berdosalah kita sekiranya kemungkaran di depan mata dibiarkan begitu sahaja. Mahukah kita menjadi orang yang hanya tahu melihat kemungkaran dan biarkannya begitu sahaja???Mahukah kita menjadi orang yang berdosa??Sememangnya diri ini dipalit dosa yang hanya Allah bisa menhilangkannya. Kadang-kadang terasa begitu lemah untuk menegur kawan-kawan atau orang yang terdekat. Adakah ingin menjaga hati bahkan pandangan Allah itu lebih utama daripada pandangan manusia yang hina. Saya kuatkan hati walaupun terasa amat payah. Jangan kata kita beriman selagi kita tidak diuji. Saya kuatkan hati dan tidak peduli dengan apa yang keluar dari mulut kawan-kawan saya. Mengapa kita seringkali bimbang dengan pandangan manusia berbanding pandangan Allah s.w.t???Ilmu merupakan salah satu elemen terpenting yang berkait rapat dengan khalifah. Tanpa ilmu mana mungkin kita dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dengan baik. Ilmu yang sedikit yang disampaikan dan diamalkan oleh orang lain lebih berkat jika ilmu yang banyak itu tidak diamalkan. Elakkan daripada menjadi orang yang hanya disuap daripada menyuap. Banyakkan mengkaji dan menelaah tentang sesuatu perkara itu. Nasihat ini saya tujukan khas buat diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Teruskan perjuangan kalian dalam gerakan dakwah yang sangat mulia ini dan kembali pada hakikat sebenar manusia itu diciptakan. Segera tepis segala fikiran negatif yang bisa melemahkan kalian dan ingatlah janji Allah kepada hamba-hambanya yang menolongNya. Biar terbuang tetapi tetap berjuang!!!

No comments: