Friday, April 25, 2008

6 perkara yang Allah swt sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrailas dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkandua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalaukamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
-Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Qur'an
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa di atas.."sampaikan pesananku walaupun satu ayat"..Wallahualam..

Thursday, April 24, 2008

Peribadi Muslim Sejati



Kita tahu bahawa Islam itu bertolak daripada iman. Namun iman saja tidak mencukupi. Ia perlu juga ilmu dan amal. Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, maka Islam tidak akan terlaksana pada pribadi seorang Muslim. Untuk mencapai tujuan ini, roh dan akal mesti berperanan. Disamping itu seseorang muslim perlu mendapat pimpinan. Ketiga-tiga pengaruh ini wajib ada. Kalau tidak pribadi Muslim itu akan jadi cacat dan tidak sempurna.


Peranan Roh

Roh berperanan dalam soal iman. Roh melibatkan soal kepercayaan dan keyakinan. Tentang akidah dan pegangan. Tentang keimanan kepada Tuhan dan hari Akhirat. Tentang rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Namun kalau peranan roh saja yang wujud tanpa ada peranan akal dan kepimpinan, maka seseorang itu akan menjadi fanatik. Dia akan menjadi taksub secara membuta. Perasaannya tidak seimbang dan sukar untuk dikawal. Dia ingin bertindak, beramal dan membuat sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana dan apa caranya. Pertimbangannya juga tidak seimbang dan berat sebelah. Dia akan menjadi orang yang berjiwa tetapi kaku. Dia mau bergerak tetapi tidak tahu bagaimana hendak menyusun langkah.


Peranan Akal

Akal berperanan dalam soal ilmu. Ia berkait dengan penyampaian dan penerimaan ilmu. Tentang ta’alim atau pengajian. Tentang pembelajaran. Peranan akal membuat seseorang itu menjadi alim dan bepengetahuan. Namun kalau peranan akal saja yang wujud dan peranan roh dan kepimpinan tidak ada, maka seseorang itu akan menjadi ahli ilmu yang tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Yang tidak ada cita-cita akhirat. Ilmunya akan digunakan untuk dunia semata-mata. Ilmunya akan dijual dan dikomersialkan. Ilmunya akan ditukar menjadi duit dan harta kekayaan. Ilmunya hanya untuk bermujadalah (berdebat), berforum dan berseminar. Untuk mendapat pujian, uang , pangkat, jawatan dan nama. Ilmunya tidak memberi hasil pada pribadinya. Dia tidak dapat beramal dengan ilmunya, jauh sekali untuk memperjuangkannya. Dia akan menjadi orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya. Dia akan menjadi jumud dan beku. Walaupun dia tahu bagaimana hendak menyusun langkah, tetapi dia tidak mempunyai kemauan dan kekuatan dalaman untuk bergerak.


Peranan Kepimpinan

Kepimpinan melibatkan didikan, panduan, contoh dan suri teladan. Tentang bagaimana ilmu itu dapat dan patut diamalkan. Tentang siapa yang patut dicontohi dalam mengamalkan ilmu. Tanpa ada pimpinan dari seorang pemimpin sebagai contoh atau model, sukar ilmu dapat difahami lebih-lebih lagi untuk diamalkan dan dihayati.
Tanpa pimpinan, ilmu akan hanya tinggal ilmu. Itu sebabnya di dalam agama, dikirim Rasul yang diberi atau yang membawa kitab. Bukan kitab saja yang dihantar tanpa Rasul. Kalau kitab saja yang dihantar, maka tidak akan ada contoh atau role-model untuk diikuti. Tanpa contoh dan role-model, mustahil ilmu dapat difahami dan diamalkan.


Dalam hendak mengamalkan ilmu dan dalam hendak menjadi seorang muslim yang sempurna, contoh fisik atau kepimpinan sangat perlu. Semua bentuk peranan ini mesti ada. Tidak ada satu yang boleh ditolak. Barulah ia boleh lengkap melengkapkan. Peranan roh dan akal mesti bergabung dan contoh atau pimpinan mesti dicari.


Inilah ramuan-ramuan yang perlu untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Kalau ramuan ini tidak cukup, usaha untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna akan menjadi sia-sia. Lebih-lebih lagilah untuk menjadi seorang yang Mukmin yang bertaqwa. Sebab orang Mukmin yang bertaqwa itu, mesti sempurna Islamnya terlebih dahulu.

Sumber: Ustaz Ashaari bin Muhammad

Wednesday, April 23, 2008

Dakyah Kristian



Dengan bangganya Anita(bukan nama sebenar) mengisyhtiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam. Dia yang dulu bertudung litup dan boleh dikatakan seorang wanita yang berpendidikan agama tinggi kini telah murtad. Dahulu, dialah yang sering menasihati rakan-rakannya tatkala mereka kealpaan. Astargfirullahalazim...Dengan bangganya Anita(bukan nama sebenar) mengisyhtiharkan dirinya bukan lagi seorang Islam. Dia yang dulu bertudung litup dan boleh dikatakan seorang wanita yang berpendidikan agama tinggi kini telah murtad. Dahulu, dialah yang sering menasihati rakan-rakannya tatkala mereka kealpaan. Astargfirullahalazim...mungkin ini adalah ujian Allah terhadap hamba-hambanya. Seringkali kita menyalahkan mereka yang murtad tetapi marilah kita sama-sama membawa saudara kita kembali ke pangkal jalan. Sedih, marah dan pelbagai lagi perasaan yang pastinya menyelubungi diri seorang insan yang bergelar muslim sejati(adakah kita benar2 sejati??) tatkala mendengar isu murtad sebegini.

Memang tidak dinafikan, keaktifan gerakan Missionaries dalam menyebarkan dakyah kristian sangat terserlah dan mereka tidak akan putus asa selagi tidak dapat mengkristiankan seberapa banyak Islam. Ya, Islam adalah musuh mereka walaupun mereka mengaku akan kebenaran agama Allah ini. Dimanakah kita sewaktu mereka sibuk menjalankan dakyah mereka??Sedih melihat anak-anak muda islam yang terloncat-loncat di atas pentas hiburan dan sibuk mengumpul bakat-bakat baru yang kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Gerakan Missionaries ini sangat halus dan berperingkat-peringkat sehinggakan kita sendiri tidak sedar akan kewujudan mereka. Mereka barangkali adalah rakan karib kita dan boleh jadi sekelas atau sebilik dengan kita!

Dakyah Kristian yang disebarkan oleh Laknatullah ini bukan sahaja aktif di bandar-bandar besar malah di kawasan pedalaman juga. Mereka yang terbiar nun jauh di kawasan pedalaman yang tidak tahu menahu tentang agama Allah sewenang-wenangnya dikristiankan. Sedih bukan? Tidak cukup dengan hanya bersedih, tindakan itu perlu. Saya teringin mengikuti program-program dakwah lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman..kitalah yang bertanggungjawab menyampaikan kebenaran kepada mereka, ah terasa berdosa diri ini, kadang-kadang kemungkaran di depan mata tidak mampu untuk saya halang. Apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa dan terus berdoa...

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak-anak muda terutama wanita yang seringkali menjadi mangsa keadaan. Kebanyakan kes murtad ini dapat dilihat menerusi perkahwinan dan percintaan. Mereka cenderung pada agama Kristian, Hindu dan Buddha. Bayangkan lelaki yang hanya dikenali sebentar cuma dijadikan suami dengan hanya ayat-ayat cinta yang menjelikkan, lalu berpaling dari agama Allah???Di manakah kewarasan akal sebagai seorang islam?Nauzubillah, bukanlah saya ingin menuding jari pada sesiapa tetapi isu murtad ini adalah bisa dalam masyarakat islam. Di manakah kesatuan umat Islam dalam menangani kes ini? Alhamdulillah masih ada lagi yang prihatin dengan isu murtad ini sehingga membawanya ke muka pengadilan.

Muktahir ini Islam hanyalah pada nama dan keturunan. Bayangkanlah, nama sudah sesempurna nama sahabat-sahabat Nabi, tetapi solat entah ke mana dan pakaian mengalahkan artis Barat..sedih rasanya...
Saya pernah terbaca mengenai kisah ulama Ahmad Deedat yang sangat terkenal di kalangan paderi-paderi besar negara Barat. Ahmad Deedat merupakan seorang hafiz al-quran yang turut hafal kesemua 8 versi Bible....Allahuakbar!!!Beliau berdebat dengan paderi-paderi Kristian dan beliau berjaya mengislamkan orang Kristian setelah membongkarkan pemesongan Kitab Bible. Penerangan beliau yanag begitu jelas telah membuatkan ramai penganut Kristian beralih arah pada agama Allah. Perdebatan antara Ahmad Deedat dan paderi Kristian sangat hangat sehinggakan paderi Kristian itu sendiri tidak mampu lagi berdebat dengannya disebabkan hujah dan bukti-bukti yang begitu jelas menunjukkan bahawa Bible yang wujud sekarang bukanlah Bible yang sebenarnya...Apa yang lebih parah adalah bible sendiri wujud dalam pelbagai versi di mana terlalu banyak pindaan yang dilakukan.
Saya pasti ada antara sahabat-sahabat yang pernah mendapat mesej mengenai kewujudan gereja di UPM. Menurut mesej tersebut di hadapan pintu masuk UPM tersergam sebuah gereja..Saya tidak berani untuk bercakap panjang lebar kerana saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke UPM. Benar atau tidak cerita tersebut sama-sama kita jadikan iktibar, pertingkatkan lagi ilmu di dada.
Di akhir zaman ini, orang Islam sendiri melarang ibadat orang islam yang lain. Seperti islam itu sesuatu yang asing. Benarlah kata Nabi, di akhir zaman ini memegang islam ibarat menggenggam bara api...digenggam kita sakit,dilepaskan habislah ia...islam itu sendiri datang dalam keadaan dagang dan kembali dalam keadaan dagang, beruntunglah orang-orang yang dagang...Wallahualam..
Ingatlah bahawa usaha kafir laknatullah takkan berhenti selagi mereka tidak melaksanakan janji-janji mereka untuk menghapuskan Islam di muka Bumi ini. Tetapi janji Allah bahawa cahaya islam akan kembali bersinar di Bumi ini pasti akan tiba..Bilakah hari tersebut ye?Nasihat saya untuk sahabat-sahabat dan diri saya sendiri, kita hanya menunggu masa. Dunia semakin tua dan hanya menunggu masa. Bahagialah mereka yang beriman. Penuhilah ilmu agama di dada, jagalah hubungan sesama manusia dan yang utama hubungan dengan Sang Khaliq...
Wallahualam...

Monday, April 14, 2008

Memori Kampung Rantau

Pada 8-12 Mac 2008 baru-baru ini, saya mengikuti program jalinan kasih kali ke-3 di Kampung Rantau yang terletak di Cameron Highlands. Program ini dianjurkan oleh Kelab Perkim, CFS IIUM. Sememangnya saya ternanti-nanti untuk menjejakkan kaki ke kampung tersebut dan berjumpa dengan komuniti orang asli di sana. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilhai, segalanya berjalan dengan lancar dan perjalanan kami yang sememangnya penuh dengan kenangan yang sukar saya lupai. Seramai 40 orang peserta termasuk barang-barang yang kami bawa dari pusat asasi "disumbat" ke dalam trak. Bayangkan kami terpaksa berhimpit-himpit di dalam trak dan terasa seperti dalam tin sardin(penah ke rasa??hehe) sepanjang perjalanan selama 1 jam..(tak pasti). Keadaan sebegini membuatkan saya kurang selesa dengan keadaan diri yang kurang sihat dan pergerakan agak terbatas kerana terpaksa berhimpit antara satu sama lain dan beg menjadi jarak pemisah antara lelaki dan perempuan.




Sebahagian anak-anak orang asli di Kampung Rantau



Akhirnya kami tiba juga di Kampung Rantau. Saya cukup gembira dapat melihat sendiri keadaan di sana. Cuaca pada waktu pagi yang sejuk sebelum itu semakin hilang dek sinaran mentari yang kian memancarkan cahayanya. Setelah mengangkat semua barang kami di pihak sisters memulakan kerja-kerja memasak untuk makan tengahari. Objektif utama kedatangan kami ke sana adalah untuk berdakwah dan tidak lupa juga membantu mereka membina surau. Komuniti orang asli yang beragama Islam di sana tidaklah terlalu ramai dan mereka sememangnya memerlukan sokongan dari orang-orang Islam sendiri. Alhamdulillah, saya difahamkan ada seorang ustaz yang mengajar di kampung tersebut.

Dari kiri: Hasna, Respakin, Mak Cik Suli, Penulis

Saya gembira melihat semangat Kak Nor yang merupakan salah seorang penduduk di Kampung tersebut. Dia menyatakan kegembiraannya apabila kami datang beramai-ramai dan mengajar mereka mengaji, solat dan tidak lupa juga memberi mereka tunjuk ajar tentang masalah-masalah wanita dan memberi penekanan tentang bab aurat. Mereka baru setahun jagung dalam agama Allah yang mulia ini, tugas kita untuk mendidik mereka dan menyampaikan kebenaran. Seringkali kita terlepas pandang akan orang-orang yang tinggal di kawasan pedalaman sedangkan kawasan inilah yang perlu kita masuk dan seterusnya menyampaikan mesej Islam. Peserta lelaki membantu penduduk di sana mencari kayu-kayu untuk tujuan pembinaan surau. Saya pasti segala penat lelah mereka akan terbayar di akhirat kelak. Biarlah mereka merasa kesusahan orang asli tersebut kerana jarang sekali mereka dapat merasai kehidupan yang susah sebegini..tak begitu???Inilah yang dinamakan pengalaman. Saya agak risau apabila peserta lelaki tidak pulang-pulang ke kampung walaupun waktu solat maghrib sudah menghampiri. Mungkin terlalu seronok mencari kayu di hutan..hehe...Keletihan yang terpancar di wajah mereka membuatkan kami bertambah rasa kasihan dan mereka agak kelaparan, maklumlah sehari suntuk tak menjamah nasi...


Pemakanan orang asli sangat berlainan dengan kita. Nek Aleh ada memberitahu saya bahawa mereka hanya minum teh pada waktu pagi, dan kemudian masak pada pukul 12 tengahari. Pada waktu malam pula mereka minum teh dan teh yang mereka minum tanpa gula!Jarang sekali mereka dapat merasa makanan yang enak-enak berbanding dengan kita yang boleh dikatakan hari-hari menjamah nasi. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang diberi. Pada waktu tersebut bukan musim ubi jadi saya tidak berkesempatan melihat mereka memakan ubi dan hanya mendengar cerita mereka sahaja. Cuaca pada waktu malam sangat sejuk begitu juga pada waktu pagi. Saya ada membawa sleeping bag tetapi tiada gunanya kerana sejuknya menusuk hingga ke tulang. Saya sendiri memang tidak tahan dengan cuaca sejuk. Puas juga menahan sejuk sampai saya sediri berasa sedang berada di negara beriklim sejuk dan tidak sabar menunggu waktu siang. Tiduyang tidak lena membuatkan kepala agak pening tetapi semua sakit hilang apabila bermain dengan linda, anak kepada kak nor yang berusia 2 tahun.


Saya dan seorang lagi sahabat tidak melepaskan peluang menjenguk nek timah yang tidak sihat. Kami membacakan kepadanya ayat al-quran dengan terjemahannya sekali. Begitu khusyuk dia mendengar bacaan daripada kami dan kami sempat menceritakan kepadanya tentang keindahan agama Allah dan nek timah sangat bersyukur mendapat nikmat Islam dan saya terharu apabila dia bekata bahawa dia ingin masuk syurga...Sama-sama kita doakan dia...



Saya dan sahabat-sahabat lain sempat juga mempelajari bahasa semai dari nek timah dan kak nor dan tidak kerng gusi dibuatnya. Mana tidaknya, bahasa semai agak susah untuk diingati dan agak pelik bunyinya..huhu...memang seronok dan mereka juga tergelak melihat kami yang tak henti-henti bertanya itu dan ini. Anak-anak orang asli di sana agak lasak dan mempunyai daya tahan yang kuat. Mereka sangat comel dan bijak-bijak...teringat pula saya pada suhail, tokedi(tak pasti ejaan), aiman, muna, respakin, linda dan anak-anak yang lain. Pengalaman bersama mereka takkan saya lupa sampai bila-bila..InsyaAllah jika ada rezeki akan saya jejakkan kaki ke sana lagi...Kesihatan mereka kurang memuaskan, seperti yang dijangkakan. Terdapat banyak kudis di kulit tangan, kaki dan kepala mereka. Saya juga difahamkan oleh kak nor bahawa mereka ada menerima suntikan daripada doktor yang datang ke kampung tersebut.. Alhamdulillah, masih ada lagi insan yang prihatin...syukurlah...


Pengalaman yang dirasai cukup manis dan pahit ialah pada waktu kami ingin pulang. Trak yang kami naik tiba-tiba berundur ke belakang. Saya hanya mampu melihat dan agak terkedu dengan keadaan tersebut. Kemudian trak tersebut terbabas sedikit di tepi jalan. Mujur tiada yang cedera walaupun keadaan agak mencemaskan. Seperti terlepas maut..Alhamdulillah, Allah masih lagi panjangkan usia saya dan sahabat-sahabat. Mungkin ini suatu tanda dariNya...sama-sama kita muhasabah diri, mungkin ada kesilapan yang dibuat sepanjang program.. Wallahulam, sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah...


Banyak yang ingin saya luahkan tetapi tak terluah rasanya. Mungkin setakat ini sahaja yang ingin saya kongsi. Pengalaman berdakwah di kampung orang asli memang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila dapat melihat mereka solat dan mengaji. Moga Allah memelihara penduduk kampung rantau dan memberi mereka hidayah. Masa yang digunakan bersama mereka tidak sia-sia dan moga Allah berkati kehidupan orang-orang islam di sana. Teruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah sehingga ke liang lahad!!!Kampung Rantau nantikan kehadiran saya dan kenangan bersama nek aleh, nek timah, kak nor, kak raihan dan lain-lain takkan saya lupa!

Friday, April 4, 2008

Detik-detik perginya kekasih Allah s.w.t


Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Wednesday, April 2, 2008

Wanita Islam

Tiba-tiba sahaja saya ingin berbicara mengenai wanita. Ya, istimewanya insan yang bergelar wanita bukan?Bersyukurlah kita yang dilahirkan sebagai seorang an-nisa. Banyak hadis Nabi yang ada menyebut mengenai keistimewaan wanita dan alangkah bagusnya jika wanita-wanita akhir zaman ini sentiasa mengislah diri dari semasa ke semasa dengan menjadikan ummul-ummul mukminah sebagai contoh tauladan. Wanita di akhir zaman mencuba untuk menjadi solehah dan saya yakin semua wanita islam punyai cita-cita untuk menjadi wanita solehah dan juga wanita yang mampu menolong agama Allah di samping mujahid. Apabila kita singkap kembali sejarah-sejarah wanita utama Islam, sebagai contoh Fatimah r.a, Aisyah r.a, Khaijah r.a dan juga ummul mukminah yang lain, mereka tidaklah begitu hebat dalam medan dakwah tetapi mereka hebat dalam kerajaan mereka sendiri yakni rumah mereka, tidak kurang juga mereka hebat dalam lapangan isteri dan pandai menjaga maruah. Inilah sebab musabab mereka diagungkan oleh sejarah Islam. Sering kali terdetik di hati ingin menjadi seperti wanita-wanita utama Islam. Tetapi persoalannya mampukah saya menjadi setabah dan secerdik mereka?Apa yang menyedihkan saya dan sahabiah-sahabiah yang lain ialah ketandusan maruah wanita pada zaman ini yakni di akhir zaman yang sering kali ditimpa dengan pelbagai bala dari Allah. Itu suatu tanda dan amaran dariNya tetapi mengapa masih ada insan yang masih lagi "buta"?Tidak perlulah saya menyentuh dalam aspek lain cukuplah sekadar saya menyentuh mengenai wanita buat masa ini. Wanita begitu mudah memiliki syurga Allah dan begitu mudah pula dicampak ke nerakaNya. Manjaga solat, taat pada suami dan menghormati kedua ibu bapa dan tidak lupa taat perintah Allah, syurgalah yang dijanjikan pada insan yang bergelar wanita. Mudah bukan??Bersyukurlah kita yang masih lagi di jalan yang benar dan banyakkan berdoa padaNya supaya kita ditetapkan iman. Usah kita menyalahkan wanita yang masih lagi tidak berada di jalan yang sama dengan kita kerana barangkali mereka tidak tahu dan tidak diberi pendedahan langsung. Kitalah yang bertanggungjawab mengajak mereka kepada kebenaran. Serahkan sahaja pada Allah selebihnya kerana Dialah Tuhan yang mengubah hati-hati ini. Mungkin ada yang berasa susah dan adakalanya masih ada lagi yang tidak bersyukur dijadikan sebagai wanita...naudzubillah. Tomboy,pengkid( betul ke tidak ejaan ni tak tau la) dan lesbian adalah antara sifat-sifat wanita masa kini. Apakah tiada lagi maruah dalam diri mereka atau adakah mereka tidak mahu hidup sebagai wanita. Sesungguhnya merekalah antara yang kufur kerana menolak nikmat Allah. Sedarlah wahai wanita, engkaulah yang bakal mencorakkan masa depan agama kerana engkaulah yang melahirkan para mujahid Islam yang berjuang ke jalan Allah demi menegakkan kalimah tauhid.Bertuahnya wanita punyai rahim sebagai penyubur zuriat yang mencorakkan dunia ini dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Apabila kita sah bergelar isteri tibalah saat membuktikan keupayaan untuk mengandung dan melahirkan. Istimewanya wanita!Sabarnya wanita itu dalam menempuh segala dugaan sewaktu mengandung dan melahirkan dan bilamana dia di dalam tempoh mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya dan setelah melahirkan gugurlah dosa-dosanya sebelum ini. Dan jika kita perasan, muka ibu yang baru sahaja melahirkan anak akan lebih berseri-seri.Syurga pula yang dijanjikan sekiranya seorang wanita itu taat pada suaminya dan sentiasa menjaga maruah diri. Dan sebenar-benar tempat bagi wanita itu adalah di rumah mereka sendiri iaitu kerajaan mereka. Bukan mudah mengatur kehidupan seharian lebih-lebih lagi setelah berkeluarga. Mengatur kehidupan anak-anak dan suami, menyediakan makan minum dan juga pakaian. Hebatkan wanita...Sebagai wanita islam, jagalah maruah diri, masih belum terlambat untuk memperbaiki diri, tundukkan pandangan dan jagalah muamalat kita. Sekiranya kita dulu wanita yang suka ke hulu hilir tidak tentu arah bersama bukan muhrim, ubahlah sikap kita. Ketegasan diperlukan dalam sesetengah keadaan, kelembutan juga dituntut tapi biarlah pada tempatnya. Kawal amarah dan jauhkan dendam dan hasad dengki. Jagalah aurat dan jangan sewenang-wenangnya membiarkan lelaki lain menjamah tubuh kalian selain suamimu. Beruntunglah wanita-wanita islam yang berada di bawah lembayung dan nikmat Islam.Saya doakan sahabiah-sahabiah semua menjadi wanita solehah yang sama-sama berjuang di jalan Allah dan teruskan usaha kalian dalam mengislah diri dan janganlah kita tersekat di tengah jalan. Kita seringkali berasa putus asa namun itu semua hanya akan membuahkan keriangan di hati syaitan dan janganlah kau membiarkan mereka melompat-lompat kegirangan. Ayuh bangkitlah muslimah demi agama!!Pesanan saya buat sahabiah-sahabiah yang membaca luahan di hati saya ini, jauhkanlah diri kita dari masalah-masalah hati yang hanya merugikan diri. Ingatlah sahabat, masalah ummat semakin meruncing, mainkan peranan antunna. Berpesa-pesanlah kita dengan kesabaran dan kebenaran dan itulah gunanya sahabat untuk saling mengingati dan di saat kejatuhan antunna akan ada yang bersama membahu di belakangmu. Syukurlah kita dilahirkan sebagai wanita ISLAM...Allahuakbar!!!

Aduhai Sufiah Yusof

Belum lagi reda bahang politik negara, datang lagi satu bahang dari negara luar yang saya kira memalukan orang Islam sendiri. Inilah dia kisah Sufiah Yusof, yang dahulunya seorang budak berumur 13 tahun yang genius Matematik. Kalaulah saya genius Matematik..huhu...saya pun genius juga tapi tidaklah segenius dia...hehe..(gurau je). Saya pasti kita sudah sedia maklum dengan cerita Sufiah Yusof yang agak panas. Dia yang kini sudah berusia 24 tahun menjual badan semata-mata ingin menyara hidup. Sedih juga melihat keadaan Sufiah. Entah di mana silapnya. Adakah keluarganya yang harus dipersalahkan??atau adakah dirinya sendiri yang patut dipersalahkan??Sufiah yang sanggup menjual badannya dan mengabaikan saat-saat akhir pengajiannya di Universiti Oxford..ermmm...sayang seribu kali sayang, sudah di tahun akhir pengajian tetapi terjadi perkara yang kurang elok. Adakah kita sanggup mengabaikan pengajian kita di tahun akhir?Kalaulah saya, tidak sanggup rasanya. Mungkin family pressure yang mendorong dia bertindak sedemikian. Tidak salah jika saya katakan tindakan Sufiah itu suatu tindakan melulu dan tidak kurang juga tindakan bodoh!Apapun yang terjadi, kita perlulah back to basic. Kita ada Allah untuk mengadu, kita ada doa sebagai kekuatan dan kita ada agama yang mengajar kita untuk membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara itu.Di manakah letaknya harga diri seorang wanita itu sekiranya dengan senang menjaja badan dengan harga 130 pound untuk setengah jam???Malu dan sedih tatkala membaca berita mengenai Sufiah. Alangkah baiknya jika Sufiah menggunakan kebijaksanaannya yang dikurnia Ilahi ke arah yang diredhai. Moralnya di sini, fikirlah masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan kerana keputusan yang kita buat itulah yang bakal merubah hidup kita.Peranan keluarga sangat penting dalam situasi ini. Kalaulah saya yang menjadi ibu kepada Sufiah, pasti saya tidak akan menghantar dia ke luar negara pada umur 13 tahun. Masakan tidak, dengan ilmu agama yang masih lagi cetek, pasti saya akan bimbang mengenai keadaan anak saya di situ. Wallahualam..Pendek kata, ibu bapa sendiri perlu menitikberatkan didikan agama dalam diri anak-anak dan yang paling penting solat!Sama-samalah kit apanjatkan doa padaNya, moga-moga Sufiah kembali ke pangkal jalan dan kembali ke pangkuan keluarganya. Apa erti hidup jika agama diabaikan dan keluarga tidak diendahkan??? Saya pasti masih ada lagi iman yang membaluti diri saudara kita itu, moga Allah kurniakannya hidayah.Di akhir zaman ini menuntut kita untuk sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang. Hanya hambanya yang beriman yang berjaya mengharunginya. Dunia semakin tua, jadi pertingkatkan amalan dan jagalah ibadah kita. Dan yang paling penting jaga solat kerana yang membezakan kita dengan orang kafir adalah solat dan solat adalah seafdhal-afdhal amalan. Wallahualam...

"Fitna" suatu penghinaan pada Islam

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk BelandaKUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”. “Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai...tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ,” kata beliau.Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam.— BERNAMA

Khalifatullah

Masih lagi segar di ingatan saya kata-kata salah seorang peserta Tamrin Qiyadi yang diadakan di Kem Pulara, Trong, Perak pada 1-3 Mac yang lalu. Baris kata-kata yang sememangnya membuatkan saya terharu dan menistiskan air mata."Sebelum nie hidup saya nothing, tapi lepas join program nie barulah saya tau konsep hamba dan khalifah". Kebetulan saya merupakan fasilitator kepada peserta tersebut. Alangkah gembiranya di hati apabila berjaya menerangkan kepadanya serba sedikit tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Moga dengan penerangan yang sedikit itu dapat membantu dia dalam meneruskan wasilah perjuangan Rasulullah s.a.w. Masih lagi ramai insan di luar sana yang kurang pendedahan tentang konsep hamba dan khalifah, dan peserta tersebut merupakan contoh yang paling baik dalam situasi ini. Katanya, kalau tidak kerana program tersebut masakan dia mengerti tentang konsep hamba dan khalifah. Alhamdulillah syukur pada Allah...sudah takdir Allah memberinya hidayah untuk menyertai program tersebut lalu menimba ilmu semaksima yang mungkin sepanjang program tersebut. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbiacara dengan panjang lebar mengenai tajuk yang tertera di atas tapi sekadar luahan hati dan ilmu saya masih lagi cetek jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat lain.Terasa begitu kerdil dan rendah diri tatkala melihat sahabat-sahabat yang rata-ratanya berlatarbelakangkan sekolah agama. Sejujur-jujurnya, saya iri hati dengan sahabat-sahabat yang bersekolah agama. Astargfirullahalazim..Allah itu Maha Mengetahui. Saya kurang selesa dengan pendapat sesetengah orang yang mengatakan bahawa mereka tidak layak untuk berdakwah sedangkan tujuan manusia itu diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di bumi Allah ini. Apabila telah mengharungi segala pahit dan manis kehidupan berjemaah barulah saya faham dan sedar mengapa Dia meletakkan saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Jalan menuju Sang Khaliq bukanlah suatu jalan yang mudah malah pelbagai mehnah yang harus ditempuhi. Bukan namanya khalifah jika segala kerja dakwah itu hanya seperti memetik jari kan??Teringat pula kisah sewaktu Allah ingin mencipta Adam a.s.(tak pasti sama ada disebutkan nabi Adam atau manusia) Perbetulkan saya jika ada kesalahan dalam cerita ini. Hmm, Allah menyuruh malaikat untuk mengambil tanah di bumi untuk tujuan mencipta Nabi Adam (manusia kan dicipta daripada tanah). Bayangkan tanah tidak sanggup membiarkan malaikat mengambilnya kerana bimbang manusia melakukan kerosakan pada bumi. Kembalilah malaikat dan mengadu pada Allah tentang kejadian yang dialaminya. Allah kemudian memerintahkan malaikat lain untuk mengambil tanah dan sekali lagi tanah tidak mengizinkan. Malaikat terakhir yang diperintahkan Allah s.w.t untuk mengambil tanah ialah malaikat Israil dan Allah meminta malaikat israil supaya tidak mengalah dengan tanah kerana dia datang dengan perintah Allah s.w.t. Akhirnya tanah membiarkan sahaja malaikat israil mengambilnya tanpa berkata apa-apa. Tanah yang diambil datangnya daripada pelbagai tempat berdasarkan sifat-sifat anggota badan kita. Subhanallah...Jika dilihat dalam kisah tersebut tanah sendiri khuatir manusia akan berbuat maksiat pada Allah. Minta Allah jauhkan kita daripada menjadi orang yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak tahu untuk melaksanakan. Khalifah bukanlah orang yang melepak di tepi jalan tanpa tahu arah tujuan dan bukanlah orang yang banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan beramal shaleh (kebaikan), bahwa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi, Sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diridhai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS. An-Nur : 55).Dalam ayat tersebut telah Allah berjanji untuk menjadikan manusia itu khalifah yang memipin dunia dan memakmurkannya. Namun, khalifah yang dijanjikan itu mestilah beriman dan beramal soleh.Jangan disempitkan pemikiran kita bahawa kerja-kerja dakwah itu hanya untuk mereka yang alim ulamak.Tidak!!!Selagi kita berglar hamba Allah kitalah pendakwah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di akhir zaman ini, pelbagai dugaan yang harus ditempuhi lebih-lebih lagi kafir laknatullah semakin menunjukkan belangnya. Berdosalah kita sekiranya kemungkaran di depan mata dibiarkan begitu sahaja. Mahukah kita menjadi orang yang hanya tahu melihat kemungkaran dan biarkannya begitu sahaja???Mahukah kita menjadi orang yang berdosa??Sememangnya diri ini dipalit dosa yang hanya Allah bisa menhilangkannya. Kadang-kadang terasa begitu lemah untuk menegur kawan-kawan atau orang yang terdekat. Adakah ingin menjaga hati bahkan pandangan Allah itu lebih utama daripada pandangan manusia yang hina. Saya kuatkan hati walaupun terasa amat payah. Jangan kata kita beriman selagi kita tidak diuji. Saya kuatkan hati dan tidak peduli dengan apa yang keluar dari mulut kawan-kawan saya. Mengapa kita seringkali bimbang dengan pandangan manusia berbanding pandangan Allah s.w.t???Ilmu merupakan salah satu elemen terpenting yang berkait rapat dengan khalifah. Tanpa ilmu mana mungkin kita dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dengan baik. Ilmu yang sedikit yang disampaikan dan diamalkan oleh orang lain lebih berkat jika ilmu yang banyak itu tidak diamalkan. Elakkan daripada menjadi orang yang hanya disuap daripada menyuap. Banyakkan mengkaji dan menelaah tentang sesuatu perkara itu. Nasihat ini saya tujukan khas buat diri saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Teruskan perjuangan kalian dalam gerakan dakwah yang sangat mulia ini dan kembali pada hakikat sebenar manusia itu diciptakan. Segera tepis segala fikiran negatif yang bisa melemahkan kalian dan ingatlah janji Allah kepada hamba-hambanya yang menolongNya. Biar terbuang tetapi tetap berjuang!!!

Panduan Menjadi Imam Solat

Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1)Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.

2)Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.

3)Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.

4)Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.

5) Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

6) Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.


Tugas imam ketika mengucapkan bacaan solat terbahagi kepada tiga iaitu:

1)Dia tidak perlu menguatkan suara ketika membaca doa iftitah dan ta�awwudz tetapi melakukan seperti seorang yang sedang bersembahyang sendirian. Tetapi, ketika membaca al-Fatihah dan surah lain selepas itu seperti solat Subuh, dua rakat pertama solat Maghrib dan Isyak, dia hendaklah menguatkan suaranya, walaupun bersembahyang sendirian.

2)Ketika berdiri, imam hendaklah menjaga tiga kali perhentian (diam sebentar) iaitu selepas takbiratul ihram sebelum membaca doa iftitah. Selepas selesai membaca al-Fatihah dan selepas membaca surah selepas al-Fatihah sebelum rukuk.

3)Imam hendaklah meringankan amalan solatnya iaitu bacaan yang tidak terlampau panjang terutama ketika berjemaah dengan ramai makmum.

Kewajipan imam berkaitan dengan rukun solat juga terbahagi kepada tiga perkara iaitu:

1) Imam hendaklah meringankan rukuk dan sujudnya. Jadi, bacaan tasbihnya seelok-eloknya tidak lebih daripada tiga kali.

2) Makmum tidak boleh mendahului imam ketika rukuk atau sujud, tetapi sebaiknya ada jarak waktu untuk mengikutinya. Jadi, makmum tidak digalakkan turun untuk sujud melainkan imam sudah benar-benar meletakkan dahinya di tempat sujud.

3) Imam tidak digalakkan menambah doa tasyahhud lebih daripada kadar tahsyahhud yang diperlukan. Imam tidak digalakkan mengkhususkan kepada dirinya sendiri ketika mengucapkan doa tetapi hendaklah menggunakan pengertian yang merata untuk keseluruhan seperti kita atau kami.

Kewajipan imam untuk bertahallul iaitu menyelesaikan dan setelah selesainya solat ada tiga perkara iaitu:

1) Hendaklah dia berniat ketika mengucapkan dua kali salam untuk memberikan salamnya kepada malaikat serta kaum Muslimin yang hadir.

2) Hendaklah dia duduk secara tetap di tempatnya selepas salam itu, terutama sekali apabila wanita juga turut bersolat jemaah di belakangnya. Jangan berdiri dulu sebelum mereka berlalu.

3) Jika duduk selepas selesai solat, hendaklah menghadapkan mukanya ke arah orang ramai.

Imam Muda

Pada 21-24 Mac 2008 yang lepas saya telah menghadiri program Latihan Imam Muda anjuran Unit Gerakan dan Operasi, Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia ( YADIM). Syukur padaNya kerana dengan izinnya saya dapat menghadiri program tersebut tanpa ada halangan, biasalah cuti-cuti begini ada sahaja benda yang mendatang. Itulah dugaan namanya. Banyak ilmu yang ditimba sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, program tersebut diadakan di Excel Training Resort, Nilai, Negeri Sembilan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Asasi UIA, PJ dan juga SMK Seksyen 18, Shah Alam. Sepanjang perjalanan ke sana, diri tertanya-tanya bagaimana cara program ini dikendalikan dan hati ini tidak sabar-sabar untuk sampai ke sana di samping melepaskan kerinduan pada sahabat-sahabat.Agak lucu juga cara saya ke sana, kerana saya ke sana berpandukan peta yang diberi oleh PIC program tersebut. Pak Cu yang bertanggungjawab untuk menghantar saya ke sana kerana mak dan abah bekerja. Alhamdulillah setelah melalui jalan-jalan yang saya kira agak pelik akhirnya samapai jua ke destinasi yang saya tunggu-tunggu. Sebaik sahaja bersalaman dengan pak cu dan mengucapkan terima kasih padanya saya berlegar-legar di kawasan resort tersebut. Tidak jauh dari tempatku berdiri, kelihatan seorang lelaki yang agak sasa badannya seakan-akan menuju ke arah saya, lantas saya memalingkan susuk tubuh. Tiba-tiba saya disapa dengan ucapan "Assalamulaikum". Saya menjawab salam lelaki tersebut. Lagaknya seperti pekerja resort tersebut. Dia bertanyakan saya dari mana lantas saya mengatakan bahawa saya dari UIA. Dia tersenyum lalu menunjukkan saya jalan ke bilik. Tidak lama kemudian, muncul kelibat kak ira. Alhamdulillah, hati melonjak riang saat bertemu dengannya. Tanpa dia tak mungkin saya menyertai program ini.Program yang berlangsung pada jam 3 petang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berehat memandangkan masih terlalu awal dan terasa kepenatan pada diri. Setelah berkenal-kenalan dengan roommates yang kebanyakannya dari UIA, saya meluangkan masa yang ada bersama sahabat-sahabat yang saya kira agak lama tak bertemu ( baru 2 hari..hehe). Selepas menyiapkan kendiri, kami menuju ke dewan. Taklimat daripada Ustazah Masitah selaku pengurus program disusuli dengan sesi taaruf. Pada awalnya, hati berbisik " peserta seramai 92 orang mesti lama nak taaruf", sesi taaruf yang mengambil masa sejam itu diiringi dengan gelak ketawa. Pelbagai aksi lucu adik-adik membuatkan kami semua ketawa.Objektif program ini diadakan adalah untuk menggilap peranan imam dan bilal di kalangan anggota sukarelawan Al-Falah dan menerapkan ilmu yang bermanfaat untuk masyarakat agar lebih bertanggungjawab pada agama. Secara tidak langsung saya telah pun selamat menjadi sebahagian daripada keluarga Sukarelawan Al-Falah setelah mengisi borang yang diedarkan..huhu.Sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana banyak ilmu yang ditimba. Terus saya tanamkan dalam hati, apabila balik nanti nak buat bengkel solat untuk adik-adik...Ya InsyaAllah saya akan adakan bengkel tersebut hujung minggu ini. Telah ku khabarkan pada adik-adikku. Jujur saya katakan program ini memberi erti yang sangat mendalam terhadap diri saya sendiri. Hanya Allah yang tahu dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan padaNya. Pelbagai aspek yang disentuh sepanjang program antaranya konsep solat berjemaah, pengurusan jenazah dan tanggungjawab kita, wudhuk dan tayammum. Program ini lebih menekankan bab solat terutama sekali solat secara berjemaah. Solat merupakan basic yakni tiang agama dan solatlah yang mencerminkan peribadi seseorang muslim itu sendiri. Jika baik solatnya maka baiklah akhlaknya.Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya:" Solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat"Sebagai seorang Muslim sudah tentu kita akan merasa berkobar-kobar untuk menunaikan solat secara berjemaah lebih-lebih lagi setelah mengetahui kelebihannya di samping niat untuk mendapatkan keredhaan Allah.Jamaah itu sendiri merupakan hubungan yang terhasil daripada solat antara imam dan makmum.Pensyariatan solat berjemaah sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa ayat 102:"Dan apabila engkau ( wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang) lalu engkau mendirikan solatdengan (menjadi imam) mereka, hendak segolongan daripa mereka berdiri (solat) bersama-samamu"Runtuhnya akhlak remaja masa kini disebabkan oleh solatnya. Segala perbuatan yang dizahirkan berpunca dari solat mereka. Adakah sekadar solat sampai ada perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka seperti ini.."Alah,asalkan aku solat okay la tue"...Nauzubillah...Sikap seperti inilah yang bisa menjauhkan kita dari Sang Pencipta. Sedarlah kita bahawa solatlah yang menentukan arah hidup kita dan saya menyeru supaya kita menjaga solat dan elakkan dari solat di akhir waktu. Siapalah kita sehingga membuatkan Allah menunggu kita. Janganlah kita menjadi hambaNya yang tidak bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang dikurnia Allah. Sekiranya seseorang itu tidak bersyukur dengan yang sedikit sudah tentu dia tidak bersyukur dengan yang banyak.Hati makin sayu tatkala terkenang akan kawan-kawan di luar sana yang masih tidak faham dan kurang pengetahuan tentang bab solat. Ya, sayalah yang bertanggungjawab untuk membantu mereka. Program ini banyak membuatkan saya menitiskan air mata lantas membuatkan saya berfikir banyak kali dan tidak kurang juga menimbulkan perasaan benci pada insan-insan yang menjadikan nasib saudara kita yang lain bertukar menjadi malang. Ustaz menyentuh hati-hati peserta dengan menayangkan video tentang nasib-nasib saudara kita di Acheh dan juga di Palestin. Seringkali ku panjatkan doa pada Ilahi agar melindungi umat Islam di sana dan di seluruh dunia. Moga mereka mati syahid dan ditempatkan di Syurga Firdausi. Ameen...Perjuangan mereka bukanlah sia-sia kerana perjuangan mereka demi Islam tercinta.Hari terakhir program diserikan dengan persembahan sketsa dan disusuli dengan nasyid daripada peserta lelaki. Seronokdan geli hati melihat persembahan mereka. Kemudian kami sama-sama berzikir dan menyanyikan lagu Sukarelawan Al-Falah. Air mata mengalir dengan deras tatkala bersalam-salaman dengan sahabat-sahabat dan pengurus program sambil berselawat ke atas Nabi tercinta. Indahnya ukhwah bertemankan jiwa yang berizzah. Sahabat-sahabat menuju ke haluan masing-masing selepas ini. Doa mengiringi moga sahabat-sahabat berjaya dunia akhirat dan moga ukhwah ini kekal selamanya. Ukhwah fillah itu kekal, InsyaAllah. Saya tidak bersama-sama dengan mereka naik bas menuju ke UIA tetapi terus pulang ke rumah bersama dengan athirah, sahabatku yang banyak pekara suka dan duka yang dikongsi bersama. Berakhirnya program bukan bermakna berakhir segala semangat dan azam yang lahir dari diri ini. Moga Allah beri kekuatan pada diri untuk terus melaksanakan niat yang terdetik di hati ini. Akhir kalam, saya menyeru sahabat-sahabat membantu kawan-kawan kita di luar sana dalam menyempurnakan solat , bukan sahaja kawan-kawan malah ahli keluarga sendiri dan itulah yang paling penting. Wallahualam...

First entry

Bismillahirahmanirrahim...Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan blog yang tak seberapa ini setelah blog yang terdahulu "terbengkalai" disebabkan faktor masa dan sikap malas meng"update" blog. Saya masih lagi dalam proses belajar dalam selok belok blog nie, banyak lagi yang perlu saya belek dan ini memakan masa yang agak lama untuk saya menghadap skrin laptop..huhu. Teringat pula sebaik sahaja saya habis SPM, saya banyak belajar cara-cara buat blog dengan hanya membelek-belek apa yang patut dan tak lupa juga menyelongkar "tool" dalam "Adobe Photoshop" selain melayari website yang berkaitan dengannya, memang seronok dan adik saya yang ke-2 paling terror dalam bab-bab nie..hehe, yelah nak dibandingkan dengan yang lain. Sudah lama hasrat ingin menghasilkan blog terbuku di hati, alhamdulillah Allah gerakkan hati dan kudrat untuk menghasilkan blog..hehe, sememangnya dalam menghasilkan blog memerlukan kita untuk sentiasa rajin untuk meng "update", terpulang pada masa individu itu sendiri.Sudah lama sahabat-sahabat menggesa saya untuk menghasilkan blog dan inilah hasilnya. Bukan gesaan sebenarnya, tapi sebagai seorang dai'e selain berdakwah secara lisan perlu untuk kita jadikan blog sebagai medium untuk berdakwah. Jadikan blog sebagai medan untuk kita melontarkan segala apa yang terbuku di hati dan juga tak lupa sebagai medan untuk kita berdakwah...insyaAllah sesuatu yang sedikit itu tetapi dilakukan secara istiqamah mampu membuahkan hasil yang tak disangka-sangka di kemudian hari. Saya bukanlah penulis yang baik dan ukanlah jugalah bukan seorang yang pandai bermadah. Ikhlasnya, saya masih mengharapkan respon dari sahabat-sahabat dan segala tunjuk ajar amat saya hargai. Erm..jalan dakwah itu sediri luas, terpulang pada kita untuk memilihnya. Betul tak??Tepuk dada tanya iman kita sendiri. Wallahualam...p/s: Ayat yang bakal digunakan mungkin terlalu skema dan mungkin terlalu sempoi=)