Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dijadikan pedoman bersama dan ibrah (teladan) buat insan yang bergelar muslimah khususnya. Saya bukanlah insan yang sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan Dia dan sekiranya kita ialah insan yang sering membeza-bezakan manusia, mengertilah bahawa tiada beza di antara kita semua melainkan taqwa. Barangkali kita hanya insan yang tidak dipandang langsung oleh Allah s.w.t. Nauzubillah min zalik.Buat sahabat2 yang mengenali diri, terima kasih atas persahabatan antum.Benar sahabat, manisnya ukhuwah terasa apabila saat kita bersatu melakukan gerak kerja Islam dan saat kita saling membantu andai ada yang berada dalam kesusahan.
Mungkin coretan kali ini, lebih berbentuk peribadi. Apakah yang ingin saya coretkan kali ini? Mengimbau zaman di bangku sekolah sememangnya manis. Benarlah kata sesetengah orang bahawa, saat kita meninggalkan alam persekolahan, suatu hari nanti kita pasti merinduinya.Saya di zaman sekolah, merupakan seorang yang agak aktif tidak kiralah di sekolah rendah mahupun menengah, dan sememangnya kami adik-beradik tidak berasa jemu untuk menyertai apa-apa sahaja pertandingan yang diadakan di luar mahupun di dalam sekolah. Namun pelajaran tetap diutamakan. Alhamdulillah, adik-adik yang di bawah saya juga begitu aktif..
Ramai yang terkedu dan agak terkejut apabila mengetahui latar belakang sekolah saya. Mereka berasa hairan kerana mengapa perwatakan dan pemakaian saya tidak melambangkan saya sebagai seorang yang dahulunya bersekolah Convent. Sahabat2 sekelas dan juga sahabat2 di dalam aktiviti persatuan juga berasa terkejut. Ketahuilah sahabat2, ini semua adalah hidayah dariNya, kerana tanpa hidayahNya, saya tidak mungkin saya yang sekarang. Alhamdulillah wasyukurillah.Sahabat2 di dalam jemaah barangkali memahami. Walaupun ada di antara sahabat2 di dalam jemaah yang telah mendapat pentarbiyyahan awal sejak di bangku sekolah, namun itu bukanlah sebab untuk saya menjauhkan diri daripada mereka dan berasa rendah diri.Saya terus mencari dan mencari. Bukan saya seorang sahaja, malah ramai lagi insan dan sahabat2 di luar sana seperti saya. Tiada kata yang terucap melainkan Alhamdulillah kerana memberiku hidayah Ya Allah.
Bersekolah perempuan selama 10 tahun membuatkan saya berasa begitu janggal dengan insan yang bergelar lelaki sewaktu berpindah sekolah semasa di tingkatan 5. Ah, banyak untuk dikenang. Masih tersusun rapi di dalam ingatan. Barangkali ianya begitu manis untuk diceritakan=).
Alhamdulillah, menjejakkan kaki di Bumi UIA memberi seribu satu kebahagiaan kepada saya. Masakan tidak, di pusat asasi UIA saya mengenal usrah, jemaah, tamrin, kuliah2 agama dan pelbagai lagi perkara yang saya sendiri sangat bersyukur dan terasa begitu manis sekali saat saya mengenangnya kembali.Hikmah di sebalik semua ini telah saya ketahui.Biarlah ianya tersemat rapi di dalam fikiran ini. Pada awal saya mengenal usrah, habis semua usrah yang saya ikuti.Perasaan gembira menyelubungi diri sehinggakan setiap malam tiada di bilik kerana menghadiri usrah. Perancangan Allah benar2 hebat. Proses pentarbiyyahan itu tidak akan terhenti saat kita sudah menyertai usrah atau intima’ dengan sesebuah gerakan Islam, namun ia tetap berjalan seiring dengan usia.Namun, sehingga sekarang saya masih lagi menyertai semua usrah di kampus, tanpa mengira jemaah. Benar, saya dahagakan ilmu2 sebegini. Ilmu2 agama yang menyentuh hati lantas membawa kita kepada Allah yang Satu.Namun, jemaah yang saya intima’ sudah pasti satu, bukan dua dan bukan tiga.Diri ini berbanding dulu sangat berbeza setelah menyertai gerakan Islam. Alhamdulillah ala kulli hal.
Saya sentiasa tanamkan niat di hati bahawa, saya melakukan ini hanya demi Allah demi agamaNya.Bukan suatu perkara yang mudah untuk kita berada dalam nawaitu yang satu ini. Oleh itu, niat haruslah sentiasa diperbetulkan agar kita tidak terpesong. Biarlah di mana sekalipun kita berada pastikan niat kita hanyalah keranaNya. Perjuangan orang2 terdahulu lebih pahit daripada apa yang kita tempuhi sekarang.
Bermacam cita2 yang saya khabarkan pada diri. Ingin menjadi seperti Khadijah yang begitu tabah dan menginfakkan harta ke jalan Allah, menjadi seperti Fatimah yang sanggup bertahan dengan kesusahan hidup dan habis kesemua sifat2 isteri Rasulullah dan para wanita utama Islam yang saya kerap kali jadikan pedoman dan tidak kurang juga mendidik diri untuk menjadi seperti mereka. Siapakah yang tidak mahu menjadi seorang wanita solehah idaman para mujahid, yang merelakan perjuangan Zaujnya demi Islam dan menjadi sayap kiri dalam perjuangan Islam. Terkadang nampak seperti mudah bukan???Namun secara praktikalnya payah.Berdoalah kita tergolong dalam golongan tersebut.Jangan katakana diri kita beriman jika belum lagi diuji. Subhanallah, akhir zaman ini pelbagai perkara yang terjadi. Lama lagikah kita di dunia ini?Tiada siapa yang tahu melainkan Dia.
Benar sahabat, semakin kita mengingati mati, semakin kita mendekatkan diri pada Yang Esa. Jadilah kita insan bijak dengan senantiasa mengingati mati. Tetapi tiada guna andai hanya di ingatan, namun tiada usaha yang dilakukan demi mendapatkan JannahNya.Tanamkan rasa cinta dan kasih pada Allah sepanjang melakukan amal ibadat, insyaAllah kita akan merasa ibadat yang dilakukan bukan sahaja untuk mendapatkan keredhaanNya, malah kerana kita begitu cinta, kasih dan rindukanNya.
Terima kasih Ya Allah atas segala2nya. Moga kesudahan kita adalah baik, kerana hari ini kita begini, namun di saat2 akhir kematian belum tentu lagi kita adalah kita yang sekarang. Teruskan amal dan doa supaya kita ditetapkan di dalam agama ini dan sentiasa berada dalam ketaatan kepadaNya.Memetik kata2 Dr. Sidek Baba di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Rabbani”:
“Kalau manusia berjiwa matematikal, sudah tentu dia tahu tentang pahala dan dosa, fadhilat dan musibah, halal haram, makruf dan mungkar dan dapat mengukur diri untuk melakukan muhasabah sama ada hidupnya berada dalam keredhaan Allah atau sebaliknya”
Renung2kanlah kata2 ini buat peringatan bersama.
Saya benar2 insan yang lemah. Mengajak roommate untuk bersama2 solat berjemaah pun saya tidak punya kekuatan. Jika orang lain kemain laju.Ah, terasa begitu teruk sekali. Menangis saya sepuas2nya di hadapan Ilahi.Pernah sekali dua saya mengajak, dan mengharapkan pengertian untuk terus bersama2 berjemaah. Namun, saya percaya dengan dakwah bil hal, insyaAllah suatu hari nanti sahabat2 di sekeliling pasti akan mengikut kearah kebaikan.InsyaAllah.Namun, ini tidak bermakna untuk saya terus berada dalam selemah2 iman. Ya Allah berikan hambaMu ini kekuatan Ya Allah.
Apa yang membuatkan saya paling sedih apabila melihat ahli keluarga dan sahabat2 di sekolah lama yang begitu tersasar daripada Islam.Ramai sahabat2 di sekolah lama yang saya sendiri hanya mampu untuk memberi mesej kata2 nasihat secara berhikmah, terutamanya di laman web Friendster. Pernah juga saya menegur secara menyindir. Entah mereka faham atau tidak.Ini semua tidak setanding dengan cabaran dan dugaan yang pernah ditempuhi Nabi sewaktu berdakwah. Pernahkah saya dibaling batu dan sebagainya???Tidak sama sekali. Kadang2 bukan senang untuk berdakwah pada keluarga dan sanak saudara. Jika terlibat di dalam kerja2 dakwah saya tidak merasakan susah seperti ini. Hakikatnya, ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bimbingan dan diberi didikan Islam yang sempurna. Jangan salahkan mereka, tetapi bantulah mereka keluar daripada ‘kepompong hitam’ tersebut. Usahlah gerakan2 islam bertelingkah, namun bersatulah demi menyebar risalah Islam ke serata alam yang telah dimulakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Sikap sesetengah ahli jemaah yang mengatakan jemaahnya sahaja yang terbaik merupakan suatu sikap yang tidak sepatutnya ada di dalam diri ahli yang mengatakan dirinya seorang dai’e.Malulah kalian.Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman.
Bagi sahabat2 yang hidupnya hanyalah di kafe, kuliah dan meja belajar.Sedarlah akan peranan kita sebagai seorang dai’e. Jika engkau telah mungucapkan kalimah tauhid maka beban dakwah terpikul di bahumu sahabatku. Benar, konsep dakwah itu luas dan jangan kita menjadi prang yang terlalu rigid dalam mentafsir konsep dakwah ini. Bangkit dan sedarlah, jika mahu melihat Islam kembali gemilang. Janji Allah itu pasti, namun adakah kita hanya mahu menunggu dan terus menunggu?Tepuk dada dan tanyalah iman kalian.
Cukuplah sekadar ini. Mungkin ada yang agak pening dan sesak nafas membacanya kerana terlalu panjang.=)
Terima kasih kerana sudi membaca dan ambil yang baik dan tegur apa yang dirasakan salah.Andai Islam menjadi agenda utama, teruskan usaha dakwah dan pengislahan diri, Dakwah dan proses pengislahan diri harus bergerak seiring.Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment