CT: “Mak, ct nak ke UIA Gombak kul 3.30 ptg nie, ada perjumpaan batch malam nanti.”
Mak: “Ok, siap2, mak hantar sekali lepas jemput
adik2”.
Di Terminal
Mak: “Tira dah sampai ke belum?Jangan tunggu kat tempat sebarangan, bahaya”.
CT: “Dah2…insyaAllah, mak jangan risau”.
Malam semalam, 11 Mei 2009 ada perjumpaan batch, selepas pengisian oleh sahabat2 dan diri saya sendiri, kami berbincang mengenai rehlah yang bakal kami adakan 13 Jun 2009 ini. Alhamdulillah selepas perjumpaan, kami sesama muslimat berbincang banyak perkara, melawat sahabat dan juga melepas rindu.Masakan tidak, ada di antaranya yang tidak saya ketemu sejak menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. Rindu sangat2 dengan kalian.Terima kasih kepada aida dan syira yang sudi meluangkan masa untuk hadir walaupun lusanya ada peperiksaan pertengahan semester.English je kan..hehe.InsyaAllah you can do it!
Keesokan harinya, kami bersarapan bersama2 di kafeteria UIA dan seterusnya berjalan2 di bazar yang terdapat di dalam UIA.Di Kuantan, tiada bazaar sebegini, yang ada hanya booth kecil-kecilan yang kadang2 dibuka di Kuliah Sains dan Kuliah Perubatan, itupun sekiranya terdapat function tertentu.Nampak buku best, Sirah Nabawiyyah, tetapi duit tidak mencukupi saat itu.Tawaran sahabat untuk meminjamkan duit saya tolak.Lebih suka jika membelinya dengan duit sendiri.Nanti beli dengan abahlah, fikir saya sendirian. Selepas bergambar bersama2, sedikit nasihat, bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal saya bersama 3 orang lagi sahabat pulang ke destinasi masing2.
Moga ukhwah kita masih lagi seperti dahulu.Teruja diri dengan kata2 imam Al-Ghazali bahawa ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada teringatnya seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.Benar!Kepada sahabat2 yang tidak dapat hadir pada malam tersebut moga kita dapat ketemu di masa akan datang, InsyaAllah dan semoga program batch kita akan terlaksana dengan jayanya berkat usaha kalian. InsyaAllah. Terima kasih juga di atas peringatan yang kalian berikan.Manis terasa andai kita bertemu dan berpisah keranaNya.Semoga kalian ditetapkan di jalan dakwah yang penuh onak dan duri ini. InsyaAllah. Banyakkan doa.Ketahuilah sahabat, hanya sedikit yang ditempuh berbanding orang2 yang terdahulu. Sedikit sekali sahabat.Usahlah kita menjadi orang yang suka melaungkan kalimah perjuangan, namun tidak dilaksanakan.Hanya bermain di bibir semata-mata.Nauzubillah min zalik.
Sampai sahaja di rumah, tidak lama selepas itu emak pulang daripada sekolah bersama2 adik2 yang lain.Saya agak risau dengan kesihatan emak.Tadi ku lihat emak baru sahaja lepas muntah2, dia mengadu pening2 kepala.Ya, darahnya naik!Saya pasti emak pening2, lemah dan berasa loya apabila melihat raut wajahnya.Pelik juga, darah emak kejap naik kejap turun, sentiasa turun naik.Emak ada membeli wrist blood pressure meter.Sejak itu,kami adik beradik kerap benar menggunakan alat tersebut untuk mengetahui kadar tekanan darah kami.huhu...Teruja barangkali.Alat tersebut memudahkan emak untuk memantau tekanan darahnya di samping berjumpa dengan doktor.
Emak meminta saya untuk mengurut di bahagian belakang. Semakin diurut semakin banyak pula muntah yang keluar. Saat ini, entah kenapa air mata ini mengada-ngada ingin keluar.Ingin ditahan tidak dapat pula.Sememangnya sedih melihat emak begini.Siapa yang tidak sedih sekiranya melihat emak sendiri begini bukan???Setia
p pagi emak akan meminum air kisaran buah belimbing dan epal hijau dan dia tidak lupa untuk mengambil ubat darah tingginya yang disarankan oleh doktornya yang telah berkhidmat pada keluarga kami sejak emak melahirkan anak yang sulung hinggalah anaknya yang kesebelas.Dia mewarisi penyakit ini daripada arwah atuk dan saya pula mewarisi penyakit asma arwah atuk.Namun, penyakit saya InsyaAllah boleh sembuh.Cuma kadang2 diri sendiri yang malas=(
Hari Ibu yang berlalu bukan bermaksud kita hanya meraikan ibu dengan membeli hadiah dan membawanya berjalan2 semata2, malah doa daripada kalian buat ibu2 tercinta itulah yang diharapkan daripada seorang wanita mulia bernama ibu ini.Hargailah ibu sepanjang hayatnya di Bumi ini, tanpanya siapalah kita.Pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya dan tidak perlu untuk saya berbicara panjang mengenai ini.Saat ibu telah tiada nanti, pasti kita akan sedih, doa anak soleh dan solehah bekalan buat ibu kita di alam sana.Buat anak2 yang sering melukakan hati ibu mereka, bertaubatlah sebelum terlambat.Pasti terhiris perasaannya jika anak yang dikandung 9 bulan 10 hari tidak mendengar kata dan bermasam muka.Jadilah anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapanya di dunia dan jua di akhirat.
Buat ibu saya,Zahariah Md Jan, yang berumur 46 tahun, anakmu ini sentiasa mendoakan dirimu diberi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Semoga Allah menjadikanmu seorang ibu yang terus taat pada perintah suami dan tidak lupa perintahNya.InsyaAllah.Doa buatmu tidak pernah putus.Kami sebelas beradik pastikan membalas jasamu mak!Mak,if you read this entry, I just want you to know that we love you and maybe sometimes we don’t really know how to express our feelings, but the truth is that we really care and love you much.
Terima kasih juga buat abah dan emak yang tidak pernah menghalang saya melibatkan diri dalam kerja2 jemaah, malah memberi saya sokongan.Sejak akhir2 ini, anakmu ini selalu sahaja sibuk di luar.Meeting dan berprogram sana sini.Syukur Ya Allah, Kau kurniakanku ibu bapa yang memahami perjuanganku yang sedikit ini.Nasihat saya, sentiasa perbetulkan niat di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, apa yang kita inginkan hanyalah ingin mendapatkan keredhaanNya.
Doaku moga 2 buah program di Negeri Sembilan yang bakal berlangsung pada pertengahan dan akhir bulan ini berjalan dengan lancar...InsyaAllah.
Cukup sekadar ini.Air mata kian mencurah2 pula..huhu.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment