Salam'alaik..
Saat ini, saya berasa bersyukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana tanpa izinNya tidak akan terjadinya saat indah sebentar tadi.Ya, apakah yang berlaku sebentar tadi?Cubalah teka...huhu.Ceritanya begini,usai sahaja maghrib berjemaah, saya berkesempatan mengajak semua adik2 saya untuk berusrah bersama saya. Barangkali adik-adik yang kecil tidak mengerti akan maksud usrah itu sendiri, bila diajak mereka menurut sahaja.Semua adik beradik terlibat kecuali abang sulung dan abang kedua.Tidak pula saya menerangkan maksud usrah kepada adik2 yang kecil. Terlupa barangkali.
Semua adik2 terlibat dengan usrah kecuali yang sulung, kerana dia berada di Mesir dan yang seorang lagi tiada di rumah ketika itu. Unsur2 lelucon tidak ketinggalan untuk saya praktikkan di dalam usrah di samping modul2 yang menarik minat adik2 untuk terus fokus pada usrah. Adik2 kecil kelihatannya gembira dengan modul2 yang digunakan..hu3.Diri terasa seperti sedang handle adik2 program sekolah pula.
Alhamdulillah, adik2 banyak bertanya itu dan ini, dan tidak kurang juga ada yang tidak serius,Nur memang nak kena!(jangan marah ye nur, nanti cepat tua). Ketidakseriusannya itu disengajakan.huhu.
Surah Toha ayat 132 menjadi pilihan hati untuk dibincangkan dan hadis pertama merupakan hadis yang saya pilih untuk diterangkan pada adik2.
CT: "Wais, solat tu tiang apa"?huhu
Wais : "tiang agama"
CT: "Dzakwan, apa jadi kalau rumah tak de tiang"?
Awan: "Rumah hancur...."
Ini adalah antara perbualan kami. Alhamdulillah, adik2 saya menunjukkan minat dan tidak lupa untuk saya memberikan analogi yang sesuai. Rindunya ingin berusrah dengan sahabat2, terutamanya sahabat2 di kuantan kerana merekalah sahabat2 yang kerap saya jumpa di sana.tira, im, jannah dan lain2.Harapnya kalian sihat2 sahaja cuti2 ini.
Apa yang melucukan ialah adik saya yang bongsu. Adam turut serta berusrah selepas mak meminta untuk adam bersama kami semua. Dia yang baru menjangkau usia setahun lebih, seakan mengerti apa yang dilakukan oleh abang2 dan kakak2nya. Ada juga adam melompat2 dan ketawa kegirangan sewaktu saya sedang memodulkan adik2 yang lain..hehe.Pendek kata memang seronok menjadi seorang kakak kepada adik2 yang ramai. Seronok sgt2, tidak terungkap dengan kata2..hehe...Believe me!
Kami terus berusrah sehingga maghrib dan kemudian isyak bersama. Kemudian masing2 membuat hal sendiri.Maklumlah esok sekolah, jadi ada kerja sekolah yang harus disiapkan. Moga langkah ini, membuahkan bibit2 kesedaran di dalam hati adik2 saya.
Tidak lupa juga untuk saya sentuh mengenai syurga dan neraka, kerana niat di hati ingin membuat mereka begitu teruja dengan syurga lantas cuba membaiki diri dari segenap aspek. Yang kecil biasalah pasti amat menyukai cerita2 sebegini. Akak doakan adik2 peroleh kefahaman suatu hari nanti dan moga kita semua dapat bertemu di syurgaNya kelak bersama mak dan abah.InsyaAllah.Akak sayangkan adik2 semua dan moga adik2 peroleh kecemerlangan di dunia dan jua di akhirat sana..Amiiin.
3 comments:
salam alaik ct.. tahniah2..
lepas satu, satu sahabat kita mula berusrah dgn usrah sendiri..
dakwah kena seimbang.. jangan kesibukan kita membuat kita mengabaikan mereka.. take both my dear.. teruskan dgn istiqamah walau sebentar..
waalaikumussalam cla..
alhamdulillah, adik2 ct tak bnyk kerenah sgt, slalunya dgr ckp ct
dan ini bukan kali pertama ct buat usrah dgn mereka..
insyaAllah, thanks 4 the reminder=)
post ni dah lama published tp sy bru baca..
tahniah kak ct sbb berjaya hasilkan halaqah bersama keluarga..
saya msih menanti saat itu..
x senang..adik2 dah besar, susah nak diajak bila tak mahu. kerana bnyak usaha utk cetuskan mahu dulu...
Semoga istiqamah..
pasal nur tu, she's always like that kan? sometimes that is sweet about her..
Post a Comment