Wednesday, April 22, 2009

saat dan ketika itu



"Arghhh..tension la"


Ungkapan sebegini acap kali saya dengar sewaktu revision week di kampus. Dan pelbagai lagi mood yang kadang kala membuatkan saya geli hati. Tidak kurang juga ada yang mengeluh disebabkan terlampau banyak subjek yang harus diulangkaji. Inilah akibat daripada perbuatan diri sendiri. 


Mengimbau kembali saat-saat di kampus, lebih2 lagi sewaktu minggu ulangkaji, saya tersenyum sendirian. Bayangkanlah, ada yang sanggup berjaga sehingga pagi dek kerana ingin menghabiskan subjek yang bakal mereka hadapi pada keesokan harinya dan tidak kurang juga ada yang langsung tidak sempat untuk cover subjek yang mereka pelajari. Natijahnya, diri sendiri yang tanggung.


Saya tidak menafikan, persiapan di saat-saat akhir merupakan fenomena yang melanda kebanyakan daripada kita. Malah saya juga pernah melakukan sedemikian. Kebiasaannya, saya akan habis mengulangkaji subjek tersebut dan apabila tiba final exam saya hanya perlu mengulangnya. Namun, kadang2 disebabkan masa yang suntuk dan komitmen lain, saya memulakan ulangkaji subjek 2 hari sebelum final exam tetapi subjek tersebut telah saya ulangkaji sebelum ini. Bersyukurlah jika anda seorang yang mudah faham dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. 


Tetapi bagaimana pula dengan yang mengambil masa yang lama untuk menghafal dan memahami sesuatu?Justeru, jika sudah kenal akan diri masing2, maka elakkan menangguh atau membuat persiapan di saat2 akhir.


Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya merasakan ianya cukup manis. Mesej2 dari mak yang memberi kata2 semangat terus membakar semangat untuk belajar di samping membetulkan niat belajar hanya keranaNya walaupun saya akui, saya punya niat2 yang lain selain niat yang satu ini. Hasilnya, saya menjadi lebih bertenaga, bersemangat dan berkobar2 untuk belajar..huhu..


Setiap kali ada paper yang harus saya hadapi, pasti saya akan mesej mak untuk mendoakan sy, walaupun saya tahu mak pasti mendoakan anaknya ini...


"For sure i will pray for u, make sure u perform well"


Mesej dari emak tersayang membuat saya menangis dan terus berkata pada diri sendiri untuk buat yang terbaik.


Ingatlah, kita belajar bukan kerana sesiapa, tetapi kerana Allah, kerana Rasul dan ummatnya. Doalah Allah membantu kita untuk memahami ilmu Allah dan mudah2han Allah sentiasa mengingatkan kita jika kita terlupa.


Namun, usahlah kita menghadap buku 24 jam. Selang selikanlah dengan bacaan Al-Quran, jiwa akan berasa lebih tenang. Berterusan solat hajat supaya segalanya dipermudahkanNya dan bukan hanya melakukannya apabila ingin menghadapi peperiksaan sahaja. Di samping itu, sentiasa dalam keadaan berwuduk jika kita sedang belajar. Malaikat mendoakan kita selagi kita masih ada wuduk. InsyaAllah.Sekiranya mampu, tidur seawal jam 12 atau 11 malam dan bangun pada jam 4 pagi atau 4.30 pagi. Lebih baik jika bertahajjud terlebih dahulu agar ada keberkatan. Kelebihan bangun pd waktu ini tidak perlu lagi untuk saya huraikan.Tidak lupa juga niatkan di hati sebelum belajar bahawa segala ilmu yang kita belajar ini kita ingin mengajar kwn2 kita, jadi kita minta Allah mudahkan kita untuk memahami. Sedikit sebanyak perkongsian tips dari saya yang tidak seberapa ini.


Moga ilmu yang kita pelajar akan kita ingat sampai bila2 dan moga dengan ilmu ini kita mampu membantu umat Islam dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, jangan lupa perluaskan bacaan kita dan bukan hanya restricted pada buku2 pelajaran sahaja. Banyakkan bacaan yang datangnya dari buku2 ilmiah yang mudah didapati.InsyaAllah..waaa pesta buku!!!Umat Islam akan ketinggalan jika aspek pembugaran budaya ilmu diabaikan!Mahukah kita????Muhasabah diri kita selalu.



Semoga tulisan kali ini, memberi manfaat pada sahabat2. Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah..he3.


Walau apa jua keputusannya nanti, bersyukurlah sahabat2. Jika kurang memuaskan jadikannya sebagai ujian kecil dari Allah swt, dan walaupun sudah berusaha, mungkin Dia mahu memberi yang lebih baik dari itu, tetapi pada waktu yang lain. Bezanya cepat atau lambat. Barangkali di akhirat sana. Allah sahaja yang lebih mengetahui. Yang harus kita teruskan usaha, usaha dan terus berusaha.Bersyukurlah, kita tidak diuji dengan ujian yang sangat berat. Layukallifullah hunafsan illawus'aha!



Berdebar juga menanti natijah imtihan. Saya serahkan segalanya pd Yang Khaq kerana saya telah pun berusaha.Apa pun saya masih mengharap dan berharap supaya result  yang bakal keluar 28hb April ini, dapat menggembirakan kedua ibu bapa saya. InsyaAllah.


Akhir kalam, all da best!

No comments: