arangkali ada yang berpegang pada ayat di atas, namun perlu diingat bahawa pergantungan kita sebagai seorang Islam hanyalah pada Allah yang Esa bukannya pada seorang "tok guru"!
Moga Allah menghindarkan diri kita daripada fitnah dunia dan akhirat.
Perkara sebegini yang sangat merisaukan dan dikhuatiri berleluasa sehingga menyumbang kepada penyakit malas yang lebih teruk.
Sikap tidak mudah putus asa yang disulami dengan usaha dan pergantungan pada Allah insyaAllah akan membuahkan hasil, namun apabila usaha tiada ganjaran setimpal mungkin inilah cara terakhir yang difikirkan. Nauzubillah min zalik...
Ini juga merupakan cara halus mereka yang bukan Islam untuk menarik minat orang bukan Islam lantas mereka mula mengatur langkah yang seterusnya untuk menarik org Islam keluar daripada agama mereka.
Sedar atau pun tidak inilah yang berlaku. Akhir zaman ini menuntut iman yang kuat, yang tidak mudah goyah disebabkan hal2 sebegini. Jadi nasihat saya, sama2 kita mantapkan iman dan mendekatkan diri pada Allah kerana hati yang taqarrub ilallah insyaAllah akan mudah menepis sebarang perkara2 negatif yang boleh menyebabkan kita terkeluar dari agama Islam, di samping sentiasa berdoa kepadaNya supaya kita ditetapkan hati di jalan Allah..
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment