Saturday, March 7, 2009

Apa kata hati?

Apa kata hati?


Hati yang sering berbolak-balik...


Hati yang merupakan salah satu organ homeostasis yang memainkan peranannya dalam proses metabolisme dalam badan manusia dan juga haiwan, lagaknya seperti mahu mengajar subjek fisiologi...


Tajuk ini dipilih kerana saya yang sebelum ini dalam dilema dalam membuat keputusan, benarlah sebaik-baik jalan adalah istikharah...
Cuti Maulidur Rasul ini banyak pula program yang mendatang dan tidak kurang juga perkara yang harus saya selesaikan sebelum semester ini melabuhkan tirainya....

Misi dakwah Kampung Rantau


Kampung Pos Sigar


Program fasi


Rehlah


Semuanya program ini tarikhnya adalah sama..Mana mungkin saya dapat menghadirinya.Sabar ye wahai ct...huhu. Apa pun, saya sempat menghadiri kursus praktikal dakwah yang diadakan di Masjid Asy-syakirin di KLCC, walaupun tidak sampai sehari saya menghadirinya,namun alhamdulillah informasi yang diperoleh dalam program masih segar di ingatan.


Terima kasih juga pada adik saya kerana memberikan idea untuk term paper phsiology yang harus saya hantar sebelum final exam...Ni yang sayang lebih..hehe
Bukan susah nak senang..huhu..fikirkan sendiri ye..
Segala permasalah hidup jika diatasi dengan fikiran yang rasional dan tidak terburu-buru insyaAllah segalanya akan menjadi baik. Yang penting segala pertolongan datangnya dari Allah swt...Maka bersyukurlah...


Dunia kini dengan isu politik yang semakin entah apa-apa, Palestin, PPSMI, keruntuhan akhlak, gejala sosial dan pelbagai lagi isu yang menghiasi dada-dada akhbar negara. Benar, akhir zaman inilah yang pelbagai isu yang kadang2 pelik dan tidak terfikir dek akal akan timbul. Moga Allah pelihara diri kita semua daripada fitnah dunia dan akhirat...


Mari pertingkatkan amal, kita hanya punya satu persinggahan, maka kutiplah sebanyak mungkin bekalan. Sejujurnya, saya suka untuk mengingatkan kawan2 di kampus atau adik2 di rumah tentang mati. Saya akui ungkapan perkataan ini punya satu kuasa yang mampu merubah insan ke arah yang lebih baik. Tidak perlu saya huraikan dengan panjang, cukuplah sekadar mengingatkan sesama kita. Biar apa pun yang kita rancangkan demi masa depan, jangan kita lupa untuk sandarkan segala pengharapan pada Yang Esa...



Dan sejak akhir2 ini berkat "sesuatu" yang saya lakukan secara istiqamah, Allah permudahkan segala urusan saya, baik sbagai seorang pelajar universiti mahupun sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah. Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah s.w.t....


Akhir kalam, mari kita beramal dan sama2 jaga hati dari perkara2 yang negatif yang hanya merosakkan diri...Sentiasa bersangka baik ye=)


Wallahu'alam..

No comments: