Alhamdulillah, hujung minggu baru-baru ini begitu terisi dengan masa yang dimanfaatkan bersama adik-adik yang datang dari pelbagai universiti dan juga umur yang tidak jauh jaraknya. Menuju tempat yang sama ya'ni demi penambahan ilmu di dada dan seterusnya cuba menyebarkan kepada rakan-rakan di luar sana. Bermula saat perbincangan mengenai tanggungjawab di muka Bumi Allah sehinggalah kepada pendedahan kepada agenda-agenda Zionis dan juga perancangan di sebalik aktiviti jahat mereka yang mahu melihat umat Islam lemah dan seterusnya melenyapkan Islam daripada muka Bumi ini. Lahaulawa quwwata illabilla.Buat mereka yang sudah biasa dengan KFC dan McD lupakanlah semua ini.Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui. Yahudi membunuh kita perlahan-lahan melalui pelbagai taktik di antaranya melalui perubatan, hiburan, makanan dan sebagainya. Semasa Perang Dunia Kedua ramai yang mati dan kini mereka punya agenda tersendiri. Sedarlah kalian, ingatlah syurga Allah lengkap serba serbi. Apa yang ada di dunia hanyalah sementara dan dugaan buat kita.
Rangkaian laman web Facebook sudah jelas mempunyai banyak keburukan dan kebaikan. Menjadi suatu keburukan apabila banyak berbalas mesej yang tiada ma'na dan bermain permainan-permainan yang ada di dalamnya berjam-jam. Di samping itu ada yang seronok mempamerkan gambar-gambar yang tidak senonoh. Sedarlah kalian di bawah jajahan Yahudi. Gunakanlah peluang dan ruang yang ada untuk menyampaikan mesej-mesej Islam kepada rakan-rakan Islam dan bukan Islam.Selain menjadi medium komunikasi buat pemilik akaun Facebook anda juga dapat menggunkannya dengan bijak jika anda sendiri menggunakan akal kurniaan Ilahi. InsyaAllah.Nasihat saya elakkan click pada iklan yang ada di Facebook kerana ia membawa pulangan wang yang banyak kepada pemiliknya.Suka memetik kata-kata Kak Fadlina, HELWA ABIM Pusat sewaktu berusrah dengannya di SRI ABIM..."Walaupun facebook ni Yahudi punya kita gunakan habis-habisan untuk dakwah, ini tidak merapu-rapu"...Yahudi bijak kerana bukan sahaja berjaya menghancurkan orang dewasa Islam tetapi juga kanak-kanak Islam.Tatkala kanak-kanak Islam sibuk bermain counterstrike, anak-anak Yahudi sibuk mereka bentuk bangunan!!!Terpulang bagaimana kita mendidik khalifah-khalifah kecil kerana mereka yang mencorakkan masa depan Islam.
Risau, bimbang dan takut menyinggah di benak hati tatkala mendengar slot Saudara Noryzal yang kebanyakan apa yang diperkatakannya telah diri ini ketahui. Bertambah kerisauan apabila pulang ke rumah dan melihat siaran televisyen yang entah apa-apa berulang berturut-turut selepas satu rancangan disiarkan. Ya Allah, inikah ujianMu?Mahu sahaja diri ini berhenti belajar dan mendidik adik-adik di rumah. Namun itu bukan keputusan yang bijak. Pulang ke rumah sudah pasti adik-adik yang kecil tidak melepaskan peluang bermanja-manja dengan kakaknya yang ering berjauhan ini. Saya sendiri berasa gembira dan senang bersama mereka di samping memberi kata-kata nasihat kepada mereka. Alhmdulillah mudah sahaja mereka menerima dan mempraktikkannya.Alhamdulillah wa syukrillah.Rindu pada adik-adik menguatkan lagi semangat untuk terus buat yang terbaik demi melihat adik-adik menjadi anak yang soleh yang bisa mendoakan mak dan abah andai mereka pergi mninggalkan kami dahulu.
Kadang-kadang manusia mudah sahaja merungut, mudah sahaja melemparkan perkataan yang tidak baik. Apatah lagi mengumpat yang diibaratkan seperti memakan daging saudara sendiri. Hanya Allahlah yang selayaknya mengampunkan dosa mereka. Kebanyakan seksa kubur itu berpunca daripada perbuatan mengumpat dan tidak menjaga diri daripada air kencing. Dengan taubat dosa pasti akan diampunkan.InsyaAllah.Tulisan ini tercetus atas ilham dariNya, semoga Allah membuka mata kita untuk terus menjadi orang Islam yang bukan hanya pada nama.
Rugilah andai kita tidak tahu menahu mengenai kedatangan dajal yang kini kita sudah pun berada di era dajal. Dajal realiti dan juga bayangan. Umat Islam yang rugi ialah mereka yang tidak mengkaji kedatangan dajal. Saya sarankan anda semua untuk menonton siri dokumentari "The Arrival" di samping terus mempersiapkan diri dengan ilmu dunia dan ukhrawi, kerana Saidina Ali juga berpesan-pesan dengan ilmu yang seharusnya digunakan untuk kepentingan Islam.
Jagalah keluarga, sahabat-sahabat terdekat yang termampu. Yang penting jagalah diri agar jauh daripada maksiat yang bisa menghitamkan hati dan melemahkan jiwa. Allah sentiasa bersama hamba yang sentiasa bermujahadah dan membantu agamanya. Andai teorinya kita sudah mahir mari kita praktikkan. Bukan sekadar rajin ke usrah, ceramah dan kuliah, namun praktikkanlah, insyaAllah, ayuh kita bersama menuju redhaNya!Moga rahmatNya mengiringi dan moga dosa-dosa diri diampunkan.
Allahua'alam
No comments:
Post a Comment