Monday, February 15, 2010

Dia datang, pergi dan datang...

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Alternatif:

  • Banyakkan minum air panas agar lendir akan cair dan keluar. Sedut inhaler lama-lama agar lendir membeku dan terbatuk keluar.
  • Wap air panas dengan krim Vick ke hidung.
  • Duduk di tepi tingkap dan dapatkan udara yang segar dan bersih,
  • Kurangkan bercakap dengan sesiapa. Tenangkan fikiran kerana jika risau, lendir akan semakin banyak.

Elakkan:

  • Jika anda ada memelihara kucing, anjing, arnab dan lain-lain binatang, buanglah atau beri kepada orang lain. Ini kerana anak anda cukup sensitif kepada bulu binatang. Najis kucing amat busuk dan hidung pesakit sensitif kepada sebarang bau. Bau ini akan menyebabkan saluran nafas tersumbat.
  • Galakkan anak anda bersenam / joging secara terkawal tetapi jangan berlebihan. Pastikan baju dan pakaian bersenam yang bersih.
  • Tanda-tanda asma dimulai dengan selesema dan boleh datang bila-bila masa sahaja terutama waktu senja. Pastilah di rumah anda 'standby' dengan ubat selesema seperti Clarinase ( RM 10.00 satu paket) atau lain-lain ubat. Simpan sebotol Vick di rumah ( RM7.00 sebotol).
  • Mandi janganlah lama-lama dan elakkan mandi sesuka kati. Sebaliknya basahkan kaki terlebih dahulu dan lap-lap sahaja di bahagian kepala , muka dan tengkuk. Suhu sejuk di bilik air akan mengundang asma jika terlalu lama berada di dalam air. Mandi dengan air suam lebih baik.
  • Bilik tidur mestilah adap pengudaraan yang baik dan bersih. Pastikan ada tingkap , katil tepi tingkap dan berada dekat tingkap supaya dapat menyedut udara bersih.
  • Habuk, asap, jerebu , bau dan seumpama hendaklah dielakkan . Oleh itu jangan suruh anak anak menyapu sampah dan mengemas buku-buku atau permukaan yang berhabuk

No comments: