Thursday, July 9, 2009

Saat itu akan tiba..InsyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, baru selesai menaip amanat untuk adik-adik di rumah, atau lebih tepat lagi untuk keluarga di rumah.Banyak perkara yang saya luahkan, tinggal lagi untuk print dan beri pada "ketua" (Wais baca tau..huhu) untuk dibaca sewaktu saya telah pun berada di Kuantan..Sahabat-sahabat, doakan saya selamat sampai Kuantan dan mak selamat pulang kembali ke rumah.Sudah semestinya saya akan merindui saat-saat bersama mak, abah dan adik-adik semua.

Pejam celik pejam celik Isnin ini bermulanya semester baru dan saya pula bakal melangkah ke Tahun Kedua Pengajian di Bumi UIA Kuantan. Kerja-kerja menambah subjek telah selesai.Alhamdulillah, dapat juga addsubjek akhirnya.Sekejap benar masa berlalu, ye sudah tentu sekejap. Di akhir zaman ini, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan sehari.Saya rindu nak ke kelas, belajar, program di Kuantan, usrah bersama-sama sahabat, sibuk dengan assignment dan pelbagai lagi yang sebenarnya tengah menunggu diri ini.Bertuah pada sesiapa yang belajar di sini, inginkan majlis ilmu semua ada, ilmu dunia akhirat semua ada di sini dengan persekitaran islamik, kalau masih mengeluh tanya diri kembali, apa yang kita inginkan sebenarnya?Dunia?Akhirat?Atau kedua-duanya?

Esok pagi selepas Subuh bakal bertolak ke Kuantan dari Seremban, sengaja keluar awal supaya mak tidaklah penat sangat nanti pulang lewat kerana keesokan paginya mak dan abah akan
menghantar adik ke Perak pula.Selamat tinggal Nur, mungkin di sana adalah tempat terbaik yang telah diaturkanNya, agar dapat bersama-sama dengan yang lain untuk membawa Islam di tempat yang cabarannya lebih besar daripada Bumi UIA ini.Kuatkan semangat ye Nur, I'll always pray for you my dear.Sedih memang sedih dia tidak bersama-sama di Kuantan, huhu, tapi saya relakan juga akhirnya.Isk nak buat drama pula ye.Teruskan perjuangan di sana untuk adik tercinta.

Blog ini mungkin akan dikemaskini sehingga entri ini sahaja dan aka
n kembali "berasap" apabila naik semester nanti.InsyaAllah.Doakan saya ya.Syukran=)

Rindu mereka.....
Mom is not in the picture, she's in my heart=)

5 comments:

Ilham Nur said...

Selepas subuh, maknanya sampai di Kuantan pukul berapa ye? 11 pagi?

Fatimah bintun Qamar said...

lebih kurang mcm tu, rasa cam tak sempat kul 11, ad muktamar IKATAN kan?imtinan wakil sis, dia sorang je tue

NURILHAM said...

ct...miss me not..muehehe..

Ilham Nur said...

kalau sampai sebelum pukul 1, marilah datang, makan tengah hari, hehe

Fatimah bintun Qamar said...

makan tengahari, wat malu puak je..hu9999, moga semuanya berjalan dengan lancar nnt, insyaAllah...