Sunday, September 28, 2008

Ramadhan kian melabuhkan tirainya=(

Apabila berakhir
malam bulan Ramadhan, menangislah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala
Malaikat, kerana berlalu Ramadhan bermaksud berlalulah kelebihannya.
“Sebab
ianya musibah bagi umatku dan terduduk segala Malaikat bagi musibah”.

Orang
bertanya: “Ya Rasulullah, apa itu musibah?”

Jawab
Rasulullah s.a.w: “Kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul,
segala kebajikan digandakan dan siksa kubur terangkat, maka apakah musibah yang
terlebih besar daripada ini bagi umatku?”


Salam...

Sedar atau tidak Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Apakah perasaan kita??Saya yakin sahabat2 pasti menangisi pemergian Ramadhan...Malam ini merupakan malam yang ke 29.Ermm...Ramadhan kali ini begitu cepat sekali berlalu. Doa ku panjatkan padaNya moga memberkati kami sekeluarga di dunia dan juga di akhirat sana. Semoga Allah swt menerima setiap amal yang dilakukan...Amiiiinnn....Jangan lupa banyakkan zikir, istighfar dan hidupkan malam 10 terakhir dengan qiamullail...satu family sekalii...wahhh..seronok tue..Bukan senang satu family dapat buat qiam bersama2..Syukur padaNya kerana saya masih punya peluang merasainya...Ada seorang kakak yang bercerita bahawa semasa dia sedang membaca Al-Quran pada malam2 yg terakhir pada bulan Ramadhan yang lepas, dia tiba2 terbau suatu bau yang sungguh wangi di pergelangan tangannya..Mungkinkah malam itu malam lailatul qadar..malam yang penuh barakah ini adalah untuk umat Nabi Muhammad..Siapakah kita untuk mengatakan kita tidak layak untuk mendapat malam lailatul qadar???Sedangkan Allah sudah memberi kita peluang...bergantung pada usaha masing2.


Sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Masihkah kita semua punya peluang menemui Ramadhan yang seterusnya?Ah..acap kali kita didedahkan dgn berita2 kematian sahabat terdekat kita namun perasaan insaf hanya sebentar cuma.
Apa pun tepuk dada tanya iman kita sendiri sama ada kita gembira dengan Syawal yg bakal tiba ataupun kita sedih kerana Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita...

No comments: