Salamualaik..
Baru sahaja balik dari bilik ustaz untuk bertanya kepadanya tentang kekosongan kelas tilawah al-quran. Sebaik sahaja saya dapat tahu daripada kawan bahawa ustaz akan membuka satu lagi kelas untuk tilwah saya terus bersiap2 untuk berjumpa dengan ustaz usai solat zohor.Malangnya, ustaz tiada di biliknya. Erm, esok sahajalah kami ke bilik ustaz.
Petang ini Biochemistry Lab dibatalkan. Sudah 2 minggu kelas ini tidak berjalan. Saya yang agak excited untuk belajar subjek ini tertunggu2 dan tertanya2 bilakah kelas ini akan bermula..huhu..Hampir sebulan di sini terasa seperti hadir hanya ke 2-3 kelas sahaja..walaupun subjek yg diambil lebih dari itu...Kelas Epidemiology sangat menyeronokkan memandangkan pensyarah yang begitu bijak menarik minat pelajar2nya terhadap subjek tersebut. Tambahan pula lecturer tersebut memang seorang yang happy go lucky dan boleh dianggap seperti kakak..But she used to tell us.."Please don't call me kakak"..huhuh...Kelas komputer pula membuatkan kami selalu sahaja ketawa..Astargfirullahalazim..tak sah tak ketawa...kepada sesiapa yang kenal dengan lecturer tersebut faham2 sahajalah ye=)
Setakat ini kelas sangat menyeronokkan. Bezanya satu kelas pelajar mencecah 100 lebih..Zaman matrik sudah berlalu, jadi nak tak nak kenalah biasakan diri. Masuk sahaja kelas Biochem sudah diberi tugasan untuk mereka sebuah model berdasarkan topik2 yang kami pelajari. Akhirnya kami bercadang untuk mereka struktur Tyrosine dan Glutamine untuk exhibition yang akan datang yang saya sendiri tidak tahu bila..Yang pasti sebelum final exam dan selepas mid term. Masih lagi memikirkan bahan yang bakal kami gunakan untuk membuat model tersebut. Moga dipermudahkan segalanya..Jujurnya saya bukanlah orang yang kreatif..he3
Sekadar perkongsian cerita bersama sahabt2 dan famili saya yang membaca entri ini=)
No comments:
Post a Comment