Friday, May 30, 2008

30.5.2008

30 haribulan mei 2008. Macam-macam yang terjadi hari ini. Kerenah adik-adik yang pelbagai kadang-kadang membuatkan saya geli hati. Sengaja saya ingin menaip kerana jari ini seperti ingin menaip mengenai kisah hari 'bersejarah" ini. Semua ada di rumah kecuali abang saya yang sulung. Tapi yang pasti hari2 yang mendatang pasti akan ceria.insyaAllah dengan kerenah adik bongsu yang sudah pandai membuat pelbagai aksi yang melucukan kami sekeluarga..Bertuah betul adik yang sorang nie....
Tidak banyak ingin dikongsikan cuma hargailah setiap saat bersama keluarga kita..kerana saat-saat bersama keluarga salah satu perkara yang disukai Rasulullah s.a.w..Bayangkan jika Allah mengambil nyawa mereka dalam sekelip mata..Nauzubillah min zalik, tetapi kematian itu pasti. Dari itu, sama-samalah kita muhasabah diri dan berapa banyak amalan yang telah dilakukan..adakah kita lebih cenderung ke arah duniawi berbanding ukhrawi..tepuk dada tanyalah iman kita..Saat saya sedang menaip entri ini, emak sedang dalam perjalanan mengambil adik di uia pj. Maklumlah selepas ini dia semakin sibuk dengan minggu taaruf untuk pelajar2 baru. Terasa ingin berkongsi mengenai perwatakan adik2 saya..huhu..insyaAllah di entri yang akan datang.Pada abah yang tidak jemu menatap blog ini..hehe...dan emak yang sentiasa menyokong anakmu ini terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Moga kalian bahagia dunia akhirat.Ameen...
Akhir kalam terima kasih kerana membaca=)

Saturday, May 17, 2008

Dunia oh dunia...

Dunia semakin tua, manusia sering bersengketa, kebesaran Allah semakin dilupakan, keegoaan jadi pegangan insan. Dunia pada hari ini memperlihatkan pelbagai tragedi yang bisa menitiskan air mata dan tidak kurang juga yang bisa membuat kita senyum dan ketawa...



Taufan Nargis, 60 tahun Nakbah, jenayah yang semacam sudah menjadi satu trend dunia kini dan pelbagai lagi gejala-gejala kurang sihat yang menjadi racun dalam masyarakat. Apakah ini semua merupakan suatu petanda bahawa dunia kian menghampiri penghujungnya..?Ya sudah tentu..hanya mereka yang tahu berfikir yang mengambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku...yang paling diperkatakan dan menjadi tumpuan sekarang adalah taufan Nargis yang melanda Myanmar dan tidak kurang juga tunjuk perasaan rakyat Palestin sempena 60 tahun Nakbah...




Kekejaman Israel jelas terserlah, agak berbuih mulut bila berbicara mengenai Israel yang kekejamannya tiada kesudahannya. Rakyat Palestin yang diusir dari negara sendiri dan menetap di kem-kem pelarian di negara sendiri!!!Ah, kasihan, simpati, sedih dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur bau. Syukurlah kita yang hidup di negara yang aman ini.



Mungkin suatu hari nanti kita akn berada di tempat mereka. Fikir-fikirkanlah. Jangan mudah menerima segala-galanya, be prepared. Moga Allah memberi petunjuk kepada mereka dan mengurniakan rakyat Palestin hati yang tabah dan sabar dalam berjuang menegakkan keadilan.
Berbalik pada taufan Nargis yang meragut ratusan ribu nyawa. Jika satu kaum yang berbuat dosa semua kaum akan menerima akibatnya. Janganlah kita biarkan sahabat2 kita yang lain terus berada dalam kekufuran..bukankah itu tanggungjawab kita???Erm...bimbang sungguh saya..



Jelik, muak dan bosan dengan sikap sesetengah pemimpn negara yang kononnya ingin mempertahankan Islam. Entah bila akan berkesudahan. Memimpin bukanlah suatu tugas yang mudah kerana jika tersilap langkah ia bakal membawa akibat yang buruk pada diri kita di akhirat kelak. Agak gerun bunyinya. Inilah yang membimbangkan saya kerana bimbang amanah yang diberi tidak dilaksanakan sebaik mungkin. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang dhaif dan hina ini. Pangkat, harta dan nama mengatasi segala-galanya. Suara rakyat tidak lagi didengari. Sama-sama kita berdoa moga Allah membantu pemimpin yang benar-benar ingin membawa kita pada ajaran Islam yang sebenar yakni memimpin negara ini berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.



Adakah kita hanya ingin menunggu sehingga saat sangkakala ditiup lalu kita dibangkitkan dan dikumpulkan di Padang Masyar untuk dihisab???Di akhirat kelak merupakan suatu hari perhitungan yang sungguh adil..tiada lagi pembohongan seperti di dunia.Saat Rasulullah SAW tersenyum melihat hamba yang membantah Rabb apabila dihisab, saat itulah hamba tidak sedar dan lalai bahawa semua anggota tubuhnya akan berkata-kata, anggota yang menjadi saksi setiap perbuatan semasa hayatnya di dunia. Saat itulah tubuh berbicara dan mulut dikunci.Ajal maut di tangan Tuhan..Nasihat untuk diri dan sahabat2 supaya sentiasa muhasabah diri dan cukupkah amalan kita untuk bekalan di sana?Bila2 masa kita akan didatangi malaikat Izrail..saat itu tiada lagi gunanya taubat..


Terlampau banyak yang ingin dicoretkan, tetapi tidak mampu untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Biarlah segala yang terbuku hanya antara saya dan yang Khaq.Janganlah kita melihat pada siapa yang berkata tepi lihatlah pada apa yang diperkatakannya.
Amaran Allah begitu banyak sekali..sedih melihat ramai insan yang masih lagi buta..Ya Allah kau berilah mereka petunjuk ke jalanMu..tak terjangkau dek akal memikirkan kehidupan di akhirat yang kekal abadi...Selalu diri ini memikrkan kehidupan di syurga yang kekal abadi..kekal!!!Namun mampukah saya menempati syurga Allah, menagih secebis keampunan dari Tuhan Yang Maha Esa. Syukur pada Ilahi Rabbi kerana saya mampu merasai pahit manis berjuang..boleh dikatakan perjaungan yang baru sedikit..jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Zainab Al-Ghazali, Fatimah Az-Zahra dan serikandi2 islam yang begitu terkenal dan sering diperkatakan oleh sejarah Islam. Ya, perjuangan merekalah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang walau sepayah mana pun.



Kesabaran yang dipupuk dalam diri menjadikan segakerja yang dilakukan mudah dan berjalan lancar ditambah dengan niat yang ikhlas keranaNya.Alhamdulillah...Biarlah kita kurang tidur, kurang makan dan kurang rehat tetapi jangan biarkan diri kita kurang melakukan kerja-kerja Islam...


Erm..sebulan lagi saya bakal menjejakkan kaki ke UIA Kuantan untuk meneruskan perjuangan di sana..InsyaAllah jika umur masih panjang. Tiada lain yang diharapkan hanyalah restu Ilahi dan juga restu ibu bapa dalam meneruskan perjuangan di sana bersama sahabat2 seperjuangan ng lain...Mengharapkan moga abah dan emak memahami anaknya yang memilih jalan ini...Semoga impian memasuki syurga bersama-sama keluarga dan sahabat2 di pintu yang sama tercapai...InsyaAllah...nampak terlalu besar impian ini..tidak mengapa..jalan menuju JannahNya bukanlah jalan yang mudah...


Pada sahabat2 janganlah kalian leka dan tersekat di tengah jalan...sentiasalah berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Saat mereka berkata bahawa perjuangan itu pahit ketahuilah bahawa syurga itu manis..


Ingatlah pabila kita diasak dengan assignment yang bakal menimbun janganlah kita melupakan saudara seislam kita yang lain...hidup ini bukan sekadar di kampus dan mencapai cita2 dunia malah lebih luas yakni jalan menuju syurga Allah..ingatlah janji kita semasa masih lagi di dalam rahim ibu...


Sama-sama kita seiring sejalan menegakkan agama Allah...InsyaAllah berkat doa sahabat2 semua dan pertolongan dariNya pasti kita dapat menempuh setiap dugaan yang mendatang dengan tabah...Niatkan setiap perbuatan kerana Allah...Nasihatilah diri ini jika leka...Maafkan segala tingkah laku yang antum kurang senang...
Wallahualam...

Wednesday, May 14, 2008

Renungan bersama...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 'Kakak ni sakit,' kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

'Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,' kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, 'Kenapa kakak menangis?' 'Mazlan.. kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.'

'Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?' tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, 'Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,' katanya tersedu-sedan.'Habis yang kakak pergi haji ini?''Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.''Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?' tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, 'Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.'Betul ke kak?' tanya saya, terkejut.
'Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.'

'Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.' tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, 'Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. ' sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. 'Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. 'Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.'

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. 'Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.'
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
'Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,' katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
'Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke...' tegur saya.
'Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.' menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
'Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat.'
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, 'Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.'

'Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah...'
'Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.'

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa 'Oh.... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...' itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGANWAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....'
ihsan:nuruddin

Wednesday, May 7, 2008

"Penggeledahan" buku

Minggu lepas saya berkesempatan "menggeledah" buku-buku arwah atuk di kampung. Sebelum ini, saya tidak pula rasa ingin menyelongkar...huhu..Sememangnya arwah atuk sangat suka membaca dan arwah banyak buat catatan di mana kebanyakan daripada catatannya ditulis dalam jawi. Agak sukar bagi saya untuk memahami apa yang ditulis kerana tulisan jawinya sangat "advance", maksud saya cara ianya ditulis..huhu
Arwah atuk belah mak merupakan seorang cikgu dan juga pernah menjadi pengetua. Saya masih teringat arwah suka membelikan cucu-cucunya coklat semasa kami belajar di sekolah rendah. Arwah juga merupakan seorang yang pelawak, patutlah mak saya suka membuat lawak sama macam saya..hehe...erm, macam dah jadi cerita mengenai arwah atuk, mari kita berbalik pada cerita buku yang saya geledah....
Erm, saya agak tertarik dengan koleksi-koleksi buku arwah atuk.Buku-buku yang terdapat di rak kebanyakannya buku-buku tentang gerakan dan bahasa melayu...sebab arwah merupakan guru bahasa melayu...setahu saya la..saya tidak menyangka arwah ada membaca buku tentang gerakan..alhamdulillah..
Saya meminta izin dari wan untuk mengambil beberapa buku arwah atuk dan wan tidak kisah jika saya mengambilnya..apalagi peluang keemasan jangan dilepaskan..ada empat buku yang saya ambil dari rak atuk...Pra-syrat kejayaan gerakan islam karangan Sayyid 'Abul A'la Maududiyy (dah khatam..alhamdulillah), Panggilan jihad di Bumi Palestin..sekarang saya sedang membaca buku ini, Benarkah Bible Kalimah ALLAH?..karangan ulamak terkenal, Ahmad Hoosen Deedat, buku ini sudah pun saya baca sedikit dan buku yang terakhir Madah Bestari Cinta Negara...buku ini mengandungi koleksi mutiara kata daripada tokoh-tokoh pelbagai bidang ilmu pengetahuan dari serata dunia. Ingin sahaja saya membawa rak tersebut balik..huhu, tapi saya memujuk hati untuk mengambil sedikit sahaja dahulu buat masa ini..lagipun ada sahaja buku yang saya beli tidak habis dibaca lagi.
InsyaAllah penggeledahan buku buat kali kedua akan dilakukan apabila saya balik ke kampung pada minggu akan datang=)

Monday, May 5, 2008

The reborn of islam

In the name of Allah The Most Beneficent and The Most Merciful, may He shower His blessings on us, glad to inform you that this is my first article written in English, it's not really an article but there's something that i really want to share with. It's about the reborn of islam...Please don't misunderstand with this topic. Reborn of islam that i'm going to share is about the conversion of non-Muslims to the unvanished religion which is Islam...well, i'm quite ackward to write in English about this topic, but it's the beginning for me to test myself..hopefully this trial can benefit me in the future...insyaAllah...
Let us put ourselves in the shoe of the non-Muslims. Do we really a true Muslims if i said that we are born as a Muslim?Worldly matters seems to be priority and maksiat is everywhere, and sometimes we can't even know which one is Muslims..naudzubillah...may Allah give His guidance to them.
I'm quite touched with those stories about the reversion to Islam. It's not that easy for them to convert and they need support from the Muslims itself. Islam is all-embracing religion, and every child was born as a Muslim and it's all depends on their parents whether to make them as an Islam, Christian or Majusi (forgot this word in English). Yes, iman (faith) cannot be inherited. In order for the new Muslims to fulfill the duties of Islam at the beginning, they have to face lots of challenges and somehow they get the strength from their Muslim's friends and also his cofidence with this noble religion. They find the certainty in Islam and they feel very satisfied after the conversion.
The stories of the conversion to Islam really give me a great sense of happiness and may Allah guide them to the right path. The path of Allah and His messenger. Most of the new Muslims brothers and sisters find out that the Bible is not the words of God anymore. They are quite shock when there are lots of contradictions which make them think twice about their religion. When they used to be a Christians, they don't really fully practiced it. Started from that, they trid to find the truth of Islam..Islam becomes the famous topic to be discussed in todays world..
It is hope that we as a Muslims make the religion as our lifestyle...as our deen..erm, i used to write about Sheikh Ahmad Deedat, the famous scholar among the non-Muslims, thank to him for helping those new Muslims. When it comes to speak out their shahadah, it sometimes quite harder because syaitan plays his role at this time. Confidence to Allah really help them to make their wish come true. The continous support from the Muslims especially, really touched their heart and give them strength to live as a Muslims...they are welcomed back to their religion, each and everyone of us are born as Muslims...born with fitrah..
In this world full og challenges we should always have the effort to increase our faith...to be closed with Allah and not to think much about the worldly matters. Akhirat is the destination...may Allah forgive us and lead us in our way to His Jannah...InsyaAllah..
Lots of thing to be written, but it's enough for this time..perhaps it is write in English, so I can't write more..huhu..next time insyaAllah..salamualaik..