Wednesday, July 16, 2008

First lecture

Salamualaik..
Baru sahaja balik dari bilik ustaz untuk bertanya kepadanya tentang kekosongan kelas tilawah al-quran. Sebaik sahaja saya dapat tahu daripada kawan bahawa ustaz akan membuka satu lagi kelas untuk tilwah saya terus bersiap2 untuk berjumpa dengan ustaz usai solat zohor.Malangnya, ustaz tiada di biliknya. Erm, esok sahajalah kami ke bilik ustaz.
Petang ini Biochemistry Lab dibatalkan. Sudah 2 minggu kelas ini tidak berjalan. Saya yang agak excited untuk belajar subjek ini tertunggu2 dan tertanya2 bilakah kelas ini akan bermula..huhu..Hampir sebulan di sini terasa seperti hadir hanya ke 2-3 kelas sahaja..walaupun subjek yg diambil lebih dari itu...Kelas Epidemiology sangat menyeronokkan memandangkan pensyarah yang begitu bijak menarik minat pelajar2nya terhadap subjek tersebut. Tambahan pula lecturer tersebut memang seorang yang happy go lucky dan boleh dianggap seperti kakak..But she used to tell us.."Please don't call me kakak"..huhuh...Kelas komputer pula membuatkan kami selalu sahaja ketawa..Astargfirullahalazim..tak sah tak ketawa...kepada sesiapa yang kenal dengan lecturer tersebut faham2 sahajalah ye=)
Setakat ini kelas sangat menyeronokkan. Bezanya satu kelas pelajar mencecah 100 lebih..Zaman matrik sudah berlalu, jadi nak tak nak kenalah biasakan diri. Masuk sahaja kelas Biochem sudah diberi tugasan untuk mereka sebuah model berdasarkan topik2 yang kami pelajari. Akhirnya kami bercadang untuk mereka struktur Tyrosine dan Glutamine untuk exhibition yang akan datang yang saya sendiri tidak tahu bila..Yang pasti sebelum final exam dan selepas mid term. Masih lagi memikirkan bahan yang bakal kami gunakan untuk membuat model tersebut. Moga dipermudahkan segalanya..Jujurnya saya bukanlah orang yang kreatif..he3
Sekadar perkongsian cerita bersama sahabt2 dan famili saya yang membaca entri ini=)

Monday, July 7, 2008

Campus life

Assalamulaikum...
Erm, kekeringan idea untuk menulis. Barangkali ini cuma alasan. Selama seminggu lebih di Bumi UIA Kuantan ini saya sudah dapet membiasakan diri di sini walaupun agak kekok sedikit kerana masih lagi tidak "master" selok belok di Kuliyyah of Medicine di mana di sini merupakan central bagi UIA Kuantan..
Agak terkejut dengan bermacam2 berita yg di luar dugaan sy muncul di dada akhbar..mengucap panjang saya...apa sudah jd dengan dunia hari ini..Astargfirullahalazim..daripada buang anak, tuduhan liwat dan bermacam2 lagi kes yang menghiasi akhbar2 di dalam negara..tergamam saya dibuatnya..bagi pelajar2 yg kurang terdedah dgn suasana luar barangkali masih berasa selesa dengan keadaan di kampus. Masakan tidak, masih lagi boleh melihat biah solehah di dalam kampus dan segalanya2 masih lagi terkawal di bumi UIA Kuantan ini..Alhamdulillah, tatkala jam menunjukkan pukul 11 malam, keadaan di cafe2 sudah mulai lengang, tiada kelihatan pelajar2 melepak di tepi2 jalan atau di cafe seprti di matrik. Jika ada pun hanyalah sesama jantina dan kebanyakannya lelaki. Jarang saya lihat perempuan duduk melepak di cafe2...
Apa yand dapat saya katakan kehidupan di sini memang selesa. Alhamdulillah, cuma biasalah sudah beberapa hari berjalan ke kuliyyah..sakit kaki..he3...naik bus tapi semuanya full, saya terus mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Mengapa perlu kita mengeluh dengan nikmat Allah. Bayangkan mereka yang tidak berkaki, payah bukan..jadi bersyukurlah seadanya.
Di sini saya banyak belajar berdikari dan bukanlah beerti sebelum ini saya tidak tahu berdikari, tetapi boleh dikatakan kehidupan di sini mengajar sy untuk lebih berdikari. Selalu saya menangis disebabkan kerinduan yang tertahan lagi dengan mak, abah dan adik2 di rumah..gambar2 mereka yang ada di dalam notebook menjadi pengubat kerinduan..diskusi dengan senior betul2 membuka mata sy...
Walau apa pun, kehidupan sebagai seorang pelajar islam itu perlulah berdisplin kerana tiada jalan pintas untuk berjaya bukan. Jangan kita abaikan tanggungjawab sebagai seorang islam dek kerana sibuk mengejar pointer dan mengejar jawatan. Perbualan dengan seorang senior yang mengambil bidang yang sama dengan saya begitu menyeronokkan. Senior ini berasal dari Kenya dan dia memakai niqab dan hanya menampakkan matanya sahaja. Kawan2 mengusik saya kerana bermacam2 soalan yang saya lemparkan pada kakak tersebut yang bernama Shahida. Dan saya sendiri seronok melihat kami semua seperti sudah lama kenal dan ukhwah islamiyyah itu sungguh indah. Banyak nasihat yang saya peroleh darinya.
Sesungguhnya banyak yang ingin dikongsi tetapi berasa tidak selesa di computer lab di library ini..tiada privacy.he3...insyaAllah i will come out with new articles and share lots of stories from kuantan, wait for them k...pray for our success. Ingat sahabat2...betulkan niat dalam menuntut ilmu...
Wallahualam..
Monday
4.46 pm