Friday, June 13, 2008

Susahkah memberi pendidikan percuma?

Susahkah??
Persoalan ini acap kali bermain di fikiran.Susahkah negara kita memberi pendidikan percuma pada rakyatnya?Entahlah...hanya kerajaan yang mampu memberikan jawapan kepada persoalan ramai ini...Di manakah wang kerajaan yang berbilion2 ringgit itu disalurkan??
Barangkali wang tersebut digunakan untuk projek2 mega yang tidak menguntungkan rakyat..projek besar sana sini, sibuk membina bangunan pencakar langit sehingga menganggu keseimbangan ekosistem. Apa guna bangunan yang tinggi melangit tetapi rakyat menderita..rakyat yang dahagakan ilmu, yang dahagakan pendidikan. Sememangnya ilmu itu boleh dicari, tetapi terkadang ianya terasa begitu sulit bagi sesetengah pihak.
Pelik dengan kerenah kerajaan yang pada hemat saya tidak terlalu memikirkan tentang kebajikan rakyat..mungkin dalam sesetengah hal,bukan ingin menuding jari, tetapi fikirkanlah nasib sesetengah rakyat yang sememangnya menderita dengan sikap sesetengah pemimpin yang kadang2 berjanji kosong tanpa ada sebarang tindakan susulan!
Anak-anak orang miskin yang punya cita2 ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hanyalah tinggal kenangan.Mengapa perkara ini terjadi??Pendidikan percuma wajar diberi pada rakyat.Dengan adanya pendidikan percuma rakyat dapat bersaing dengan sihat dan dengan adanya pendidikan percuma rakyat tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan ilmu yang mencakupi pelbagai bidang.
Mengapa tidak Malaysia mengikut jejak langkah negara Jerman yang memberikan pendidikan percuma pada rakyatnya?Bertuah rakyat Jerman. Ini tidak termasuk kos sara hidup dan peralatan2 untuk belajar.Entah bila pendidkan percuma ini akan dilaksanakan...
PAS pula berjanji ingin memberikan pendidikan percuma pada rakyat sekiranya PAS memerintah negara kelak, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berjanji sedemikian, manakala Timbalan Perdana Menteri pula mengatakan telah pun sedia ada..hmm..Harapan menggunung...mudah-mudahan janji ini akan dikotakan kerana kasihan dengan nasib sesetengah orang yang inginkan ilmu dan menlanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Pendidikan percuma wajar diberi dari peringkat terendah hinggalah ke peringkat tertinggi, tak lupa juga hingga ke ijazah lanjutan.
Menyingkap kembali zaman pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad di mana pendidkan percuma diberi pada rakyatnya. Sehinggakan kota Baghdad ini menjadi tumpuan penuntut2 ilmu di seluruh dunia dan menjadi pusat ilmu yang terkenal...Tidak kurang juga semasa pemerintahan islam di Andalus, di mana pendidikan percuma diberikan..Alangkah baiknya jika Malaysia yang kononnya sebuah negara islam ini meneruskan pendekatan ini. Dan saya yakin Malaysia dapat menjadi seperti kota Baghdad dan Andalus jika pendidikan percuma diberi pada rakyatnya..
Bersama-samalah kita menjadi rakyat yang berilmu dan seterusnya melahirkan generasi berilmu..Bukankah ilmu itu tangga kejayaan???=)Moga ilmu yang kita pelajari bermanfaat buat ummat sejagat..insyaAllah...

No comments: