Monday, June 1, 2009

Rindu?

Sahabat, saat kita bersama-sama meluah isi hati, saat kita bersama di dalam suka dan duka, saat kau di sisi menjadi pendengar setia dan saat nasihat-nasihatmu meniti di bibir buat insan yang satu ini, ketauilah diri ini sangat menghargaimu. Doa buat kalian sentiasa ada usai sahaja solat fardhu.Sikapmu yang kadang-kadang kebudak-budakkan mencuit hati ini  dan sebenarnya ku tahu hatimu sungguh tabah menghadapi setiap dugaan yang kerap kali melanda hidupmu. Allah sayangkan dirimu.

Terkenang zaman semasa menuntut di pusat asasi UIA PJ.Di situ bermula segalanya, di situlah tempat saya mengenal erti perjuangan.Sahabat2 seperjuangan semua, saya doakan kalian semua berjaya dunia akhirat dan terus berada di jalan dakwah yang menuntut kita untuk sentiasa bersabar dengan segala macam mehnah dan tribulasi, lebih-lebih lagi di akhir zaman yang kian mencabar ini.


Banyakkan berdoa agar kita semua ditetapkan di jalan dakwah ini dan moga Allah memberkati perjuangan yang sedikit ini.Entri ini sekadar ingin mengubat rindu pada semua sahabat2 yang selalu bertemu dan jarang bertemu=).Buat sahabat yang jauh terutamanya di Kuantan, Kak Ira dan Imtinan, andai kalian membaca entri ini ketahuilah ct rindu pada kalian sangat2.Kita jumpa di Kuantan nanti, InsyaAllah.Buat imtinan, moga diberi kekuatan untuk mendidik adik2 dan kak ira semoga menjadi penjual nasi lemak berjaya..he3. 


Martabat ukhwah yang paling tinggi adalah kita melebih-lebihkan sahabat, sampaikah diri pada tahap itu?


Buat sahabat-sahabat yang tidak disebut namanya, entri ini khas buat kalian semua.Doakan sahabatmu ini berjaya dunia akhirat dan menjadi hamba yang taat akan perintahNya.Doa kalian sangat diri ini hargai.

 

Thursday, May 21, 2009

Menarik dan Tertarik

Cantik, menarik, tertarik, kau memang Da Bomb, huhu, ditujukan khas buat buku Dr.Danial, kulitnya sememangnya menarik perhatian si pembeli, isi-isi yang disajikan sangat menarik dan dan membuatkan saya begitu excited untuk menghabiskannya.Saya yang sememangnya minat buku-buku sebegini selain daripada buku-buku keagamaan, berasa teruja apabila dapat mengaitkan isi kandungan buku ini dengan apa yang telah dipelajari sepanjang bergelar pelajar tahun pertama Sains Bioperubatan.Seakan tidak percaya bahawa saya bakal melangkah ke semester pertama, tahun kedua pada 14 Julai 2009 ini.InsyaAllah.

Lebih gembira apabila masih mengingati proses-proses fisiologi di dalam badan dan istilah-istilah penting.Adik-adik juga kelihatan sangat fokus saat saya menerangkannya.Alhamdulillah 'ala kulli hal.Benar sahabat, tatkala kita memulakan proses pembelajaran dengan niat keranaNya dan niat untuk membantu sahabat-sahabat, insyaAllah ilmu itu kekal.Buat sahabat-sahabat, buku ini sangat berguna dan banyak yang sahabat2 dapat ketahui dengan pembacaan buku perubatan islam dan sains moden ini.Beliau yang juga merupakan merupakan aktivis dakwah yang sangat aktif ini merupakan lulusan universiti Timur Tengahyang mengaitkan bukti-bukti saintifik dengan amalan kesihatan Rasulullah s.a.w.Beliau juga mengambil pendapat-pendapat tokoh-tokoh Islam dan Barat dan diselitkan di dalam penulisannya.

Erm, beberapa hari yang lepas ada membaca blog seorang pimpinan Jemaah Kampus yang menasihatkan kita supaya membaca buku-buku yang serius pada waktu cuti ini.Huhu, melihatkan tajuk-tajuk buku di blognya sahaja saya sudah berasa tidak minat kerana buku-bukunya banyak juga yang berkisar tentang falsafah namun sangat berkait dengan Islam itu sendiri.InsyaAllah, selepas ini saya akan cuba membeli buku-buku yang lebih serius untuk dijadikan bahan bacaan dan melatih otak ini untuk berfikir dengan lebih kritis..huhu, harapnya bukan sekadar di mulut ya cik ct.

Teringat pula semasa di kampus, saya membaca buku rujukan anatomy dan phisiology seperti membaca buku cerita.Alhamdulillah, Allah campakkan rasa minat terhadap subjek-subjek yang saya ambil pada semester-semester lepas.Berbicara soal buku ini, masih lagi teringat pada buku "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam", tetapi pada waktu itu ongkosnya tidak mencukupi...huhu..hanya sempat dibelek-belek sahaja.Sampai masanya akan saya miliki buku tersebut, insyaAllah.

Marilah  sama-sama kita membugar budaya ilmu dan moga ilmu yang kita pelajari akan kekal hingga ke akhirnya..InsyaAllah, yang penting niat=)

Tuesday, May 12, 2009

Emak wa Sahabat

Sebelum bertolak

CT: “Mak, ct nak ke UIA Gombak kul 3.30 ptg nie, ada perjumpaan batch malam nanti.”

Mak: “Ok, siap2, mak hantar sekali lepas jemput

 adik2”.

Di Terminal

Mak: “Tira dah sampai ke belum?Jangan tunggu kat tempat sebarangan, bahaya”.

CT: “Dah2…insyaAllah, mak jangan risau”.

Malam semalam, 11 Mei 2009 ada perjumpaan batch, selepas pengisian oleh sahabat2 dan diri saya sendiri, kami berbincang mengenai rehlah yang bakal kami adakan 13 Jun 2009 ini. Alhamdulillah selepas perjumpaan, kami sesama muslimat berbincang banyak perkara, melawat sahabat dan juga melepas rindu.Masakan tidak, ada di antaranya yang tidak saya ketemu sejak menjejakkan kaki ke UIA Kuantan. Rindu sangat2 dengan kalian.Terima kasih kepada aida dan syira yang sudi meluangkan masa untuk hadir walaupun lusanya ada peperiksaan pertengahan semester.English je kan..hehe.InsyaAllah you can do it!

Keesokan harinya, kami bersarapan bersama2 di kafeteria UIA dan seterusnya berjalan2 di bazar yang terdapat di dalam UIA.Di Kuantan, tiada bazaar sebegini, yang ada hanya booth kecil-kecilan yang kadang2 dibuka di Kuliah Sains dan Kuliah Perubatan, itupun sekiranya terdapat function tertentu.Nampak buku best, Sirah Nabawiyyah, tetapi duit tidak mencukupi saat itu.Tawaran sahabat untuk meminjamkan duit saya tolak.Lebih suka jika membelinya dengan duit sendiri.Nanti beli dengan abahlah, fikir saya sendirian. Selepas bergambar bersama2, sedikit nasihat, bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal saya bersama 3 orang lagi sahabat pulang ke destinasi masing2.

Moga ukhwah kita masih lagi seperti dahulu.Teruja diri dengan kata2 imam Al-Ghazali bahawa ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tetapi pada teringatnya seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.Benar!Kepada sahabat2 yang tidak dapat hadir pada malam tersebut moga kita dapat ketemu di masa akan datang, InsyaAllah dan semoga program batch kita akan terlaksana dengan jayanya berkat usaha kalian. InsyaAllah. Terima kasih juga di atas peringatan yang kalian berikan.Manis terasa andai kita bertemu dan berpisah keranaNya.Semoga kalian ditetapkan di jalan dakwah  yang penuh onak dan duri ini. InsyaAllah. Banyakkan doa.Ketahuilah sahabat, hanya sedikit yang ditempuh berbanding orang2 yang terdahulu. Sedikit sekali sahabat.Usahlah kita menjadi orang yang suka melaungkan kalimah perjuangan, namun tidak dilaksanakan.Hanya bermain di bibir semata-mata.Nauzubillah min zalik.

Sampai sahaja di rumah, tidak lama selepas itu emak pulang daripada sekolah bersama2 adik2 yang lain.Saya agak risau dengan kesihatan emak.Tadi ku lihat emak baru sahaja lepas muntah2, dia mengadu pening2 kepala.Ya, darahnya naik!Saya pasti emak pening2, lemah dan berasa loya apabila melihat raut wajahnya.Pelik juga, darah emak kejap naik kejap turun, sentiasa turun naik.Emak ada membeli wrist blood pressure meter.Sejak itu,kami adik beradik kerap benar menggunakan alat tersebut untuk mengetahui  kadar tekanan darah kami.huhu...Teruja barangkali.Alat tersebut memudahkan emak untuk memantau tekanan darahnya di samping berjumpa dengan doktor.

Emak meminta saya untuk mengurut di bahagian belakang. Semakin diurut semakin banyak pula muntah yang keluar. Saat ini, entah kenapa air mata ini mengada-ngada ingin keluar.Ingin ditahan tidak dapat pula.Sememangnya sedih melihat emak begini.Siapa yang tidak sedih sekiranya melihat emak sendiri begini bukan???Setia

p pagi emak akan meminum air kisaran buah belimbing dan epal hijau dan dia tidak lupa untuk mengambil ubat darah tingginya yang disarankan oleh doktornya yang telah berkhidmat pada keluarga kami sejak emak melahirkan anak yang sulung hinggalah anaknya yang kesebelas.Dia mewarisi penyakit ini daripada arwah atuk dan saya pula mewarisi penyakit asma arwah atuk.Namun, penyakit saya InsyaAllah boleh sembuh.Cuma kadang2 diri sendiri yang malas=(


Hari Ibu yang berlalu bukan bermaksud kita hanya meraikan ibu dengan membeli hadiah dan membawanya berjalan2 semata2, malah doa daripada kalian buat ibu2 tercinta itulah yang diharapkan daripada seorang wanita mulia bernama ibu ini.Hargailah ibu sepanjang hayatnya di Bumi ini, tanpanya siapalah kita.Pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya dan tidak perlu untuk saya berbicara panjang mengenai ini.Saat ibu telah tiada nanti, pasti kita akan sedih, doa anak soleh dan solehah bekalan buat ibu kita di alam sana.Buat anak2 yang sering melukakan hati ibu mereka, bertaubatlah sebelum terlambat.Pasti terhiris perasaannya jika anak yang dikandung 9 bulan 10 hari tidak mendengar kata dan bermasam muka.Jadilah anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapanya di dunia dan jua di akhirat.

Buat ibu saya,Zahariah Md Jan, yang berumur 46 tahun, anakmu ini sentiasa mendoakan dirimu diberi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Semoga Allah menjadikanmu seorang ibu yang terus taat pada perintah suami dan tidak lupa perintahNya.InsyaAllah.Doa buatmu tidak pernah putus.Kami sebelas beradik pastikan membalas jasamu mak!Mak,if you read this entry, I just want you to know that we love you and maybe sometimes we don’t really know how to express our feelings, but the truth is that we really care and love you much.

Terima kasih juga buat abah dan emak yang tidak pernah menghalang saya melibatkan diri dalam kerja2 jemaah, malah memberi saya sokongan.Sejak akhir2 ini, anakmu ini selalu sahaja sibuk di luar.Meeting dan berprogram sana sini.Syukur Ya Allah, Kau kurniakanku ibu bapa yang memahami perjuanganku yang sedikit ini.Nasihat saya, sentiasa perbetulkan niat di dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, apa yang kita inginkan hanyalah ingin mendapatkan keredhaanNya.

Doaku moga 2 buah program di Negeri Sembilan yang bakal berlangsung pada pertengahan dan akhir bulan ini berjalan dengan lancar...InsyaAllah.

Cukup sekadar ini.Air mata kian mencurah2 pula..huhu.

 

Wallahu’alam.

Sunday, May 10, 2009

Berakhirnya Agenda Zionis!!!

Salam'alaik..

Alhamdulillah wa syukurillah..Sabtu yang lepas bersamaan dengan 9 Mei 2009 saya diberi kesempatan olehNya bersama dengan dua orang lagi adik saya untuk hadir ke konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Sejujurnya konvensyen tersebut sangat bagus dan alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Konvensenyen tersebut dirasmikan oleh Mufti Negeri Perlis, Dr. Juanda Jaya.Syabas kepada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan dengan kerjasama AMAN Palestin kerana telah berjaya menganjurkan program seumpama ini.Ada yang sehingga beratur dek kerana ingin bertanyakan soalan pada para panel.Malangnya, disebabkan masa tidak mengizinkan hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan untuk bertanya.

Buat sahabat2 yang tidak hadir atas sebab2 tertentu, insyaAllah permintaan kalian akan saya tunaikan dalam entri ini.Tidak banyak yang dpt saya kongsikan.Moga ada manfaatnya.InsyaAllah.Menurut Dr Azzam al-Tamimy, Jordan adalah sebuah negara yang dibina atas sebuah geran yang diterima daripada Britain dan pada tahun 1965, Fatah ditubuhkan untuk membebaskan seluruh Palestin.Ada satu masa, di mana beliau begitu emosi sekali, beliau menyeru untuk kita semua sama2 bangkit dan berjihad, sudah tentu ada sesetengah daripada kita yang tidak mampu untuk pergi ke Palestin dan berjihad bersama2. Jihad kita adalah melalui penulisan, ceramah dan berterusan memboikot barangan Yahudi dan apa2 sahaja yang ada kaitan dengan Israel.

Apabila berbicara soal Hamas, Palestin menyokong segala idea di mana Hamas memperjuangkan hak Palestin untuk membebaskan Bumi Palestin tetapi bukan menyokong pertubuhan tersebut.

Sememangnya pihak Yahudi sendiri mendapat sokongan kuasa2 besar dunia dan tidak dinafikan pengaruh Yahudi sangat kuat. Untuk pengetahuan sahabat2, sebanyak 530 resolusi PBB yang menyokong Palestin tidak pernah dilaksanakan, apa yang dapat kita lihat PBB sendiri tidak memainkan peranan dalam soal ini dan barangkali mereka gerun dengan pihak Yahudi???Bayangkanlah, 70% daripada rakyat Palestin adalah pelarian, dan di antara kem2 pelarian tersebut terdapat di Jordan dan Syria.

Dr Mohsen Salleh(Palestinian) mengatakan bahawa sekatan di sempadan Rafah merupakan persengkokolan antara Mesir dan Israel.Mengapa kerajaan mesir sendiri menyekat bantuan untuk disalurkan ke Palestin???

Sejarah Palestin merupakan sejarah jihad untuk mencapai keredhaan Allah.Ibu2 di sana merelakan perjuangan anak mereka dan ingin melihat ank2 mereka syahid di jalan Allah, Subhanallah...

Anak2 di Palestin bukanlah kanak2 biasa seperti di Malaysia kerana sejak dari kecil mereka sudah memahami erti perjuangan.Walaupun batu yang menjadi senjata menentang askar2 Israel yang kejam, namun mereka tidak pernah berasa gentar malah terus mara untuk melawan mereka. Mereka sedar tentera Israel punya senjata yang lebih canggih, namun semangat jihad membakar semangat mereka untuk bertindak sedemikian.Bayangkan betapa pengecutnya belia2 Israel apabila mereka hanya duduk di dalam kereta kebal dek kerana takutkan ank2 Palestin ini dan ada di antara mereka yang memakai lampin pakai buang kerana takut untuk keluar dari kereta kebal.

Ya Allah betapa hebatnya anak2 di sana.Tiada lagi zaman kanak2 yang indah2, semuanya demi mempertahankan tanah Palestin dari genggaman Kafir laknatullah.Kata Dr Mohsin Salleh,

"The existence of Israel depends on our backwardness and weaknessess, we should unite with iman and all our strength!"

Kita tanya dan muhasabah diri kita sama ada kita benar2 mengambil berat akan saudara2 kita di sana, ingin memboikot sedikit pun sudah payah.Adakah produk2 Israel atau dalam erti kata lain orang Yahudi memberi manfaat pada kita.Mungkin kita tidak dapat lihat kesannya pada jangka masa yg pendek, mana tahu pada jangka masa panjang.Mungkin produk mereka ini sebenarnya melemahkan minda orang Islam sendiri.Ya, ini adalah serangan secara halus!Mereka tidak pernah berhenti untuk menghapuskan Islam di muka Bumi ini.Sedarlah wahai sahabat2, demi Islam marilah sama2 kita all out dalam memboikot produk2 Israel.Bayangkanlah seperti kita menembak seorang anak Palestin sekiranya kita membeli produk org2 Yahudi yang sememangnya orang yang tidak dapat dipercayai.

Mereka di sana berterusan berjuang, satu gugur yang lain ada penggantinya.Jika dilihat masih ada lagi ibu2 yang mengandung dan melahirkan di saat negara mereka ingin dirampas.Zuriat2 inilah yang bakal memperjuangkan agama Islam dan mempertahankan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi dan insyaAllah mereka bakal menjadi jeneral ummat ini.

Kita di sini begitu selesa dengan makanan yg cukup, tempat tinggal yg begitu selesa sekali dan masih punya masa bergembira dan berseronok bersama2 keluarga dan sahabat2.Secebis doa daripada kita semualah yg mereka begitu harapkan.Perasaan pada waktu mengenangkan nasib saudara seakidah di sana tidak dapat saya gambarkan, hanya Allah sahaja yang tahu.

Benar janji Allah adalah pasti.Di saat Islam akan kembali bangkit dan di saat kemunculan Imam Mahdi.Tetapi kita tidka harus menunggu saat itu datang tanpa apa2 usaha, kitalah yang merubah segalanya.Mereka yang berada di Palestin khususnya.Isu Palestin ini tidak seharusnya kita hanya sibuk melaungkannya pada masa tertentu, malah kita perlu memberi perhatian secara serius dan mengikuti perkembangan saudara kita di san.Yang penting sama2 kita berjihad dalam penulisan, ceramah dan pemboikotan produk2 Israel.Doakan mereka dikurniakan semangat juang yang tinggi dan syahid di jalan Allah.InsyaAllah.

Tatkala berbicara mengenai Zionis perasaan yang bercampur baur pasti kan hadir dan sememangnya mereka terlalu kejam dan sangat kejam!

Agenda Zionis pasti akan berakhir!!!!

Allahuakbar!!!!!

Wallahua'lam bisawwab.

Thursday, May 7, 2009

Dulu, kini dan selamanya

Bismillahirrahmanirrahim..

Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dijadikan pedoman bersama dan ibrah (teladan)  buat insan yang bergelar muslimah khususnya. Saya bukanlah insan yang sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan Dia dan sekiranya kita ialah insan yang sering membeza-bezakan manusia, mengertilah bahawa tiada beza di antara kita semua melainkan taqwa. Barangkali kita hanya insan yang tidak dipandang langsung oleh Allah s.w.t. Nauzubillah min zalik.Buat sahabat2 yang mengenali diri, terima kasih atas persahabatan antum.Benar sahabat, manisnya ukhuwah terasa apabila saat kita bersatu melakukan gerak kerja Islam dan saat kita saling membantu andai ada yang berada dalam kesusahan.

Mungkin coretan kali ini, lebih berbentuk peribadi. Apakah yang ingin saya coretkan kali ini? Mengimbau zaman di bangku sekolah sememangnya manis. Benarlah kata sesetengah orang bahawa, saat kita meninggalkan alam persekolahan, suatu hari nanti kita pasti merinduinya.Saya di zaman sekolah, merupakan seorang yang agak aktif tidak kiralah di sekolah rendah mahupun menengah, dan sememangnya kami adik-beradik tidak berasa jemu untuk menyertai apa-apa sahaja pertandingan yang diadakan di luar mahupun di dalam sekolah. Namun pelajaran tetap diutamakan. Alhamdulillah, adik-adik yang di bawah saya juga begitu aktif..

 

Ramai yang terkedu dan agak terkejut apabila mengetahui latar belakang sekolah saya. Mereka berasa hairan kerana mengapa perwatakan dan pemakaian saya tidak melambangkan saya sebagai seorang yang dahulunya bersekolah Convent. Sahabat2 sekelas dan juga sahabat2 di dalam aktiviti persatuan juga berasa terkejut. Ketahuilah sahabat2, ini semua adalah hidayah dariNya, kerana tanpa hidayahNya, saya tidak mungkin saya yang sekarang. Alhamdulillah wasyukurillah.Sahabat2 di dalam jemaah barangkali memahami. Walaupun ada di antara sahabat2 di dalam jemaah yang telah mendapat pentarbiyyahan awal sejak di bangku sekolah, namun itu bukanlah sebab untuk saya menjauhkan diri daripada mereka dan berasa rendah diri.Saya terus mencari dan mencari. Bukan saya seorang sahaja, malah ramai lagi insan dan sahabat2 di luar sana seperti saya. Tiada kata yang terucap melainkan Alhamdulillah kerana memberiku hidayah Ya Allah.

 

Bersekolah perempuan selama 10 tahun membuatkan saya berasa begitu janggal dengan insan yang bergelar lelaki sewaktu berpindah sekolah semasa di tingkatan 5. Ah, banyak untuk dikenang. Masih tersusun rapi di dalam ingatan. Barangkali ianya begitu manis untuk diceritakan=).

Alhamdulillah, menjejakkan kaki di Bumi UIA memberi seribu satu kebahagiaan  kepada saya. Masakan tidak, di pusat asasi UIA saya mengenal usrah, jemaah, tamrin, kuliah2 agama dan pelbagai lagi perkara yang saya sendiri sangat bersyukur dan terasa begitu manis sekali saat saya mengenangnya kembali.Hikmah di sebalik semua ini telah saya ketahui.Biarlah ianya tersemat rapi di dalam fikiran ini. Pada awal saya mengenal usrah, habis semua usrah yang saya ikuti.Perasaan gembira menyelubungi diri sehinggakan setiap malam tiada di bilik kerana menghadiri usrah. Perancangan Allah benar2 hebat. Proses pentarbiyyahan itu tidak akan terhenti saat kita sudah menyertai usrah atau intima’ dengan sesebuah gerakan Islam, namun ia tetap berjalan seiring dengan usia.Namun, sehingga sekarang saya masih lagi menyertai semua usrah di kampus, tanpa mengira jemaah. Benar, saya dahagakan ilmu2 sebegini. Ilmu2 agama yang menyentuh hati lantas membawa kita kepada Allah yang Satu.Namun, jemaah yang saya intima’ sudah pasti satu, bukan dua dan bukan tiga.Diri ini berbanding dulu sangat berbeza setelah menyertai gerakan Islam. Alhamdulillah ala kulli hal.

Saya sentiasa tanamkan niat di hati bahawa, saya melakukan ini hanya demi Allah demi agamaNya.Bukan suatu perkara yang mudah untuk kita berada dalam nawaitu yang satu ini. Oleh itu, niat haruslah sentiasa diperbetulkan agar kita tidak terpesong. Biarlah di mana sekalipun kita berada pastikan niat kita hanyalah keranaNya. Perjuangan orang2 terdahulu lebih pahit daripada apa yang kita tempuhi sekarang.

Bermacam cita2 yang saya khabarkan pada diri. Ingin menjadi seperti Khadijah yang begitu tabah dan menginfakkan harta ke jalan Allah, menjadi seperti Fatimah yang sanggup bertahan dengan kesusahan hidup dan habis kesemua sifat2 isteri Rasulullah dan para wanita utama Islam yang saya kerap kali jadikan pedoman dan tidak kurang juga mendidik diri untuk menjadi seperti mereka. Siapakah yang tidak mahu menjadi seorang wanita solehah idaman para mujahid, yang merelakan perjuangan Zaujnya demi Islam dan menjadi sayap kiri dalam perjuangan Islam. Terkadang nampak seperti mudah bukan???Namun secara praktikalnya payah.Berdoalah kita tergolong dalam golongan tersebut.Jangan katakana diri kita beriman jika belum lagi diuji. Subhanallah, akhir zaman ini pelbagai perkara yang terjadi. Lama lagikah kita di dunia ini?Tiada siapa yang tahu melainkan Dia.

 

Benar sahabat, semakin kita mengingati mati, semakin kita mendekatkan diri pada Yang Esa. Jadilah kita insan bijak dengan senantiasa mengingati mati. Tetapi tiada guna andai hanya di ingatan, namun tiada usaha yang dilakukan demi mendapatkan JannahNya.Tanamkan rasa cinta dan kasih pada Allah sepanjang melakukan amal ibadat, insyaAllah kita akan merasa ibadat yang dilakukan bukan sahaja untuk mendapatkan keredhaanNya, malah kerana kita begitu cinta, kasih dan rindukanNya.

Terima kasih Ya Allah atas segala2nya. Moga kesudahan kita adalah baik, kerana hari ini kita begini, namun di saat2 akhir kematian belum tentu lagi kita adalah kita yang sekarang. Teruskan amal dan doa supaya kita ditetapkan di dalam agama ini dan sentiasa berada dalam ketaatan kepadaNya.Memetik kata2 Dr. Sidek Baba di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Rabbani”:

 

Kalau manusia berjiwa matematikal, sudah tentu dia tahu tentang pahala dan dosa, fadhilat dan musibah, halal haram, makruf dan mungkar dan dapat mengukur diri untuk melakukan muhasabah sama ada hidupnya berada dalam keredhaan Allah atau sebaliknya

Renung2kanlah kata2 ini buat peringatan bersama.

 

Saya benar2 insan yang lemah. Mengajak roommate untuk bersama2 solat berjemaah pun saya tidak punya kekuatan. Jika orang lain kemain laju.Ah, terasa begitu teruk sekali. Menangis saya sepuas2nya di hadapan Ilahi.Pernah sekali dua saya mengajak, dan mengharapkan pengertian untuk terus bersama2 berjemaah. Namun, saya percaya dengan dakwah bil hal, insyaAllah suatu hari nanti sahabat2 di sekeliling pasti akan mengikut kearah kebaikan.InsyaAllah.Namun, ini tidak bermakna untuk saya terus berada dalam selemah2 iman. Ya Allah berikan hambaMu ini kekuatan Ya Allah.

Apa yang membuatkan saya paling sedih apabila melihat ahli keluarga dan sahabat2 di sekolah lama yang begitu tersasar daripada Islam.Ramai sahabat2 di sekolah lama yang saya sendiri hanya mampu untuk memberi mesej kata2 nasihat secara berhikmah, terutamanya di laman web Friendster. Pernah juga saya menegur secara menyindir. Entah mereka faham atau tidak.Ini semua tidak setanding dengan cabaran dan dugaan yang pernah ditempuhi Nabi sewaktu berdakwah. Pernahkah saya dibaling batu dan sebagainya???Tidak sama sekali. Kadang2 bukan senang untuk berdakwah pada keluarga dan sanak saudara. Jika terlibat di dalam kerja2 dakwah saya tidak merasakan susah seperti ini. Hakikatnya, ramai lagi insan di luar sana yang memerlukan bimbingan dan diberi didikan Islam yang sempurna. Jangan salahkan mereka, tetapi bantulah mereka keluar daripada ‘kepompong hitam’ tersebut. Usahlah gerakan2 islam bertelingkah, namun bersatulah demi menyebar risalah Islam ke serata alam yang telah dimulakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.Sikap sesetengah ahli jemaah yang mengatakan jemaahnya sahaja yang terbaik merupakan suatu sikap yang tidak sepatutnya ada di dalam diri ahli yang mengatakan dirinya seorang dai’e.Malulah kalian.Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman.

Bagi sahabat2 yang hidupnya hanyalah di kafe, kuliah dan meja belajar.Sedarlah akan peranan kita sebagai seorang dai’e. Jika engkau telah mungucapkan kalimah tauhid maka beban dakwah terpikul di bahumu sahabatku. Benar, konsep dakwah itu luas dan jangan kita menjadi prang yang terlalu rigid dalam mentafsir konsep dakwah ini. Bangkit dan sedarlah, jika mahu melihat Islam kembali gemilang. Janji Allah itu pasti, namun adakah kita hanya mahu menunggu dan terus menunggu?Tepuk dada dan tanyalah iman kalian.


Cukuplah sekadar ini. Mungkin ada yang agak pening dan sesak nafas membacanya kerana terlalu panjang.=)

Terima kasih kerana sudi membaca dan ambil yang baik dan tegur apa yang dirasakan salah.Andai Islam menjadi agenda utama, teruskan usaha dakwah dan pengislahan diri, Dakwah dan proses pengislahan diri harus bergerak seiring.Wallahu’alam.

Monday, April 27, 2009

Halaqah cinta kami


Salam'alaik..

Saat ini, saya berasa bersyukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana tanpa izinNya tidak akan terjadinya saat indah sebentar tadi.Ya, apakah yang berlaku sebentar tadi?Cubalah teka...huhu.Ceritanya begini,usai sahaja maghrib berjemaah, saya berkesempatan mengajak semua adik2 saya untuk berusrah bersama saya. Barangkali adik-adik yang kecil tidak mengerti akan maksud usrah itu sendiri, bila diajak mereka menurut sahaja.Semua adik beradik terlibat kecuali abang sulung dan abang kedua.Tidak pula saya menerangkan maksud usrah kepada adik2 yang kecil. Terlupa barangkali.


Semua adik2 terlibat dengan usrah kecuali  yang sulung, kerana dia berada di  Mesir dan yang seorang lagi tiada di rumah ketika itu. Unsur2 lelucon tidak ketinggalan untuk saya praktikkan di dalam usrah di samping modul2 yang menarik minat adik2 untuk terus fokus pada usrah. Adik2 kecil kelihatannya gembira dengan modul2 yang digunakan..hu3.Diri terasa seperti sedang handle adik2 program sekolah pula.


Alhamdulillah, adik2 banyak bertanya itu dan ini, dan tidak kurang juga ada yang tidak serius,Nur memang nak kena!(jangan marah ye nur, nanti cepat tua). Ketidakseriusannya itu disengajakan.huhu.

Surah Toha ayat 132 menjadi pilihan hati untuk dibincangkan dan hadis pertama merupakan hadis yang saya pilih untuk diterangkan pada adik2. 

CT: "Wais, solat tu tiang apa"?huhu

Wais : "tiang agama"

CT: "Dzakwan, apa jadi kalau rumah tak de tiang"?

Awan: "Rumah hancur...."

Ini adalah antara perbualan kami. Alhamdulillah, adik2 saya menunjukkan minat dan tidak lupa untuk saya memberikan analogi yang sesuai. Rindunya ingin berusrah dengan sahabat2, terutamanya sahabat2 di kuantan kerana merekalah sahabat2 yang kerap saya jumpa di sana.tira, im, jannah dan lain2.Harapnya kalian sihat2 sahaja cuti2 ini.


Apa yang melucukan ialah adik saya yang bongsu. Adam turut serta berusrah selepas mak meminta untuk adam bersama kami semua. Dia yang baru menjangkau usia setahun lebih, seakan mengerti apa yang dilakukan oleh abang2 dan kakak2nya. Ada juga adam melompat2 dan ketawa kegirangan sewaktu saya sedang memodulkan adik2 yang lain..hehe.Pendek kata memang seronok menjadi seorang kakak kepada adik2 yang ramai. Seronok sgt2, tidak terungkap dengan kata2..hehe...Believe me!





Kami terus berusrah sehingga maghrib dan kemudian isyak bersama. Kemudian masing2 membuat hal sendiri.Maklumlah esok sekolah, jadi ada kerja sekolah yang harus disiapkan. Moga langkah ini, membuahkan bibit2 kesedaran di dalam hati adik2 saya. 


Tidak lupa juga untuk saya sentuh mengenai syurga dan neraka, kerana niat di hati ingin membuat mereka begitu teruja dengan syurga lantas cuba membaiki diri dari segenap aspek. Yang kecil biasalah pasti amat menyukai cerita2 sebegini. Akak doakan adik2 peroleh kefahaman suatu hari nanti dan moga kita semua dapat bertemu di syurgaNya kelak bersama mak dan abah.InsyaAllah.Akak sayangkan adik2 semua dan moga adik2 peroleh kecemerlangan di dunia dan jua di akhirat sana..Amiiin.




Saturday, April 25, 2009

Mengapa Muslim biar hati mati?

Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." 

(Hadis riwayat Ibn Majah)


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjauhkan anggota badan daripada membuat maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*Zuhud dengan dunia

* Zikrullah 


Sumber:harakahdaily.net