Saturday, April 25, 2009

Sebelum terlena

 Salam'alaik

Suka sangat2 lagu 'sebelum terlena' dendangan kumpulan Hijjaz. Ingin mengajak sahabat2 untuk sama2 menghayati bait2 lirik lagu ini.

Bila hayati bait2 lirik lagu tersebut, terkesan di jiwa.

Selalu juga lagu ini menjadi halwa telinga selain lagu kumpulan shoutul amal yang bertajuk 'Guruku'.



Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Friday, April 24, 2009

I do it for the first time

Salam'alaik.


Erm, I've been tagged by 'mak cik' afzan=) 


Dulu saya tidak tahu langsung apakah tag2 ini semua dan jika ada yang tag, saya tidak pernah punya keinginan ingin menjawab segalam macam soalan, memandangkan sahabat yang seorang ini sudah tag saya dan meminta saya untuk menjawab, jadi saya akan jawab semua soalan tersebut.


1.What have you been doing recently?
Baru je bukak blog afzan untuk tgk soalan2 yang sy kena jawab sekarang..huhu

2.Do you ever turn your cell phone off?
i'll turn it off if my phone is stuck

3.What happened at 10am today?
erm, x ingat sbb tak tgk pula jam..hehe

4.When did you last cry?
saya menangis kerana abh 2 hari lepas..rahsia tak blh bgtau kenapa..

5.Believe in fate/destiny?
Sudah tentu

6.What do you want in your life now?
Belajar dan belajar dan terus belajar

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Sudah tentu..kepada afzan..betullah tu..hu3

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
membaca, zikr, dan memikirkan apa yang telah sy lakukan

9.What bottoms are you wearing now?
entah

10.What’s the nicest things in your inbox?
mesej2 islamik drpd sahabat2 tersayang

11.Do you tend to make the relationship complicated?
what sort of question is this..

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Tidak sama sekali

13.What was the last movie you caught?
My Girl..tgk sblum final exam..saje2 tgk,itu pun lompat2 tgk..=)

14.What are you proud of?
Proud because i'm a Muslim 

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
mesej tu berbunyi begini..."kakak ct ap khabar?"

16.What was the last song you sang out loud?
lagu kumpulan all one-Bilal b Rabah

17.Do you have any nicknames?
tak de nickname..but family called me CT

18.What does the newest text say and from who?
seperti yg di atas..daripada firdaus, budak comel drjah 6

19.What time did you go to bed last night?
pukul 1.00am

20.Are you currently happy?
Alhamdulillah

21.Who gives you the best advise?
Allah s.w.t

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
tak la pulak

23.Who did you talk on the phone last night?
Malam tadi tak cakap dgn telefon, cakap ngan adik beradik ada lah..hehe

24.Is something bugging you now?
tidak

25.Who was the last person to make you laugh?
Adam sebab dia buat aksi yang sangat menggelikan hati...i lov u adam!

p/s: adam adik bongsu sy ya.

Wednesday, April 22, 2009

saat dan ketika itu



"Arghhh..tension la"


Ungkapan sebegini acap kali saya dengar sewaktu revision week di kampus. Dan pelbagai lagi mood yang kadang kala membuatkan saya geli hati. Tidak kurang juga ada yang mengeluh disebabkan terlampau banyak subjek yang harus diulangkaji. Inilah akibat daripada perbuatan diri sendiri. 


Mengimbau kembali saat-saat di kampus, lebih2 lagi sewaktu minggu ulangkaji, saya tersenyum sendirian. Bayangkanlah, ada yang sanggup berjaga sehingga pagi dek kerana ingin menghabiskan subjek yang bakal mereka hadapi pada keesokan harinya dan tidak kurang juga ada yang langsung tidak sempat untuk cover subjek yang mereka pelajari. Natijahnya, diri sendiri yang tanggung.


Saya tidak menafikan, persiapan di saat-saat akhir merupakan fenomena yang melanda kebanyakan daripada kita. Malah saya juga pernah melakukan sedemikian. Kebiasaannya, saya akan habis mengulangkaji subjek tersebut dan apabila tiba final exam saya hanya perlu mengulangnya. Namun, kadang2 disebabkan masa yang suntuk dan komitmen lain, saya memulakan ulangkaji subjek 2 hari sebelum final exam tetapi subjek tersebut telah saya ulangkaji sebelum ini. Bersyukurlah jika anda seorang yang mudah faham dan mempunyai daya ingatan yang tinggi. 


Tetapi bagaimana pula dengan yang mengambil masa yang lama untuk menghafal dan memahami sesuatu?Justeru, jika sudah kenal akan diri masing2, maka elakkan menangguh atau membuat persiapan di saat2 akhir.


Ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya merasakan ianya cukup manis. Mesej2 dari mak yang memberi kata2 semangat terus membakar semangat untuk belajar di samping membetulkan niat belajar hanya keranaNya walaupun saya akui, saya punya niat2 yang lain selain niat yang satu ini. Hasilnya, saya menjadi lebih bertenaga, bersemangat dan berkobar2 untuk belajar..huhu..


Setiap kali ada paper yang harus saya hadapi, pasti saya akan mesej mak untuk mendoakan sy, walaupun saya tahu mak pasti mendoakan anaknya ini...


"For sure i will pray for u, make sure u perform well"


Mesej dari emak tersayang membuat saya menangis dan terus berkata pada diri sendiri untuk buat yang terbaik.


Ingatlah, kita belajar bukan kerana sesiapa, tetapi kerana Allah, kerana Rasul dan ummatnya. Doalah Allah membantu kita untuk memahami ilmu Allah dan mudah2han Allah sentiasa mengingatkan kita jika kita terlupa.


Namun, usahlah kita menghadap buku 24 jam. Selang selikanlah dengan bacaan Al-Quran, jiwa akan berasa lebih tenang. Berterusan solat hajat supaya segalanya dipermudahkanNya dan bukan hanya melakukannya apabila ingin menghadapi peperiksaan sahaja. Di samping itu, sentiasa dalam keadaan berwuduk jika kita sedang belajar. Malaikat mendoakan kita selagi kita masih ada wuduk. InsyaAllah.Sekiranya mampu, tidur seawal jam 12 atau 11 malam dan bangun pada jam 4 pagi atau 4.30 pagi. Lebih baik jika bertahajjud terlebih dahulu agar ada keberkatan. Kelebihan bangun pd waktu ini tidak perlu lagi untuk saya huraikan.Tidak lupa juga niatkan di hati sebelum belajar bahawa segala ilmu yang kita belajar ini kita ingin mengajar kwn2 kita, jadi kita minta Allah mudahkan kita untuk memahami. Sedikit sebanyak perkongsian tips dari saya yang tidak seberapa ini.


Moga ilmu yang kita pelajar akan kita ingat sampai bila2 dan moga dengan ilmu ini kita mampu membantu umat Islam dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, jangan lupa perluaskan bacaan kita dan bukan hanya restricted pada buku2 pelajaran sahaja. Banyakkan bacaan yang datangnya dari buku2 ilmiah yang mudah didapati.InsyaAllah..waaa pesta buku!!!Umat Islam akan ketinggalan jika aspek pembugaran budaya ilmu diabaikan!Mahukah kita????Muhasabah diri kita selalu.



Semoga tulisan kali ini, memberi manfaat pada sahabat2. Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah..he3.


Walau apa jua keputusannya nanti, bersyukurlah sahabat2. Jika kurang memuaskan jadikannya sebagai ujian kecil dari Allah swt, dan walaupun sudah berusaha, mungkin Dia mahu memberi yang lebih baik dari itu, tetapi pada waktu yang lain. Bezanya cepat atau lambat. Barangkali di akhirat sana. Allah sahaja yang lebih mengetahui. Yang harus kita teruskan usaha, usaha dan terus berusaha.Bersyukurlah, kita tidak diuji dengan ujian yang sangat berat. Layukallifullah hunafsan illawus'aha!



Berdebar juga menanti natijah imtihan. Saya serahkan segalanya pd Yang Khaq kerana saya telah pun berusaha.Apa pun saya masih mengharap dan berharap supaya result  yang bakal keluar 28hb April ini, dapat menggembirakan kedua ibu bapa saya. InsyaAllah.


Akhir kalam, all da best!

Thursday, April 16, 2009

Penangan tok guru

Salam'alaik..

Petang tadi saya check email saya dan mendapati ada satu email dari seorang hamba Allah ini dengan kiriman email yang bertajuk "news!!!"...

Dan gambar yang saya pamerkan di atas merupakan isi email tersebut..
Jadi apa yang sahabat2 fikirkan apabila melihat gambar di atas???
Saya sendiri agak terkejut sebenarnya...
Fikir2kanlah...

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

(al-Ra'd:11)

arangkali ada yang berpegang pada ayat di atas, namun perlu diingat bahawa pergantungan kita sebagai seorang Islam hanyalah pada Allah yang Esa bukannya pada seorang "tok guru"!

 

Moga Allah menghindarkan diri kita daripada fitnah dunia dan akhirat.

Perkara sebegini yang sangat merisaukan dan dikhuatiri berleluasa sehingga menyumbang kepada penyakit malas yang lebih teruk.

 

Sikap tidak mudah putus asa yang disulami dengan usaha dan pergantungan pada Allah insyaAllah akan membuahkan hasil, namun apabila usaha tiada ganjaran setimpal mungkin inilah cara terakhir yang difikirkan. Nauzubillah min zalik...

 

Ini juga merupakan cara halus mereka yang bukan Islam untuk menarik minat orang bukan Islam lantas mereka mula mengatur langkah yang seterusnya untuk menarik org Islam keluar daripada agama mereka.

 

Sedar atau pun tidak inilah yang berlaku. Akhir zaman ini menuntut iman yang kuat, yang tidak mudah goyah disebabkan hal2 sebegini. Jadi nasihat saya, sama2 kita mantapkan iman dan mendekatkan diri pada Allah kerana hati yang taqarrub ilallah insyaAllah akan mudah menepis sebarang perkara2 negatif yang boleh menyebabkan kita terkeluar dari agama Islam, di samping sentiasa berdoa kepadaNya supaya kita ditetapkan hati di jalan Allah..

 

 

Wallahu'alam


Saturday, March 7, 2009

Apa kata hati?

Apa kata hati?


Hati yang sering berbolak-balik...


Hati yang merupakan salah satu organ homeostasis yang memainkan peranannya dalam proses metabolisme dalam badan manusia dan juga haiwan, lagaknya seperti mahu mengajar subjek fisiologi...


Tajuk ini dipilih kerana saya yang sebelum ini dalam dilema dalam membuat keputusan, benarlah sebaik-baik jalan adalah istikharah...
Cuti Maulidur Rasul ini banyak pula program yang mendatang dan tidak kurang juga perkara yang harus saya selesaikan sebelum semester ini melabuhkan tirainya....

Misi dakwah Kampung Rantau


Kampung Pos Sigar


Program fasi


Rehlah


Semuanya program ini tarikhnya adalah sama..Mana mungkin saya dapat menghadirinya.Sabar ye wahai ct...huhu. Apa pun, saya sempat menghadiri kursus praktikal dakwah yang diadakan di Masjid Asy-syakirin di KLCC, walaupun tidak sampai sehari saya menghadirinya,namun alhamdulillah informasi yang diperoleh dalam program masih segar di ingatan.


Terima kasih juga pada adik saya kerana memberikan idea untuk term paper phsiology yang harus saya hantar sebelum final exam...Ni yang sayang lebih..hehe
Bukan susah nak senang..huhu..fikirkan sendiri ye..
Segala permasalah hidup jika diatasi dengan fikiran yang rasional dan tidak terburu-buru insyaAllah segalanya akan menjadi baik. Yang penting segala pertolongan datangnya dari Allah swt...Maka bersyukurlah...


Dunia kini dengan isu politik yang semakin entah apa-apa, Palestin, PPSMI, keruntuhan akhlak, gejala sosial dan pelbagai lagi isu yang menghiasi dada-dada akhbar negara. Benar, akhir zaman inilah yang pelbagai isu yang kadang2 pelik dan tidak terfikir dek akal akan timbul. Moga Allah pelihara diri kita semua daripada fitnah dunia dan akhirat...


Mari pertingkatkan amal, kita hanya punya satu persinggahan, maka kutiplah sebanyak mungkin bekalan. Sejujurnya, saya suka untuk mengingatkan kawan2 di kampus atau adik2 di rumah tentang mati. Saya akui ungkapan perkataan ini punya satu kuasa yang mampu merubah insan ke arah yang lebih baik. Tidak perlu saya huraikan dengan panjang, cukuplah sekadar mengingatkan sesama kita. Biar apa pun yang kita rancangkan demi masa depan, jangan kita lupa untuk sandarkan segala pengharapan pada Yang Esa...



Dan sejak akhir2 ini berkat "sesuatu" yang saya lakukan secara istiqamah, Allah permudahkan segala urusan saya, baik sbagai seorang pelajar universiti mahupun sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah. Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah s.w.t....


Akhir kalam, mari kita beramal dan sama2 jaga hati dari perkara2 yang negatif yang hanya merosakkan diri...Sentiasa bersangka baik ye=)


Wallahu'alam..

Friday, February 27, 2009

Caliph's here

Salam 'alaik
Wah, sudah agak lama diri ini tidak mengemaskini blog ini..
Barangkali ada sahabat2 yang sudah bosan (memang ada..hehe), dan saya sendiri berasa sedemikian..huhu, kekangan masa mungkin menjadi faktor utama, sem 2 ini subjek agak killer dan saya pasti bukan saya sahaja malah semua sahabat2 pun begitu juga kan??Alhamdulillah, walaupun ada yang menganggapnya killer, bagi semuanya terpulang pada individu itu sendiri...bagaimana dia mengurus masa dan yang pasti jangan lupa untuk sentiasa solat hajat agar dipermudahkan urusan hidup di dunia dan di akhirat!
Belajar tetap belajar, namun jika lalai mengingati Allah tiada makna untuk kita terus belajar.
Apa pun, jgn lupa tugas kita sebagai khalifah di muka Bumi Allah ini..
Natijah imtihan mid semester ada yang sudah keluar..Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi2 kesyukuran pd Yg Esa...jangan terlalu cepat bergembira, bersyukur itu yang penting. Ada yang menyalahkan lecturer kerana soalan terlalu susah, ada yang menyalahkan diri sendiri, dan tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan sistem minus marking..(lumrah dalam course yg sedang diambil)...
Namun apa yang pasti, Allah itu Maha Adil, usaha semampumu dan kemudian bertawakallah..
Ujian Dia datang dlm pelbagai bentuk dan mungkin ini adalah salah satunya, maka nikmat Tuhan yang mana satu kamu dustakan???
erm, sekarang saya sedang berada di rumah...
Agak teruja untuk balik minggu ini, walaupun kawan2 ada yang iri hati dengan kepulangan saya ke rumah minggu ini..hehe
Tujuan saya pulang adalah disebabkan rindu yang teramat pd family dan lebih2 lagi pada adik bongsu yang sekarang ni sudah lincah dan sudah pandai mengatur langkahnya sendiri,malah lebih pantas..huhu, sudah pandai bersalam,tumbuh gigi..hehe, dan yang paling seronok baca bismillah ala2 sebutan budak kecil..=)(faham2 lah ye)...
Masih banyak perkara yang harus diselesaikan, dan sekarang masih dalam proses untuk memilih tajuk untuk term paper Phisiology, asyik berubah2 fikiran, sekejap yang ini, sekejap yang itu..term paper ini harus dihantar pada Prof sebelum final exam...huhu...oh ilham datanglah dikau dalam mimpiku..Che wah...
Masalah???Semua orang pasti sudah biasa dengan perkataan tue..
yang pasti sekarang diri dalam dilema..dilema apa ya???Biarlah Allah sahaja yg tau, yang pasti akanku teruskan solat hajat dan isthikarah supaya dipermudahkan jalan ke arah itu dan supaya dipermudahkan segala urusan diri ini dan sahabat2 semua....
Sekian dulu..
Wallahu'alam...

Friday, January 9, 2009

Suara itu...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t pencipta sekalian alam yang tidak putus2 memberi rezeki pada hamba-hambaNya....
Saat kita sedang menikmati makanan yang enak2, saudara seakidah kita di Palestin sedang menahan lapar akibat sekatan bantuan makanan....
Saat kita sedang bergelak ketawa, saudara seislam kita di Palestin sedang bermandi darah dan air mata yang tidak henti2 mengalir..malah semakin deras....
Saat kita sedang sibuk bertarung di alam universiti mereka sedang mengumpul ketabahan untuk terus tetap berjihad kerana cita2 tertinggi mereka adalah mati di jalan Allah....
Saat kita sihat dan mampu untuk meneruskan hidup dengan selesa mereka sedang mengerang kesakitan dalam keadaan yang serba kekurangan...
Ya Allah..Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kau kurniakanlah ketabahan buat ummat islam di Palestin dan juga ummat islam di seluruh dunia yang sedang menghadapi serangan kafir laknatullah....Kau menangkanlah orang islam Ya Allah, Kau menangkanlah mereka Ya Allah, Kau bantulah mereka Ya Allah...Amiin Ya Rabbal Alamin...
Sudah ramai sahabat2 yang menulis mengenai ummat islam di sana.
Kejam!!!
Tidak mampu lagi untuk saya berkata2, perasaan benci terhadap israel semakin meluap2...sifat tidak berperikemanusiaan ini semakin menjadi2, datang pula berita bahawa ummat islam di sana dikepung untuk menunggu masa disembelih...atau sudahkah mereka disembelih???
Gerun memikirkan nasib ummat islam di sana...Cuba kita bayangkan negara kita menjadi seperti Palestin..Bersedia untuk tidak bersedia???
Ya Allah....
Inikah ujian akhir zaman.Saat islam akan tertegak pasti kan tiba. Janji Allah itu pasti.
Doa Qunut Nazilah semakin rancak dibibir ummat islam seluruh dunia...Selemah-lemah iman ini jika tidak mampu untuk kita sebagai ummat islam untuk laksanakan, malulah kita pada Sang Pencipta....
Palestin, doa untukmu sentiasa ada.
Kelu lidah untuk berbicara, Doa buat mereka sentiasa ada, Perjuanganmu sungguh berbeda, Semoga ummat islam di Palestin terutamanya terus cekal dan tabah....Allah tahu mereka mampu hadapinya, jika tidak masakan Allah menguji mereka sebegini rupa....
Jangan berhenti untuk berdoa+solat hajat buat saudara kita di sana...
Yahudi penah berkata...
Islam akan tertegak sekiranya ummat islam solat subuh berjemaah di masjid seperti solat jumaat...sama2 renungkan!!!