Sunday, December 7, 2008

Erti pengorbanan sebenar

Salam 'alaik..

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya kerana dengan limpah dan kurniaNya kita berpeluang menyambut perayaan terbesar umat islam iaitu hari raya Aidiladha..Allahuakbar!!!

Sinonim dengan Hari Raya Korban, Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke 10 bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir pada kelendar Hijrah Islam.Erm, pagi raya insyaAllah saya dan keluarga akan pulang ke kampung halaman bagi meraikannya bersama dengan sanak saudara.

Hari raya Aidiladha disambut ketika umat Islam yang lain melaksanakan ibadah haji dengan ziarah ke Mekah, mengunjungi Ka’abah serta melakukan korban sembelihan.Saat ini mak long,pak long mak lang bersama jemaah haji berada di sana sebagai tetamu Allah...semoga haji mereka mabrur..insyaAllah...ameen...


Seperti yang semua sahabat2 sudah sedia maklum, perayaan ini adalah sempena memperingati pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah swt.Mengimbas kembali semangat dan kecekalan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sewajarnya kita umat akhir zaman ini contohi.Sebagai seorang dai'e yang seringkali ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan inilah masanya untuk kita kembali menghayati erti pengorbanan sebenar kerana perjuangan yang sedikit cuma ini tidak setanding dengan perjuangan para Nabi Allah dalam menyebarkan risalah islam ke serata alam...

Sebagai seorang pelajar yang kerap kali diasak dengan tugasan2 yang bertimbun, kerja2 persatuan dan bagi mereka yang melibatkan diri dalam kerja2 dakwah sudah pasti ada saat2 getir yang kadang kala membuatkan kita tewas lantas menyalahkan kerja2 dakwah sebagai faktor utama kehidupan sebagai seorang pelajar ini terganggu.Demikianlah yang terjadi apabila kita tidak berfikir berlandaskan iman.

Apakah erti pengorbanan?adakah pengorbanan itu dikaitkan dengan ikhlas?adakah pengorbanan itu menuntut kita untuk mengorbankan segala kepentingan?Apa yang pasti setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah menjurus ke arah kebaikan dan disertai dengan niat semata2 keranaNya.Korban bukanlah hanya menyembelih binatang namun ibadah korban ini meliputi seluruh aspek dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.Mengajar orang lain ke arah kebaikan juga adalah korban dan percaya atau tidak pengorbanan seseorang mampu merapatkan jurang di antara insan yang bersengketa.Subhanallah...

Saya menyeru sahabat2 dan ahli keluarga saya sendiri supaya sama2 menghayati erti pengorbanan dan diterjemahkan ke dalam kehidupan.Bukanlah bererti hanya pada perayaan ini sahaja barulah kita sibuk ingin berkorban.Erti pengorbanan itu luas.Terpulang pada individu untuk mentafsirnya...

Moga kehidupan di hari2 yang mendatang diberi keberkatan oleh Yang Maha Esa.InsyaAllah..
Doa saya semoga amal ibadat yang dilakukan sepanjang bernafas di bumi Allah ini, diterima olehNya...Gerun rasanya sekiranya segala ibadat yang dilakukan tidak diterimaNya...

Pesan saya sentiasalah kita bersyukur dengan nikmatNya yang tidak terhitung ini dan sentiasa muhasabah diri.Moga Allah mengampunkan dosa2 hambanya yang sentiasa bertambah..Astargfirullahazim...


Wallahualam...

Friday, December 5, 2008

1.12.2008

Salam rindu salam hari jadi pada birthday girl...syukur moga dipanjangkan umur dapat berbakti pada ibu bapa juga islam terutamanya..emuah..
Moga2 Allah jadikan pagimu cahaya,zohormu gembira,asarmu bahagia,maghribmu keampunan,isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezkimu serta ianya tidak diambil balik,& dibuka pada mu pintu syurga tanpa sempadan.SLMT HR LHIR..
Sabda Nabi SAW:Cinta terhadap apa yang dicintai Allah dan benci kerana Allah adalah termasuk daripada iman~Riwayat Bukhari.slmt hr jd yg ke 20 ct.moga kamu dipanjangkan umo dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.lov n miz u so much.
Selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan,kelak kau mudah menjadi pelupa..Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat.SANAH HILWAH 20!Didoakan agar menjadi hamba yang solehah, cmrlang dunia akhirat.Moga terus istiqamah di jalan ini,amiin:-)
Ini di antara mesej2 yang masuk ke dalam peti mesej saya saat jam menunjukkan jam 12 tgh malam ke atas..hu3...iaitu pada Tanggal 1 Disember 2008..Sykran jiddan kepada kalian yang memberi kata2 yang memberi inspirasi dan semangat kepada saya sempena hari lahir saya yang ke-20..Tuakah??
Barangkali ada insan yang berkata sedemikian.Terima kasih mengingatkan..Moga peningkatan usia ini memberi saya satu inspirasi dan semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.Bukanlah ucapan2 hari lahir yang didambakan diri namun doa kalianlah yang saya dahagakan.Moga diri terus tabah dalam menghadapi pelbagai mehnah dunia yang tiada henti dan lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta...InsyaAllah...Syukran buat mak yang memberi hadiah hari lahir buatku..I like it so much!hehe...
Terima kasih tidak terhingga buat abah dan mak yang membesarkan anakmu ini dan memberi segala keperluan.Ketahuilah bahawa ct sayang mak dan abah sangat2...Hanya Allah yang dpat membalas jasa kalian.
Benarlah bahawa hari lahir merupakan suatu medan untuk kembali muhasabah diri..
Sering kali kita alpa dengan arus duniawi yang hanya sebentar cuma.
Perjuangan tidak akan berhenti selagi ajal belum tiba..
Moga diri ini menjadi wanita, anak dan isteri yang solehah...insyaAllah.
Syukran pada semua ahli keluarga dan sahabat2 yang memberi ucapan tidak kiralah secara lisan atau tidak, terima kasih!

Thursday, November 27, 2008

Bingkisan buatmu mujahidah

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya.
Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)
Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya.
Contoh paling ideal dan paling istimewa ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, iaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gelita dan penuh dengan penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tetap melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.
Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gelita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.
p/s:sama2 kita bina baitul muslim=)
sumber:ukhwah.com

Tuesday, November 25, 2008

Al-kisah asma

"Ct anak ke berapa?"...tanya doktor pada saya.
"Anak ke-3 dari 11"...jawab saya dengan muka yang masam(icon gelak2).
"Dalam family siapa lagi yang kena lelah?"...doktor bertanya lagi.
"Saya sorang je..mewarisi penyakit atuk"(gelak dalam hati)....jawab saya lagi sambil dalam hati berkata banyak tanya pula doktor nie..hehe..doktor hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dialog di atas merupakan perbualan antara saya dan doktor semasa abah menghantar ke klinik disebabkan lelah yang dtg secara tiba2...ini terjadi 2 hari sebelum raya.
Terdetik ingin bercerita tentang diri yang asthmatic but not that chronic sebab dah seminggu lebih (rasanya) asyik sesak nafas dan sakit2 dada.Agak merimaskan sebab segala kerja tidak mendapat penghayatan..hehe.Entah kenapa sejak balik, lelah nie asyik suka kat diri nie..Syukurlah dia datang waktu cuti kalau waktu kuliah tak tau den nak kato apo..
Erm, kisahnya bermula sewaktu saya berada di Tingkatan 1.Segalanya bermula di sini..Che wahh..Pernah sekali semasa berada di peringkat matrikulasi,kebetulan waktu cuti, saya diserang lelah agak teruk,waktu itu saluran pernafasan dirasakan sangat sempit dan tercungap2 dek kerana nakkan oksigen....hanya Allah yang tahu perasaan masa tue..Masa tue semua klinik tutup,dah lupa sebab apa...Akhirnya berkejar ke KPJ...Tengah dok tercungap2 sempat lagi nurse bertanya itu ini....tunggu doktor pun adalah 5 minit(terasa lama..)...
Kalau tanya orang yang asthmatic dah tentu mereka benci pada asma!Siapa yang suka kalau sakit bukan, namun ini semua adalah ujian buat hambaNya.Zaman Rasulullah lagi teruk dari semua ini.
Arwah atuk ambil berbotol2 gamat healin yang mak belikan, alhamdulillah sihat...Di rumah nie rajin juga ambil segala macam benda yang baik untuk orang yang asma.Di UIA, tidak kurang juga..aiskrim,air sejuk habis saya bantai...apa nak jadi.Jannah, sahabat yang setia menasihati saya..hu3..terima kasih jannah...
Nak dijadikan cerita roommate pun sama kes macam saya.Apa2 hal minta ubat dia saja..he3..terima kasih ye aliah.Perlu diingatkan ubat kapsul tidak baik untuk diambil secara kerap kerana ubat itu sendiri adalah steroid...
Untuk yang asthmatic, rajin2 lah bersenam(macam saya..he3),banyakkan minum air panas lebih2 lagi sewaktu diserang asma supaya lendir2 mencair.Kurangkan makanan berminyak, coklat(isk3),makanan bergoreng(nak makan apa ye..yang distim??), jika tidak lelah akan berpanjangan.Sebab saluran pernafasan orang asma membengkak lalu membuatkan pengaliran udara terbatas.Sebab itulah, anda ada asma, kesukaran untuk bernafas.
Harapnya saya akan terus berpantang supaya lelah ini tidak akan berlarutan.InsyaAllah...
Sekian dulu al-kisah asma..
Thanks for reading patiently=)

Monday, November 24, 2008

Parlimen oh parlimen

Saya tersenyum sendirian melihat gelagat para pemimpin kita semasa melontarkan "bara" sewaktu bersidang di parlimen.Bukan saya sahaja yang geli hati menyaksikan lagak dan gaya mereka di televisyen malah adik2 saya yang kecil juga turut sama berasa sedemikian.Tanpa segan silu pemimpin A meninggikan suara pada pemimpin B sambil membuat gesture yang tidak sepatutnya dizahirkan oleh seorang pemimpin negara. Pada masa yang sama ada pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain.Apa yang paling kasihan,Speaker Dewan Rakyat pun disalahkannya.Di manakah perginya Qudwah Hasanah yang wajar ditonjolkan oleh setiap pemimpin islam?
Pelik bin ajaib apabila pemimpin menzahirkan sikap2 sedemikian.Aksi, gaya dan percakapan mereka sedang diperhatikan oleh berjuta2 rakyat namun mengapa sikap sebegini masih ditonjolkan.Saya bukanlah ingin menuding jari pada mana2 pihak jauh sekali menuduh, tetapi sedikit kecewa(banyak sebenarnya) dengan kerenah mereka.Nilai2 kepimpinan islam tidak lagi dijadikan teras utama malah aplikasinya agak kurang.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Setiap pemimpin pasti akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpinkannya.Mengapa masih mahu menjawat jawatan yang tinggi2 jika diri tidak mampu membawanya dengan baik malah kebajikan rakyat juga tidak langsung diambil kira.Mengapa dan mengapa????Inilah soalan yang saya suka untuk bertanya pada pemimpin kita.(tapi tak tanya pun..huhu).Barangkali harta,pangkat dan populariti yang dikejari.Namun perlu diingat bahawa semua ini hanyalah bersifat temporary.
Jika dilihatkan era khulafa, pemimpin2 islam pada masa itu sangat disanjungi malah kebajikan rakyat sentiasa dipandang berat oleh pemimpin.Inilah zaman cemerlang pimpinan khulafa ar-rasyidin.Pasti aman dan damai negara sekiranya ciri2 kepimpinan pada zaman kegemilangan tersebut dihadam,diaplikasi dan diterjemahkan pada diri setiap pemimpin negara.Keunggulan ummah itu sendiri datangnya dari pemimpin yang mengikut acuan islam.
Pemimpin sibuk bersidang pang pung pang namun rakyat masih lagi seperti dulu.Dengan gejala sosial yang kian meningkat dari hari ke hari.Tambah lagi dengan kes murtad, zina dan sebagainya yang telah menjadi satu wabak atau virus yang sukar dibendung.Jika peranan ulamak dan orang2 yang lebih berilmu dipandang remeh bagaimana negara kita yang kononnya negara islam mahu berkembang?Jika sikap pihak atasan sudah jadi seperti ini, apatah lagi yang dipimpinnya...mungkin tidak semua yang bersikap sedemikian namun jika baik pemimpin itu sudah tentu dia akan cuba sedaya upaya untuk memimpin orang bawahannya ke arah yang lebih baik bukan?
Erm,sekadar luahan rasa.Mudah2han tampuk pimpinan negara selepas ini akan dipegang oleh insan yang mengambil berat akan nilai2 kepimpinan islam.Sama2 doakan.Gerun rasanya memikirkan negara kita ini jika diperintah oleh orang yang tidak tahu bagaimana cara memerintah dengan baik lantas menjadi negara yang kucar kacir...Wallahualam..ingatlah negara kita bukan besar mana, sangat kecil!!!
Banyakkan berdoa.Indahnya jika negara kita dipimpin oleh ulamak.(adakah ini sekadar angan2?).Negara terpimpin, ummat gemilang..hu3.moto sendiri.
Wallahualam

Sunday, November 23, 2008

Takdir atau kebetulan

Assalamualaikum

Moga kita sentiasa berada dalam iman dan tergolong dalam golongan hamba2Nya yang bersyukur kerana dalam hidup ini jarang sekali kita bersyukur seperti yang telah dinyatakan dalam kalam suci Al-Quran .Dalam hidup ini tiada yang berlaku secara kebetulan melainkan ianya adalah takdir Allah swt.

"Eh awk ni tiru je saya pakai baju colour purple..(sambil gelak2)"kata saya pada roommate.."Taklah saya mmg nak pakai baju colour nie tgk awk dh pakai..kebetulan la(dia pun tersengih2)"....
Ini di antara perbualan antara saya dan roommate...Tiada yang kebetulan semuanya adalah takdir.Tapi saya ucapkan kata2 ini di dalam hati sahaja..he3

Takdir pada hari tersebut saya dan dia pakai baju dengan warna yang sama yakni warna ungu kegemaran kak ira..hehe.


Sekarang sy tgh menaip entri ini pun merupakan takdirNya.

Tadi saya pergi Jusco makan Pizza(isk3) dengan mak pun takdir juga.Dah tertulis saya akan pergi dengan mak..

Sekarang saya menaip sambil menghirup teh peria(baik untuk kesihatan maa..) juga takdir..hu3

To be short, each and every single thing that we do in our life semuanya adalah takdir..
Semuanya telah tercatat dalam Lauh Mahfuz.


Tiada niat di hati saya untuk bncangkan tajuk ini dgn lebih mendalam..mohon untuk rujuk ustaz2 atau yg lebih pakar dlm bab ini.


Cuma point sy di sini, dalam hidup ini tiada yang kebetulan sbb semuanya sudah pun ditakdirkan.Allah sebaik2 Perancang kan..Hatta kita berusaha banyak mana pun jika ditakdirkan itu sahaja yang kita dapat bersyukurlah...(walaupun kdg2 tak puas hati..isk3)waa result tak lama lagi ni..Moga Tuhan yang memudahkan segala urusan akan terus memudahkan urusan hambaNya ini...Amiin Ya Rabbal Alamiiin...

Thursday, November 20, 2008

Zainab Al-Ghazali

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.

Baliau yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w.

Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi.

Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.

Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.

Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri

Selepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.

Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir.

Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak.

Sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya.

Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.

Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.

Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan .

Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.

Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati.

Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971.

Penyebaran Dakwah Islam

Setelah beliau dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.

Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah.

Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..

Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab.

Antaranya “Nahwa Baa’tahun Jadid” iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.

Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.


Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.