Thursday, November 20, 2008

Zainab Al-Ghazali

Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan Islam muslimat di dunia Arab merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah Islam sepenuh masa.

Baliau yang dilahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah al-Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau dipanggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah Binti Kaab iaitu salah seorang Sahabat wanita di zaman Rasulullah s.a.w.

Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang dipimpin oleh Huda Syaarawi.

Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ‘ulama al-Azhar kerana dikatakan tidak selari dengan Islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.

Pandangan serong pertubuhan itu yang disifatkan amat merbahaya kepada umat Islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.

Kesedaran kepada Islam menyerlah dalam diri

Selepas sekian lama beliau menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu, dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah Islam.

Penyakitnya semakin sembuh, dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh Mesir.

Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun pimpinan al-Marhum Syeikh Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati ditembak.

Sepanjang pengenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan agar pertubuhan muslimat itu menjadi anggota sayap gerakan al-Ikhwan khusus bagi muslimat dan beliau diminta menerajuinya.

Gerakan al-Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa an-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting untuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang ditangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang diperlukan.

Tekanan demi tekanan yang diterima, hingga beliau diminta oleh Presiden Jamal Abdel Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.

Keengganannya untuk menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya dihentikan .

Beliau kemudiannya ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.

Beliau ceritakan semuanya dalam bukunya “Aiyam min hayati” yang bermaksud hari-hari dalam hidupku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohammad Tahir Daeng Mengati.

Dengan perantaraan dan campur tangan bekas Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz, beliau telah dibebaskan di zaman pemerintahan Presiden Anwar Sadat pada Ogos 1971.

Penyebaran Dakwah Islam

Setelah beliau dibebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam.

Beliau juga dikatakan amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah.

Pada pertengahan tahun lapan puluhan, beliau serta beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali..

Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi ceramah, pidato, forom dan sebagainya, malah aktif menulis beberapa buah kitab.

Antaranya “Nahwa Baa’tahun Jadid” iaitu Kea rah kebangkitan era baru dan “Nazarat fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab Allah.

Beliau berpendapat, bahawa masa depan kepada perkembangan dunia Islam perlu dijana menerusi program muslimat, kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita/muslimat.


Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 dalam usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.

Monday, November 17, 2008

Dunia kini

Tadi tengok berita, harga minyak dah turun 15 sen bermakna harga baru RM1.90 seliter.Alhamdulillah, sekurang2nya ringan beban rakyat yang kurang berkemampuan dari segi perbelanjaan minyak yang sebelum ini naik mendadak.Syukurlah...bak kata ustaz Muhadir semasa Tamrin Qiyadi Kebangsaan yang lepas, "minyak naik pun, alhamdulillah..."huhu...betullah tu, ingat janji Allah bahawa Dia akan tambah nikmat selagi kita bersyukur, rindu nak dengar pengisian dari ustaz Muhadir...best!!!
Erm, apa pun bukanlah perihal harga minyak turun yang ingin saya sentuh. Pagi tadi masa tengah tengok tv ada pula iklan idola kecil(dah lama tak tgk tv..huhu).Terkejut juga.Kesian budak2 tu kecik2 dah diajar untuk jadi artis. Kalau boleh si ayah menginginkan satu keluarga menjadi artis..Sayang.Kalau di negara Arab anak2 seumur satu tahun sudah diajar agama.Kecil2 lagi diajar untuk mengenal jihad, walaupun mereka kurang faham dengan apa yang mereka lakukan sekurang2nya mereka punya pendedahan awal dalam bab2 pertahanan diri.Mungkin ada yang kata negara kita tidak sama dengan negara mereka diancam.Tidak patut kita sebagai orang islam berkata sedemikian, kerana perjuangan mereka merupakan suatu perjuangan suci mempertahankan islam...Berbanggalah kita dengan mereka.Apa yang saya bertambah sedih dalam Al-Quran sendiri tidak pula kata bangsa kita yang memerangi Yahudi bahkan bangsa Arab!!!
Tidak takutkah mereka akan soalan2 yang bakal mereka hadapi di akhirat kelak?Betul kata ustaz Razak semasa kelas Islamic Worldview..."what is the point they produce their children if they just standing and smoke at the street"?Anak2 adalah amanah Allah swt maka jagalah anak2 itu sebaiknya dan didiklah mereka dengan ajaran islam yang sempurna.Bila kita sudah tiada nanti doa anak yang solehlah yang kita harapkan bukan???Seronok bukan jika bi'ah solehah dpt diwujudkan dalam keluarga kita?
Kelmarin saya bercerita tentang azab kubur pada adik2 saya.Macam2 soalan yang ditanya.Si kecil lagilah macam2 yang ditanya.Muka mereka muram je selepas bertanya..akhir sekali saya memberitahu mereka bahawa anak Nabi sendiri diazab dalam kubur(pernah baca kalau tak silap Zainab, kalau salah betulkan),apatah kita sendiri???Setiap aspek dalam kehidupan harus dijaga, hatta sekecil2 zarah pastikan dihitung.Hidup ini sebagai medan muhasabah untuk diri kita.Banyakkan tanya soalan pada diri sendiri berkaitan ibadat,akidah dan akhlaq kita sendiri.Adakah cukup adakah kurang.
Sedar tak sedar banyak pula rancangan hiburan.Naik muak jadinya.Berlumba2 stesen tv menyiarkan rancangan2 yang kadang2 tak masuk dek akal ceritanya.Kadang2 rasa tiada tv dalam rumah lagi bagus!Inilah misi orang Yahudi dan yang sekutu dengannya untuk mempengaruhi bangsa Melayu Islam dalam setiap genap ruang kehidupan.Saya selalu tertanya2 mengapa orang Yahudi dan sekutunya tidak menyerang Malaysia secara terus sedangkan Malaysia hanyalah negara yang kecil, jika dibom sekaligus hancur...nauzubillah,bukanlah diri ini meminta sedemikian namun soalan ini kerap berlegar2 di ruang fikiran.Inilah namanya strategi.Memusnah secara halus.Sedikit demi sedikit...Ya Allah kurniakanlah petunjuk kepada hamba2Mu yang lemah ini...Moga mereka yang masih lagi di alam fantasi diberi kesedaran.
Bimbinglah anak2 mengenal dunia realiti yang penuh dengan cubaan dan dugaan.Anak2 yang bakal meneruskan wasilah perjuangan Nabi tercinta.Dunia yang fana kejari jangan, akhirat yang kekal sama2 kita tujui...
Wallahualam
Jom dengar sat lagu Dunia Baru Islam dendangan The Zikr, saya suka betul dgn lagu nie..huhu

Tuesday, November 11, 2008

Gugurnya Muhammad di pelukan ummi

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru . Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana . Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Kubur Tempat Terbaik

Suatu malam Imam Ibrahim bin Adham sedang berada di luar rumah. Seorang askar yang menunggang kuda dan pasukannya berkhemah di sekitar tempat itu dan kebetulan mendapat cuti, datang mendekatinya, lalu bertanya: “Hai orang tua, di daerah ini, di manakah ada tempat bersenang-senang, tempat yang paling indah?”

Ibrahim bin Adham mendonggakan kepala dan bertanya balik “Tuan menanyakan pendapat saya?”
“Ya!”.Jawab askar itu.
“Tempat yang tuan maksudkan itu terletak di sana, di seberang rumah saya.” Jawab Ibrahim bin Adham sambil menunjukkan ke arah tanah perkuburan.
“Yang mana?” tanya askar itu kebingungan.
“Itu, di seberang sana!”. Ibrahim bin Adham sekali lagi menunjukkan ke arah yang sama.
“Yang mana?……kuburan itu?” tanya askar itu lagi.
“Ya, betul. Tempat yang paling indah untuk bersenang-senang menurut pendapat saya adalah kuburan”. Jawab Ibrahim bin Adham
“Kurang ajar”, kata askar itu marah. Tapi ia belum berani bertindak lebih jauh, takut kalau-kalau orang tua itu seorang yang berpangkat tinggi. Jadi ia bertanya: “Siapakah kamu hai orang tua?”.
“Saya hanyalah seorang hamba” Jawab Ibrahim bin Adham
“Keparat!” teriak askar itu sambil menendang Ibrahim bin Adham.
Kemudian Ibrahim bin Adham di seret ke perkhemahannya dan diadukan kepada atasannya dengan tuduhan telah mempermainkan dan menghina tentera.
Namun alangkah hairannya askar itu melihat atasannya sangat menghormati orang tua tersebut kerana ia memang mengenali Ibrahim bin Adham sebagai seorang alim yang amat berpengaruh.
Walau bagaimanapun, ketua tentera dengan nada penyesalan dan kekecewaan berkata: “Saya menyayangkan sikap tuan selaku orang alim, mengapa mempermainkan anak buah saya?”.
Ibrahim Adham bertanyakan tidak mengerti: “Mempermainkan anak buahmu?. Dalam hal apa?

“Ia menanyakan tempat bersenang-senang yang paling indah. Kenapa tuan menunjukkan tanah perkuburan?”
“Hah!, ia menanyakan pendapat saya. Tentu sahaja tempat bersenang-senang buat orang tua seperti saya hanyalah di tanah perkuburan. Apakah seumur hidup saya ini masih dapat mencari kesenangan di tempat-tempat hiburan?.
Pengawal tentera itu terperangah. Terpaksalah ia mengakui, Ibrahim bin Adham telah memberikan jawapan yang tepat. Tapi ia masih kurang senang. Hingga ia bertanya lagi; “Andaikata tuan menerangkan dengan jujur siapa tuan sebenarnya, pasti anak buah saya takkan menendang serta mengheret tuan ke mari.”
“Maksudmu?”. Tanya Ibrahim bin Adham
“Mengapa tuan mengatakan bahawa tuan hanya seorang hamba?”

“Apakah salah saya? Dia bertanyakan saya siapa. Jadi siapakah saya ini kecuali seorang hamba Allah?. Kau, aku, dia dan kita semua, bukankah cuma hamba-hamba Allah belaka? Nama, pangkat dan kedudukan hanyalah buat sementara, yang tidak dapat menghilangkan kenyataan bahawa kita adalah hamba Allah”.
Makin terperosok pegawai itu ke dalam kebenaran yang pahit. Ia tak dapat mengelak bahawa semua dalih dan penjelasan Ibrahim bin Adham adalah kejujuran paling tuntas dari seorang alim yang tawakal.
Akhirnya dengan sedih ia berkata: “Kalau begitu, maafkanlah kekurang ajaran anak buah saya yang telah menendang dan menyeret tuan ke mari”.
Ibrahim bin Adham dengan wajah polos menjawab: “Tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu memaafkan. Sepatutnya sayalah yang harus mengucapkan terima kasih kepadanya”.

“Ah, sekeras itukah hati tuan sehingga tidak mahu memberi maaf?”
“Bagaimanakah saya harus memberi maaf jika dia tidak perlu minta maaf?. Mengapa dia mesti minta maaf padahal dia telah membantu saya mengurangi dosa-dosa saya, melipatgandakan simpanan pahala saya dan menyebabkan doa saya pasti dikabulkan Allah S.W.T?”

“Maksud tuan?” Tanya pegawai tentera itu kebingungan.
Saya tidak bersalah tetapi dia telah menganiaya saya. Bererti saya termasuk orang yang dianiaya. Tidakkah engkau pernah mendengar bahawa dosa orang yang dianiaya akan dihapuskan dan doanya pasti dikabulkan?”
Dengan penjelasan ini, komandan tentera makin tidak dapat menjawab. Ia hanya berjanji dalam hati untuk memarahi anak buahnya supaya bersikap lebih hormat kepada rakyat jelata

Monday, November 3, 2008

Celoteh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lega rasanya berada di rumah, setelah penat memerah otak beberapa minggu ni..Abang yang menjemput dengan membuka bermacam2 cerita, membuatkan saya sedikit gembira.Maklumlah lama tidak sembang2 begini.7hb ini insyaAllah abang saya yang sulung bakal pulang kembali ke Mesir untuk meneruskan perjuangannya..Wahhh, bilalah mau kembali..katanya 2 tahun tidak akan pulang..Mak juga mahu abang fokus pada pelajarannya.Tak pelah, pejam celik pejam celik sudah pun dua tahun di mana kita sendiri sudah tua dan kematian menghampiri kita yang terkadang leka dan lalai..Astargfirullahalazim....Erm.. it's a norm as a student kalau sudah namanya exam week mesti ada yang bersengka mata tidak tidur malam..hehe.tak begitu?masih ada lagi satu paper yang harus ditempuh, paper Management, agak lega sebaik sahaja keluar dari exam hall setelah bertungkus lumus untuk paper Biochemistry.Alhamdulillah...gap hampir 2 minggu untuk paper yang terakhir, membuatkan saya terfikir untuk balik ke rumah...

Kawan2 ada sahaja yang balik tetapi majoriti hanya stay di kampus. Ada yang bosan sehinggakan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika dilihatkan, banyak sahaja aktiviti bermanfaat yang dapat dilakukan cuma semuanya terpulang pada diri masing2. Revision period memang student mengadap buku siang malam. Sehinggakan ada yang sanggup untuk tidak tidur semata2 untuk menghadapi exam..

Pada saya rutin seorang pelajar yang berjaga sepanjang malam adalah kurang baik. Saya lebih suka untuk tidur pada pukul 10 malam kemudian bangun seawal 3 pagi untuk study. Ada juga yang tidur usai sahaja solat isyak kemudian bangun pada pukul 12 tgh malam...Udara di waktu pagi lebih nyaman dan lebih banyak oksigen yang terhasil pada waktu sebegini...Telah terbukti bangun seawal pagi memberi banyak kelebihan pada tuan empunya badan jika kerap diamalkan...Selain dapat menghirup udara nyaman kita juga dapat tahajud sekali..indah bukan???


Apa pun, masing2 punya cara yang tersendiri. Sejujurnya saya bukanlah kerap mengamalkannya, cuma kalau dah nak exam atau pun sebab ada kuiz atau kerja2 penting yang harus disiapkan dan juga ats sbb2 lain..istiqamah adalah benda yang susah kita nak buat bukan?insyaAllah kalau sekecil2 perkara kita titikberatkan pasti tiada masalah untuk perkara2 yang lebih besar dari itu..insyaAllah.

Mak, abah dan adik2 yang kecil semua tiada di rumah, yang ada hanyalah abang dan adik2 lain. Hai, rindu betul saya pada adik yang bongsu. Hanya mendengar cerita si kecil melalui adik dan mak..huhu..rindunyaaa..cepat la balik!Erm, yang pasti tidak akan saya sia2 kan masa yang ada sementara menunggu untuk pulang ke kuantan 7hb ini.insyaAllah....Maklumlah dah duduk di rumah asyik nak berkongsi cerita dengan family.huhu...Buat sahabat2 yang sedang dan bakal menhadapi paper2 selamat berjaya!Kalian sentiasa dalam doa.



3 November 08
10.27 pm
Seremban 2

Friday, October 24, 2008

Luahan hati di kala sepi

Assalamualaikum wbt

Pasti ada sahabat2 yang masih sibuk beraya di rumah sahabat2 yang lain..maaf yang tidak terhingga kepada dua orang sahabatku yang dirindui, syira dan asila kerana tidak dapat menghadiri jamuan raya yang shabat2 adakan…ditakdirkan kak ira datang senyap2 ke kuantan tanpa memaklumkan diri ini (geram juga). Kedatangan kak ira sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada sahabat2 semua yang berada di PJ mahupun di Gombak…masa mengatasi segalanya…walaupun sahabat2 berdua jauh dari pandangan mata tetapi antum semua tetap berada dekat di hati…hanya maut yang memisahkan kita.

Erm…assignment berlambak-lambak..satu persatu datang bak air yang mengalir..tak henti2..pada masa yang sama kuiz dan lain2…namun semua ini tidak menjatuhkan semangat saya kerana satu sahaja yang saya pegang…ini semua adalah nikmat dariNya. Terasa masa begitu berharga dan tidak dinafikan di akhir zaman ini masa berlalu begitu pantas berlalu..pejam celik pejam celik sudah pun sampai ke penghujung sem dan 29hb oktober ini saya bakal menghadapi final exam untuk kertas epidemiology dan berakhir pada 11November dengan subjek Management. Tak sangka!!!!itulah yang saya rasa=)

Maut bakal menjemput kita…. Mungkin sekarang, esok, lusa atau tulat…Hanya Allah yang tahu. Kita hanyalah hambaNya yang lemah. Sahabat2, ingatlah bahawa apabila kita diasak dengan tugasan yang bertimbun2 janganlah kita melupakan amar makruf nahi mungkar dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta….setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah dengan izinNya, maka berharap dan mengadu hanya padaNya…setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya….

Teringat pula saya pada sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang begini bunyinya:

Jika engkau melebihkan dunia ia akan membawa mudarat pada akhiratmu dan jika engkau melebihkan akhirat ia akan membawa mudarat pada duniamu…

Sememangnya benar…cubalah sahabat2 menilai apa yang kita telah lakukan dalam masa sehari..adakah lebih kepada akhirat???atau dunia???tepuk dada tanyalah iman kita sendiri. Iman kita sentiasa menaik dan menurun...Pengalaman di kampus Kuantan ini membuatkan saya sedikit kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang datang menimpa…tetapi apalah sangat dugaan ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dihadapi oleh orang2 yang terdahulu..Namun inilah jihad kita sahabat2….Jihad dalam mencari ilmu..menuntut ilmu keranaNya…meskipun niat kita sering kali tergelincir dari landasan segeralah perbetulkannya…

Tulisan ini lebih kepada luahan perasaan=)maklumlah penat memerah otak jadi saya pun terus mencapai laptop dan meluahkan apa yang terbuku di hati..Syukran kerana sudi membaca…ingat ye sahabat2…jangan mudah berputus asa dan mengeluh..ingat!Dugaan itu nikmat dan tanda kasih sayangNya pada kita…

Moga segala urusan kita dipermudahkanNya….ameenn….

UIA Kuantan

Mahallah Talhah 5

15 Oktober ‘08

11.29pm

Friday, October 3, 2008

Apa Khabar Hari-hari Dakwahmu, Saudariku?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Mungkin hari-hari yang kau lalui penuh dengan ujian dan rintangan. Mungkin kau terpaksa mengorbankan waktu istirehatmu untuk merencanakan kerja2 dakwah. Atau kau terpaksa mengorbankan waktu kuliahmu kerana tidak ada yang bersedia mengalah untuk mengorbankan waktu kuliahnya ketika koordinasi dakwah harus dilakukan segera. Dengan penuh keikhlasan, kau pun bersedia mengikuti jadual rakan-rakanmu yang lain meski harus mengorbankan kepentingan dirimu. Betapa kau percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka yang menolong DeenNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Apakah pertanyaan-pertanyaan penuh nada curiga dari keluargamu masih kerap menemani setiap langkahmu? Betapa pun dalam setiap sujud panjangmu kau tak pernah lalai memohon hidayah untuk keluargamu, terkadang dengan
deraian air mata. Tapi kau selalu tersenyum, ceria, dan penuh semangat di kalangan saudarimu yang lain. Seolah tak pernah ada duka menghampiri kehidupanmu. Kau terlihat begitu tegar, bahkan kau kerap menghadiahkan taushiyah yang mampu menguatkan saudarimu yang lain.
Bersama kesulitan selalu ada kemudahan, janji Allah itu membuat engkau begitu kuat dan tegar.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Kulihat kau begitu bersahaja, sederhana, dan anggun dengan tudung dan pakaian sederhana yang tak banyak kau miliki. Kau tak pernah iri melihat saudarimu mengenakan pakaian beraneka fesyen, bahkan selalu berganti setiap
hari. Selalu rasa syukur yang tergambar dari teduh wajahmu, kau tidak ingin menggunakan pakaian hanya untuk kelihatan moden. Sutera hijau nan indah menjadi impianmu kelak di syurgaNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Hari-harimu dilewati penuh dengan perencanaan. Tilawah Al-Qur'an nan syahdu selalu kau sempatkan sekalipun di kampus. Dzikirullah tak pernah terlepas dalam setiap harimu. Sering terdengar alunan ayat-ayat Al-Qur'an dari
bibirmu ketika kau menghafaz surat cinta dari Illahi. Ketika banyak saudarimu lebih semangat menyenandungkan bait-bait nasyid yang begitu banyak mereka hafal, kau tak pernah tergoda. Subhanallah, kudengar sudah beberapa surah tersimpan di memorimu.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Sudahkah engkau menyempatkan diri membaca lara yang menimpa saudaramu di belahan bumi lain? Di Afghanistan, Palestina, Kashmir, Maluku, dan lain-lainnya. Sudahkah kau membaca akhbar dan majalah hari ini? Ataukah
kau masih suka membaca buku cerita dan novel cinta yang menjadi santapanmu ketika jahiliyah dulu? Pernahkah kau baca Tafsir Al-Qur'an di rumah ketika tilawah, menekuni buku Fiqh Dakwah, Petunjuk Sepanjang Jalan, dan buku-buku Islam lainnya. Ataukah kau masih menunggu arahan murabbi untuk membukanya?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Begitu banyak kewajiban dakwah yang belum tersentuh tanganmu, saudariku. Bagaimana khabar dakwah di kampusmu, di keluargamu, di lingkungan rumahmu, di tempat kerjamu? Sudahkah kau memberikan sumbangan bererti untuk membangun peradaban madani ataukah kau lebih suka menjadi penonton? Pasif, diam, tidak percaya diri, takut menghadapi dunia luar, dan sibuk dengan diri sendiri? Saatnya bangkit dan berjuang saudariku. Mari bersama berjuang membangun generasi pewaris. Jangan tunggu lagi!

Artikel dipetik dari kotasantri.com (versi indonesia).