Monday, November 3, 2008

Celoteh

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lega rasanya berada di rumah, setelah penat memerah otak beberapa minggu ni..Abang yang menjemput dengan membuka bermacam2 cerita, membuatkan saya sedikit gembira.Maklumlah lama tidak sembang2 begini.7hb ini insyaAllah abang saya yang sulung bakal pulang kembali ke Mesir untuk meneruskan perjuangannya..Wahhh, bilalah mau kembali..katanya 2 tahun tidak akan pulang..Mak juga mahu abang fokus pada pelajarannya.Tak pelah, pejam celik pejam celik sudah pun dua tahun di mana kita sendiri sudah tua dan kematian menghampiri kita yang terkadang leka dan lalai..Astargfirullahalazim....Erm.. it's a norm as a student kalau sudah namanya exam week mesti ada yang bersengka mata tidak tidur malam..hehe.tak begitu?masih ada lagi satu paper yang harus ditempuh, paper Management, agak lega sebaik sahaja keluar dari exam hall setelah bertungkus lumus untuk paper Biochemistry.Alhamdulillah...gap hampir 2 minggu untuk paper yang terakhir, membuatkan saya terfikir untuk balik ke rumah...

Kawan2 ada sahaja yang balik tetapi majoriti hanya stay di kampus. Ada yang bosan sehinggakan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika dilihatkan, banyak sahaja aktiviti bermanfaat yang dapat dilakukan cuma semuanya terpulang pada diri masing2. Revision period memang student mengadap buku siang malam. Sehinggakan ada yang sanggup untuk tidak tidur semata2 untuk menghadapi exam..

Pada saya rutin seorang pelajar yang berjaga sepanjang malam adalah kurang baik. Saya lebih suka untuk tidur pada pukul 10 malam kemudian bangun seawal 3 pagi untuk study. Ada juga yang tidur usai sahaja solat isyak kemudian bangun pada pukul 12 tgh malam...Udara di waktu pagi lebih nyaman dan lebih banyak oksigen yang terhasil pada waktu sebegini...Telah terbukti bangun seawal pagi memberi banyak kelebihan pada tuan empunya badan jika kerap diamalkan...Selain dapat menghirup udara nyaman kita juga dapat tahajud sekali..indah bukan???


Apa pun, masing2 punya cara yang tersendiri. Sejujurnya saya bukanlah kerap mengamalkannya, cuma kalau dah nak exam atau pun sebab ada kuiz atau kerja2 penting yang harus disiapkan dan juga ats sbb2 lain..istiqamah adalah benda yang susah kita nak buat bukan?insyaAllah kalau sekecil2 perkara kita titikberatkan pasti tiada masalah untuk perkara2 yang lebih besar dari itu..insyaAllah.

Mak, abah dan adik2 yang kecil semua tiada di rumah, yang ada hanyalah abang dan adik2 lain. Hai, rindu betul saya pada adik yang bongsu. Hanya mendengar cerita si kecil melalui adik dan mak..huhu..rindunyaaa..cepat la balik!Erm, yang pasti tidak akan saya sia2 kan masa yang ada sementara menunggu untuk pulang ke kuantan 7hb ini.insyaAllah....Maklumlah dah duduk di rumah asyik nak berkongsi cerita dengan family.huhu...Buat sahabat2 yang sedang dan bakal menhadapi paper2 selamat berjaya!Kalian sentiasa dalam doa.



3 November 08
10.27 pm
Seremban 2

Friday, October 24, 2008

Luahan hati di kala sepi

Assalamualaikum wbt

Pasti ada sahabat2 yang masih sibuk beraya di rumah sahabat2 yang lain..maaf yang tidak terhingga kepada dua orang sahabatku yang dirindui, syira dan asila kerana tidak dapat menghadiri jamuan raya yang shabat2 adakan…ditakdirkan kak ira datang senyap2 ke kuantan tanpa memaklumkan diri ini (geram juga). Kedatangan kak ira sedikit sebanyak mengubat rindu saya pada sahabat2 semua yang berada di PJ mahupun di Gombak…masa mengatasi segalanya…walaupun sahabat2 berdua jauh dari pandangan mata tetapi antum semua tetap berada dekat di hati…hanya maut yang memisahkan kita.

Erm…assignment berlambak-lambak..satu persatu datang bak air yang mengalir..tak henti2..pada masa yang sama kuiz dan lain2…namun semua ini tidak menjatuhkan semangat saya kerana satu sahaja yang saya pegang…ini semua adalah nikmat dariNya. Terasa masa begitu berharga dan tidak dinafikan di akhir zaman ini masa berlalu begitu pantas berlalu..pejam celik pejam celik sudah pun sampai ke penghujung sem dan 29hb oktober ini saya bakal menghadapi final exam untuk kertas epidemiology dan berakhir pada 11November dengan subjek Management. Tak sangka!!!!itulah yang saya rasa=)

Maut bakal menjemput kita…. Mungkin sekarang, esok, lusa atau tulat…Hanya Allah yang tahu. Kita hanyalah hambaNya yang lemah. Sahabat2, ingatlah bahawa apabila kita diasak dengan tugasan yang bertimbun2 janganlah kita melupakan amar makruf nahi mungkar dan sentiasa menjaga hubungan kita dengan Sang Pencipta….setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah dengan izinNya, maka berharap dan mengadu hanya padaNya…setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya….

Teringat pula saya pada sabda Rasulullah s.a.w yang lebih kurang begini bunyinya:

Jika engkau melebihkan dunia ia akan membawa mudarat pada akhiratmu dan jika engkau melebihkan akhirat ia akan membawa mudarat pada duniamu…

Sememangnya benar…cubalah sahabat2 menilai apa yang kita telah lakukan dalam masa sehari..adakah lebih kepada akhirat???atau dunia???tepuk dada tanyalah iman kita sendiri. Iman kita sentiasa menaik dan menurun...Pengalaman di kampus Kuantan ini membuatkan saya sedikit kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang datang menimpa…tetapi apalah sangat dugaan ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dihadapi oleh orang2 yang terdahulu..Namun inilah jihad kita sahabat2….Jihad dalam mencari ilmu..menuntut ilmu keranaNya…meskipun niat kita sering kali tergelincir dari landasan segeralah perbetulkannya…

Tulisan ini lebih kepada luahan perasaan=)maklumlah penat memerah otak jadi saya pun terus mencapai laptop dan meluahkan apa yang terbuku di hati..Syukran kerana sudi membaca…ingat ye sahabat2…jangan mudah berputus asa dan mengeluh..ingat!Dugaan itu nikmat dan tanda kasih sayangNya pada kita…

Moga segala urusan kita dipermudahkanNya….ameenn….

UIA Kuantan

Mahallah Talhah 5

15 Oktober ‘08

11.29pm

Friday, October 3, 2008

Apa Khabar Hari-hari Dakwahmu, Saudariku?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Mungkin hari-hari yang kau lalui penuh dengan ujian dan rintangan. Mungkin kau terpaksa mengorbankan waktu istirehatmu untuk merencanakan kerja2 dakwah. Atau kau terpaksa mengorbankan waktu kuliahmu kerana tidak ada yang bersedia mengalah untuk mengorbankan waktu kuliahnya ketika koordinasi dakwah harus dilakukan segera. Dengan penuh keikhlasan, kau pun bersedia mengikuti jadual rakan-rakanmu yang lain meski harus mengorbankan kepentingan dirimu. Betapa kau percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka yang menolong DeenNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Apakah pertanyaan-pertanyaan penuh nada curiga dari keluargamu masih kerap menemani setiap langkahmu? Betapa pun dalam setiap sujud panjangmu kau tak pernah lalai memohon hidayah untuk keluargamu, terkadang dengan
deraian air mata. Tapi kau selalu tersenyum, ceria, dan penuh semangat di kalangan saudarimu yang lain. Seolah tak pernah ada duka menghampiri kehidupanmu. Kau terlihat begitu tegar, bahkan kau kerap menghadiahkan taushiyah yang mampu menguatkan saudarimu yang lain.
Bersama kesulitan selalu ada kemudahan, janji Allah itu membuat engkau begitu kuat dan tegar.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Kulihat kau begitu bersahaja, sederhana, dan anggun dengan tudung dan pakaian sederhana yang tak banyak kau miliki. Kau tak pernah iri melihat saudarimu mengenakan pakaian beraneka fesyen, bahkan selalu berganti setiap
hari. Selalu rasa syukur yang tergambar dari teduh wajahmu, kau tidak ingin menggunakan pakaian hanya untuk kelihatan moden. Sutera hijau nan indah menjadi impianmu kelak di syurgaNya.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Hari-harimu dilewati penuh dengan perencanaan. Tilawah Al-Qur'an nan syahdu selalu kau sempatkan sekalipun di kampus. Dzikirullah tak pernah terlepas dalam setiap harimu. Sering terdengar alunan ayat-ayat Al-Qur'an dari
bibirmu ketika kau menghafaz surat cinta dari Illahi. Ketika banyak saudarimu lebih semangat menyenandungkan bait-bait nasyid yang begitu banyak mereka hafal, kau tak pernah tergoda. Subhanallah, kudengar sudah beberapa surah tersimpan di memorimu.

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Sudahkah engkau menyempatkan diri membaca lara yang menimpa saudaramu di belahan bumi lain? Di Afghanistan, Palestina, Kashmir, Maluku, dan lain-lainnya. Sudahkah kau membaca akhbar dan majalah hari ini? Ataukah
kau masih suka membaca buku cerita dan novel cinta yang menjadi santapanmu ketika jahiliyah dulu? Pernahkah kau baca Tafsir Al-Qur'an di rumah ketika tilawah, menekuni buku Fiqh Dakwah, Petunjuk Sepanjang Jalan, dan buku-buku Islam lainnya. Ataukah kau masih menunggu arahan murabbi untuk membukanya?

Apa khabar hari-hari dakwahmu, saudariku? Begitu banyak kewajiban dakwah yang belum tersentuh tanganmu, saudariku. Bagaimana khabar dakwah di kampusmu, di keluargamu, di lingkungan rumahmu, di tempat kerjamu? Sudahkah kau memberikan sumbangan bererti untuk membangun peradaban madani ataukah kau lebih suka menjadi penonton? Pasif, diam, tidak percaya diri, takut menghadapi dunia luar, dan sibuk dengan diri sendiri? Saatnya bangkit dan berjuang saudariku. Mari bersama berjuang membangun generasi pewaris. Jangan tunggu lagi!

Artikel dipetik dari kotasantri.com (versi indonesia).

Sunday, September 28, 2008

Ramadhan kian melabuhkan tirainya=(

Apabila berakhir
malam bulan Ramadhan, menangislah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan segala
Malaikat, kerana berlalu Ramadhan bermaksud berlalulah kelebihannya.
“Sebab
ianya musibah bagi umatku dan terduduk segala Malaikat bagi musibah”.

Orang
bertanya: “Ya Rasulullah, apa itu musibah?”

Jawab
Rasulullah s.a.w: “Kerana segala doa padanya itu mustajab, sedekah makbul,
segala kebajikan digandakan dan siksa kubur terangkat, maka apakah musibah yang
terlebih besar daripada ini bagi umatku?”


Salam...

Sedar atau tidak Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Apakah perasaan kita??Saya yakin sahabat2 pasti menangisi pemergian Ramadhan...Malam ini merupakan malam yang ke 29.Ermm...Ramadhan kali ini begitu cepat sekali berlalu. Doa ku panjatkan padaNya moga memberkati kami sekeluarga di dunia dan juga di akhirat sana. Semoga Allah swt menerima setiap amal yang dilakukan...Amiiiinnn....Jangan lupa banyakkan zikir, istighfar dan hidupkan malam 10 terakhir dengan qiamullail...satu family sekalii...wahhh..seronok tue..Bukan senang satu family dapat buat qiam bersama2..Syukur padaNya kerana saya masih punya peluang merasainya...Ada seorang kakak yang bercerita bahawa semasa dia sedang membaca Al-Quran pada malam2 yg terakhir pada bulan Ramadhan yang lepas, dia tiba2 terbau suatu bau yang sungguh wangi di pergelangan tangannya..Mungkinkah malam itu malam lailatul qadar..malam yang penuh barakah ini adalah untuk umat Nabi Muhammad..Siapakah kita untuk mengatakan kita tidak layak untuk mendapat malam lailatul qadar???Sedangkan Allah sudah memberi kita peluang...bergantung pada usaha masing2.


Sedih kerana Ramadhan bakal meninggalkan kita. Masihkah kita semua punya peluang menemui Ramadhan yang seterusnya?Ah..acap kali kita didedahkan dgn berita2 kematian sahabat terdekat kita namun perasaan insaf hanya sebentar cuma.
Apa pun tepuk dada tanya iman kita sendiri sama ada kita gembira dengan Syawal yg bakal tiba ataupun kita sedih kerana Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita...

Monday, September 15, 2008

Ramadhan yang menguji iman!

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).


Marhaban Ya Ramadhan...
Agak lama diri ini tidak menulis..Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang sungguh bermakna sekali buat diri ini. pelbagai peristiwa pahit dan manis yang berlaku sejak akhir2 ini...
Bulan ini juga merupakan bulan yang benar2 menguji keimanan dan kesabaran sahabatku, syira...6 Ramadhan yang lalu mamanya telah pergi menghadap Ilahi, Terkejut+sedih+simpati dan bermacam2 lagi perasaan yang bercampur baur tatkala menerima SMS dari seorang shbat menyatakan bahawa mamanya telah meninggal dunia...Moga syira terus tabah dalam menghadapi liku2 hidup yang mendatang, tidak tergambar oleh saya keadaan yang menimpa diri sahabat. Peringatan buat kita yang masih lagi hidup untuk terus menjalankan amanah sebagai khalifahNya di muka Bumi ini. Saat itu akan tiba jua di mana kita pergi menghadap Ilahi...orang mulia akan kembali menghadap penciptaNya di bulan yang mulia..Moga roh mama syira dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solihin..Amiiin Ya Rabbal Alamiin...Erm,teringat lagi cerita seorang kakak senior semasa kami menunaikan solat tarawikh berjemaah mengenai sahabat baiknya yang beru sahaja meninggal dunia. Ceritanya panjang, tapi saya cukup tersentuh dan bergetar juga satu badan mendengar ceritanya. Ada juga saya menerima berita daripada sahabat di gombak mengenai pemergian sahabat saya. Kebetulan arwah merupakan sahabat seusrah semasa first year di matrik uia. Saya sgt2 terkejut menerima berita ini.Sampai di suatu saat, saya terasa seperti Allah ingin memberi "hint" untuk saya terus meningkatkan amal iabadat d samping menjalankan tanggungjawab yang cukup berat sebagai khalifahNya...Allahuakbar!!!!!




Sama2 kita ambil iktibar kerana kematian itu suatu yang pasti. Dan saat di mana malaikat Izrail dtg mengunjungi kita juga tidak kita ketahui.erm....Ramadhan kali ini juga membuatkan saya tidak cukup tidur kerana menyiapkan pelbagai tugasan yang diberi oleh pensyarah...Hari ini agak lega kerana segala hari2 yang tidak ingin saya putar kembali itu telah berlalu...Kadang2 benar2 menguji kesabaran.Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh waktu yg telah ditetapkan. Apa yang pasti disebabkan tidak dapat tidur amat mudah bagiku melakukan ibadat2 sunat. Semoga amalan ini berterusan sehingga berakhirnya Ramadhan dan hari2 yang seterusnya dalam hidup saya...Bulan ini merupakan bulan yang penuh Barakah. Ibarat pasar dagangan mengumpul segala amalan buat bekalan di sana. Moga ibadat kita diterimanya. Banyakkanlah amalan dan pastikan diiringi dengan niat yang ikhlas keranaNya, jgn sekadar menjadi ramadhan youth yang di mana hanya di bulan ini sahaja kita berlumba2 melakukan amal ibadat tetapi biarlah berterusan hingga ke hujung nyawa. Kita tidak tahu sama ada kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang akn dtg....Selamat berpesta ibadah dan moga Ramadhan kali ini memberikan kita satu anjakan paradigma buat diri yang sentiasa menagih cinta dan kasih Ilahi.....



Selamat Beramadhan=)

UIA Kuantan
15 Ramadhan 1429H

Wednesday, July 16, 2008

First lecture

Salamualaik..
Baru sahaja balik dari bilik ustaz untuk bertanya kepadanya tentang kekosongan kelas tilawah al-quran. Sebaik sahaja saya dapat tahu daripada kawan bahawa ustaz akan membuka satu lagi kelas untuk tilwah saya terus bersiap2 untuk berjumpa dengan ustaz usai solat zohor.Malangnya, ustaz tiada di biliknya. Erm, esok sahajalah kami ke bilik ustaz.
Petang ini Biochemistry Lab dibatalkan. Sudah 2 minggu kelas ini tidak berjalan. Saya yang agak excited untuk belajar subjek ini tertunggu2 dan tertanya2 bilakah kelas ini akan bermula..huhu..Hampir sebulan di sini terasa seperti hadir hanya ke 2-3 kelas sahaja..walaupun subjek yg diambil lebih dari itu...Kelas Epidemiology sangat menyeronokkan memandangkan pensyarah yang begitu bijak menarik minat pelajar2nya terhadap subjek tersebut. Tambahan pula lecturer tersebut memang seorang yang happy go lucky dan boleh dianggap seperti kakak..But she used to tell us.."Please don't call me kakak"..huhuh...Kelas komputer pula membuatkan kami selalu sahaja ketawa..Astargfirullahalazim..tak sah tak ketawa...kepada sesiapa yang kenal dengan lecturer tersebut faham2 sahajalah ye=)
Setakat ini kelas sangat menyeronokkan. Bezanya satu kelas pelajar mencecah 100 lebih..Zaman matrik sudah berlalu, jadi nak tak nak kenalah biasakan diri. Masuk sahaja kelas Biochem sudah diberi tugasan untuk mereka sebuah model berdasarkan topik2 yang kami pelajari. Akhirnya kami bercadang untuk mereka struktur Tyrosine dan Glutamine untuk exhibition yang akan datang yang saya sendiri tidak tahu bila..Yang pasti sebelum final exam dan selepas mid term. Masih lagi memikirkan bahan yang bakal kami gunakan untuk membuat model tersebut. Moga dipermudahkan segalanya..Jujurnya saya bukanlah orang yang kreatif..he3
Sekadar perkongsian cerita bersama sahabt2 dan famili saya yang membaca entri ini=)

Monday, July 7, 2008

Campus life

Assalamulaikum...
Erm, kekeringan idea untuk menulis. Barangkali ini cuma alasan. Selama seminggu lebih di Bumi UIA Kuantan ini saya sudah dapet membiasakan diri di sini walaupun agak kekok sedikit kerana masih lagi tidak "master" selok belok di Kuliyyah of Medicine di mana di sini merupakan central bagi UIA Kuantan..
Agak terkejut dengan bermacam2 berita yg di luar dugaan sy muncul di dada akhbar..mengucap panjang saya...apa sudah jd dengan dunia hari ini..Astargfirullahalazim..daripada buang anak, tuduhan liwat dan bermacam2 lagi kes yang menghiasi akhbar2 di dalam negara..tergamam saya dibuatnya..bagi pelajar2 yg kurang terdedah dgn suasana luar barangkali masih berasa selesa dengan keadaan di kampus. Masakan tidak, masih lagi boleh melihat biah solehah di dalam kampus dan segalanya2 masih lagi terkawal di bumi UIA Kuantan ini..Alhamdulillah, tatkala jam menunjukkan pukul 11 malam, keadaan di cafe2 sudah mulai lengang, tiada kelihatan pelajar2 melepak di tepi2 jalan atau di cafe seprti di matrik. Jika ada pun hanyalah sesama jantina dan kebanyakannya lelaki. Jarang saya lihat perempuan duduk melepak di cafe2...
Apa yand dapat saya katakan kehidupan di sini memang selesa. Alhamdulillah, cuma biasalah sudah beberapa hari berjalan ke kuliyyah..sakit kaki..he3...naik bus tapi semuanya full, saya terus mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Mengapa perlu kita mengeluh dengan nikmat Allah. Bayangkan mereka yang tidak berkaki, payah bukan..jadi bersyukurlah seadanya.
Di sini saya banyak belajar berdikari dan bukanlah beerti sebelum ini saya tidak tahu berdikari, tetapi boleh dikatakan kehidupan di sini mengajar sy untuk lebih berdikari. Selalu saya menangis disebabkan kerinduan yang tertahan lagi dengan mak, abah dan adik2 di rumah..gambar2 mereka yang ada di dalam notebook menjadi pengubat kerinduan..diskusi dengan senior betul2 membuka mata sy...
Walau apa pun, kehidupan sebagai seorang pelajar islam itu perlulah berdisplin kerana tiada jalan pintas untuk berjaya bukan. Jangan kita abaikan tanggungjawab sebagai seorang islam dek kerana sibuk mengejar pointer dan mengejar jawatan. Perbualan dengan seorang senior yang mengambil bidang yang sama dengan saya begitu menyeronokkan. Senior ini berasal dari Kenya dan dia memakai niqab dan hanya menampakkan matanya sahaja. Kawan2 mengusik saya kerana bermacam2 soalan yang saya lemparkan pada kakak tersebut yang bernama Shahida. Dan saya sendiri seronok melihat kami semua seperti sudah lama kenal dan ukhwah islamiyyah itu sungguh indah. Banyak nasihat yang saya peroleh darinya.
Sesungguhnya banyak yang ingin dikongsi tetapi berasa tidak selesa di computer lab di library ini..tiada privacy.he3...insyaAllah i will come out with new articles and share lots of stories from kuantan, wait for them k...pray for our success. Ingat sahabat2...betulkan niat dalam menuntut ilmu...
Wallahualam..
Monday
4.46 pm